cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

9 Sept 2014

Kelebihan Dan Manfaat Sayur kepada Tubuh

Sayur-sayuran adalah makanan sihat yang cukup mudah untuk disediakan. Kebanyakan ibu bapa melatih anak-anak untuk mengambil sayur dalam menu harian sejak dari kecil lagi. Kandungan nutrisi dan mineralnya amat penting bagi mewujudkan tahap kesihatan yang optimum pada tubuh.

Namun, ramai yang tidak suka makan sayur dengan alasan rasa pahit, sayur juga dikatakan makanan yang tidak mengenyangkan. Sudahnya, tiada diet sayuran dalam menu harian.


Jom kita tengok beberapa kelebihan yang terdapat dalam makanan berwarna hijau ini.

Kurangkan masalah jantung
Salah satu keistimewaan yang diperoleh bila mengamalkan sayuran adalah meningkatkan kesihatan jantung. Ini kerans kandungan vitamin c, kalium, lutein, zeaxanthin dan beta karotin di dalamnya sangat berkesan dalam mendapatkan kesihatan yang optimum sekaligus mengurangkan masalah kardiovaskular.

Bermanfaat untuk pesakit diabetes
Sayur-sayuran mengandungi indeks glisemik yang rendah tetapi magnasiumnya pula tinggi. Ia sangat sesuai diambil dan dijadikan diet harian yang paling ideal bagi pesakit diabetes.

Meningkatkan kesihatan tulang
Apabila disebut mengenai tulang kuat, pasti ramai yang mengaitkan dengan susu. Sebenarnya bukan hanya susu yang mampu meningkatkan kesihatan tulang, sayuran hijau juga boleh memberi kesan yang sama. Kandungan vitamin K di dalamnya dikatakan membantu untuk menghasilkan osteocalcin iaitu protein yang berfungsi untuk menguatkan tulang.

Menyihatkan mata
Beta kerotin boleh diperoleh dengan banyak dalam sayuran hijau yang mana ia kemudiannya akan ditukarkan menjadi vitamin A sekaligus memberikan kesan yang baik kepada mata. Selain itu, lutein dan zeaxanthin juga mampu menghindarkan seseorang itu dari masalah katarak.

Cegah kanser
Salah satu penyakit yang paling digeruni ialah kanser yang mana ia biasa menyerang dalam tempoh yang senyap dan perlahan. Bagi mencegahnya, digalakkan sayuran menjadi menu wajib dan penting diambil setiap hari. Kandungan karatenoid dan flavonoid dikatakan boleh membantu untuk mencegah pelbagai jenis kanser seperti kanser perut, usus, payudara dan kulit. Bahkan brokoli juga mengandungi sejumlah besar sulforaphane di mana ia merupakan zat untuk mencegah penyakit tersebut.


No comments: