cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Nov 2015

VITAMIN YANG DIPERLUKAN OLEH MATA UNTUK KEKAL SIHAT DAN CANTIK

Mata adalah anugerah yang diberikan Tuhan. Lelaki mahupun wanita perlu menjaga kesihatan mata supaya ianya tidak sakit dan rosak.


Pengambilan makanan seharian perlulah mengandungi vitamin yang penting untuk penjagaan kesihatan mata supaya mata sihat dan bersinar. Jom tengok vitamin yang diperlukan oleh mata.

PROTEIN
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisma serta pemprosesan baha kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.

KALSIUM
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.

VITAMIN A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Maknan yang kaya vitamin A ialah minya ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayuran hijau dan oren.

VITAMIN B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.

VITAMIN C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.

VITAMIN E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin dan sayur-sayuran hijau.

ZINK
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.

INFO
Elakkan MSG berlebihan dalam makanan. MSG mengandungi neurotoxin yang boleh menyebabkan glaukoma.

20 Oct 2015

GAYA HIDUP SIHAT MERANGSANG KEPADA KESUBURAN

Kesuburan adalah keupayaan sepasang suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Kesuburan bukan hanya bergantung kepada keupayaan wanita semata-mata malah turut dipengaruhi keupayaan lelaki atau suami. Menurut kajian, hampir 30% masalah kesuburan berpunca daripada lelaki.

Jika sudah setahun mencuba untuk mendapatkan zuriat namun masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk hamil bermakna salah seorang atau kedua-dua pasangan mempunyai masalah ketidakseburan.

Masalah ketidaksuburan adalah kerana:

GENETIK
☆ masalah ovulasi
☆ masalah pada rahim dan saluran peranakan
☆ masalah pada sperma
☆ ketidakseimbangan hormon
☆ obesiti

Masalah ketidaksuburan ini tidak boleh diuji dengan mata kasar. Jika terdapat pasangan yang mahu mengenalpasti tahap kesuburan, mereka akan diuji dengan beberapa pemeriksaan seperti:
★ pemeriksaan darah
★ pemeriksaan air mani suami
★ pemeriksaan salur peranakan
★ imbasan ultra bunyi untuk wanita

KEPENTINGAN USIA DALAM KESUBURAN

Usia memainkan peranan penting untuk menentukan tahap kesuburan seseorang. Tahap kesuburan yang paling utama adalah pada usia 18 tahun hingga 30 tahun. Semakin berusia seorang wanita maka peluang untuk hamil semakin berkurangan atau telur rosak.

Kesuburan Wanita Sehingga Usia 35 Tahun
Sebaik-naiknya mula merancang untuk memiliki anak lebih awal. Selepas usia 35 tahun bilangan telur yang baik semakin berkurangan sehingga ke peringkat menopous dalam usia 50 tahun.

Kesuburan Lelaki
Kualiti sperma lelaki juga turut dipengaruhi oleh peningkatan usia. Walaupun terdapat kes lelaki berusia memiliki anak dengan isteri yang muda tetapi banyak pasangan yang begini.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Gaya hidup sihat ialah amalan mengamalkan dan mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit.

FIZIKAL
Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar.

MENTAL
Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspekketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.

APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Bersukan Dan Bersenam
Pastikan bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari selama 30 minit. Cuba elakkan sukan mengangkat berat atau bina badan kerana penggunaan hormon atau steroid boleh mengganggu kualiti sperma. Begitu juga bagi wanita yang mengalami penurunan berat badan yang mendadak boleh mempengaruhi tahap kesuburan.

Pemakanan
Amalkan pemakanan yang seimbang. Elakkan makanan yang dproses atau makanan segera. Jika boleh amalkan makanan yang berasaskan organik.

Stres 
Setiap orang yang hidup dalam dunia ini pasti akan mengalami stres. Apa yang perlu dilakukan adalah mengawal stres agar tidak membebankan diri. Stres yang tidak dikawal  kadang kala boleh mempengaruhi menstruasi dan mengganggu tidur yang berkualiti.

SARANAN DOKTOR

Jika mahu merancang untuk mendapatkan zuriat, pasangan perlu mencuba sebelum usia melebihi angka 35. Ubah gaya hidup jika mahu memulakan keluarga. Gaya hidup yang sihat bukan sahaja memberi peluang untuk memiliki cahaya mata malah memberi kesihatan yang baik demi menyahut cabaran bergelar ibu dan bapa kelak!


13 Oct 2015

MAKANAN YANG TIDAK DIGALAKKAN DISIMPAN DI DALAM PETI SEJUK

Peti sejuk merupakan tempat penyimpanan makan yang baik supaya sesetengah makanan tidak cepat rosak dan basi. Namun bukan semua makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Terdapat beberapa makanan yang tidak digalakkan disimpan di dalam peti sejuk.

MADU
Madu akan kekal baik selama-lamanya jika anda menyimpan di dalam bekas bertutup rapat pada suhu bilik.

AVOKADO
Adakah anda pernah lihat avokado ketika sudah masak? Pasti anda tidak akan meletakkan ia di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, anda tidak akan menggunakannya apabila sudah masak.

BAWANG
Kelembapan dalam peti sejuk akan menyebabkan bawang bertukar menjadi lembik dan berkulat. Simpan di tempat yang sejuk dan kering, tetapi elakkan menyimpan bawang bersama kentang. Jika disimpan berasama-sama, kedua-duanya akan rosak dengan lebih cepat.

KOPI
Menyimpan kopi di dalam peti sejuk akan menyebabkan ia kehilangan rasa, dan menyebabkan zat makanan disekitar kopi akan terserap. Kopi perlu disimpan dalam jumlah yang lebih kecil di tempat yang sejuk dan gelap.

BAWANG PUTIH
Bawang putih aka mula bercambah jika disimpan di dalam peti sejuk. Ia juga boleh menyebabkan bergetah dan berkulat, jadi jalan terbaik untuk menyimpannya adalah di tempat sejuk dan kering.

MINYAK ZAITUN
Menyimpan minyak zaitun di dalam peti sejuk akan membuatkan ia terpeluwap dan bertukar menjadi keras seperti mentega.

KENTANG
Menyimpan kentang di dalam peti sejuk akan menjadikannya manis dan bertunas, kerana persekitaran yang sejuk akan bertukar menjadi kanji dan gula akan terserap dengan lebih cepat dalam kentang. Sebaliknya, ia perlu disimpan di dalam beg kertas atau di tempat yang tidak sejuk.

TOMATO
Tomato akan kehilangan semua rasa, jika disimpan di dalam peti sejuk kerana udara sejuk akan memberhenikan proses tomato untuk masak. Penyejukan juga menyebabkan tekstur tomato berubah.

ROTI
Peti sejuk akan mengeringkan roti anda dengan cepat, melainkan anda membuat roti sandwich dan bercadang untuk memakannya dalam tempoh beberapa hari akan datang.

BASIL
Ia adalah lebih baik untuk menjaga selasih dalam secawan air seperti bunga. Basil cepat sejuk dan menyerap bau semua makanan di sekelilingnya.

11 Oct 2015

ATASI MASALAH BUAH PINGGANG DENGAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Fungsi utama buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan, mengawal lebihan cecair dari darah, untuk mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah yang diperlukan tubuh dan mengekalkan jumlah fosforus serta kalsium  dalam darah agar tulang kekal sihat.

Buah pinggang berfungsi apabila sisa dan air yang berlebihan ditapis semasa darah melalui buha pinggang. Kegagalan buah pinggang akan mengundang masalah kesihatan.

Antara tanda buah pinggang gagal berfungsi seperti kekejangan otot, gatal-gatal yang teruk, merasa tidak sihat seperti mengantuk, keliru, loya, sesak nafas, perubahan dalam pengeluaran air kencing, kehilangan selera makan, rasa letih, pucat, bengkak di tangan, kaki dan kawasan sekitar mata.

Ia akan menyebabkan buah pinggang tidak dapat menapis darah dan mengeluarkan lebihan cecair dengan normal. Ia akan memberi kesan kepada tekanan darah, menyebabkan anemia serta penyakit tulang.

ATASI MASALAH BUAH PINGGANG DENGAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Daun Sup 

Ia diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik dan semulajadi. Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Perubahan akan dilihat melalui akumulasi garam dan racun lain yang keluar dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil

Asparagus

Ia mengandungi banyak bahan terapeutik yang aktif di panggil asparagin. Jus asparagus membantu pemecahan kristal asid oksalik di dalam buah pinggang dan ke seluruh sistem otot. ia dapat melancarkan sistem pencernaan, melawaskan pembuangan air kecil dan meringankan sistem ginjal.

Selain itu, ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, vitamin C dan niasin. Asparagus juga mengandungi antioksida yang dapat menghalang serangan radikal bebas yang boleh membawa banyak penyakit.

Buah Ceri

Ia mengandungi vitamin dan randah protein yang dapat menguraikan kadar vitamin. Ceri kaya dengan antioksida kerana ia membantu mencegah dan memperbaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia sangat baik untuk meningkatkan kesihatan ginjal. Amalkan minum pati buah ceri untuk melancarkan sistem perkumuhan dan memudahkan pembuangan air serta secara normal.

Jagung

Kaya denganprotein, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, vitamin B dan vitamin E. Rerambut atau bulu jagung amat sesuai untuk mengubati masalah buah pinggang, pundi kencing dan pembuangan air. Rendam bulu jagung di dalam air mendidih selama 20 minit. Tapis dan campurkan satu sudu madu sebelum diminum.

Parsli

Amalkan minum air rebusan parsli satu gelas sehari. Pesakit akan mendapati perbezaan ketara kerana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang melauli air kencing.

Individu yang sudah ada penyakit buah pinggang boleh amalkan makanan ini setiap hari. Individu yang tidak ada penyakit buah pinggang pun boleh mengamalkan makanan ini untuk membatu meringan kan buah pinggang menjalankan kerjanya dan menjadikan tubuh kekal sihat.