cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Sept 2014

Bila Sel - sel Otak mula Bersambung

Assalamualaikum...

Bila cerita pasal anak, macam macam cerita akan keluar. Termasuk lah saya. Cerita pasal anak no 2 saya beberapa hari lagi cukup 6 bulan.

Baru nak masuk 6 bulan dah pandai tunjuk reaksi merajuk dan sedih. Hai lah anak buat mama rasa nak tergelak jer.

Sekarang ni pantang betul nampak atuk melintas depan mata. Terus panggil siap angkat tangan mintak diangkat. Ermm semalam menangis dia sebab kena tinggal. Atuk bawak kakak jer naik motor.

Opah pulak menyakat kata atuk tinggal adik,tak mau bawak adik jenjalan. Apa lagi melalak la dia. Bila mama panggil dia buat muka sedih dan merajuk. Dah pandai nak tunjukkan perasaan dia kat orang.

Terasa cepat sangat anak membesar. Baru 6 bulan sudah pandai main emosi.

Kakak pulak, ermmm mulut dah macam orang tua. Walaupun sebutan huruf R tak begitu jelas tapi bila orang dewasa bersembang dia suka menyampuk. Tapi bahasa yang digunakan jelas dah mudah difahami. Tidak pelat. Berbanding dengan kawan-kawan sebaya di taska masih ada yang belum fasih dalam pertuturan.

Mungkin mama terlebih ambil omega kot. Mungkin juga mama suka membebel dan berbual dengan kakak, sebab tu lah kakak petah bercakap.

Bukan sebarang omega yea. Omega Guard Shaklee yang membekalkan omega-3 dilengkapi dengan DHA dan EPA utuk kepeluan tumbesaran dan perkembangan otak anak. Kedua-dua anak saya bekalkan omega 3 melalui susu ibu.


No comments: