cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

4 Apr 2013

GEJALA - GEJALA PENYAKIT LUPUS.


Gejala – gejala SLE  

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, sama ada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh dating dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat.

Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, dibahagian tangan dan lengan, bahu dan dada.

Oelh kerana penghidap SLE sensitf kepada cahaya matahari (fotosintesis) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Sama ada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

CIRI – CIRI PENYAKIT SLE

·       Demam, keletihan, dan penurunan berat badan.

·       Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu.

·       Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung.

·       Tompok-tompok merah di kawasan kulit terdedah kepada sinaran matahari.

·       Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan.

·       Rambut gugur secara bertompok-tompok atau disekeliling (hair line).

·       Sawan, strok dan gangguan mental.

·       Risiko untuk mendapat darah beku.

·       Kerap keguguran bayi.

·       Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan buah pinggang.

·       Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah.


JEJASKAN ORGAN-ORGAN

SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut:

Buah pinggang – keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan sama ada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru – sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit ini juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf – SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah – keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah – pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami pendarahan dimana darah cepat membeku.

Jantung – pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung. “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis” keradangan bahagian dalam. pesakit akan merasa sakit dada atau gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” ( pembuluh darah yang keras).
 
sumber :mw1533

 

No comments: