cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

4 Apr 2013

Lupus, penyakit kronik auto-imun


Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik autoimun dimana antibodi seseorang bertindak balas dengan tisu badannya sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh  seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ di dalam badan.

‘lupus’ berasal daripada perkataan Latin bererti “serigala”. Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan dimuka pesakit sebagai gigitan serigala. Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda menghidap SLE berbanding lelaki.

Terdapat beberapa jenis lupus. Ia adalah Sistemik Lupus Eritematosus (SLE),Diskoid Lupus Eritematosus (DLE) dan Lupus Neonatal.

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) biasanya dimaksudkan apabila kirta sebutkan “lupus”. Gejala mungkin sederhana atau serius. SLE selalunya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil penghidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.

Diskoid Lupus Eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik dimana terdapat tompok-tompok merah di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut.

Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh penghidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La(SSB).

Akibatnya bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah. Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit  dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang dijumpai, namun bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin akan mengalami masalah jantung.

Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai cirri-ciri seakan SLE. Keadaan ini dipanggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

SIAPA PENGHIDAP SLE?

Dianggarkan lebih kurang 90 % mereka yang mendapat sle adalah kaum wanita, sementara 10 % yang merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak.bagi kaum wanita SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.

PENYEBAB

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, gen lupus yang khusus belum dikenal pasti. Kajian menyarankan ada beberapa gen mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami.

Bagaimana pun, gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji factor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu dan juga kuman virus.

SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Punca tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan factor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormone. Ia berlaku melaui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam penghidap SLE dipanggil antibodi antinuclear kerana ia bertindak balas dengan bahagian sel nucleus. Para saintis masih belum dapat memahami semua factor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.
 
sumber : mw1533
 
                                                                                                                          bersambung.....
 

No comments: