cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

8 Sept 2014

WARNA Pengaruhi Aura Penampilan

Assalamualaikum...

Tau tak warna mempunyai aura tersendiri. Pemilihan warna yang paling tepat akan membuatkan anda tampil anggun dan lebih menawan. Warna bukan sahaja dipilih berdasarkan tona kulit atau mengikut kegemaran , malah warna dipilih mengikut hari.

Setiap hari mewakili warna-warna tertentu yang dari segi pakaian mahupun aksesori akan menyerlahkan aura positif dalam diri.

Putih polos
Hari isnin menjadi permulaan hari, amat penting untuk kita memilih rona pakaian untuk membantu menmbangkitkan mood. Warna putih ini polos dan suci membantu minda kita relaks dan persiapkan diri untuk memulakan hari serta tampak bersih dan tenang.

merah jambu & ungu
Rona lembut sentiasa menjadi pilihan terutama kaum hawa. Merah jambu dan ungu mewakili imej sopan dan manis. Warna ini mempunyai aura yang sangat positif. Pemakai akan lebih bersemangat dan yakin dalam melaksanakan segala urusan.

Biru
Warna ini melambangkan ketenangan, kematangan dan rasional. Aura warna biru akan mempengaruhi dalam membuat keputusan yang tepat dan bijak.

Oren dan kuning
Oren dan kuning mempunyai tenaga luar biasa, ia membiaskan keceriaan dan membuatkan si pemakai aktif serta bertenaga.

Hijau
Aura hijau memancarkan kesegaran dan memberi terapi istimewa kepada diri.

Merah
Warna merah bukan sahaja menatik perhatian malah warna ini memanyulkan tenaga luarbiasa.

Hitam
Warna hitam penutup hari. Warna hitam juga membantu menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh bagi memulakan hari baru.

Jom kita pakai pakaian yang memberikan aura positif pada diri kita setiap hari.

No comments: