cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

12 Sept 2014

Sakit Senggugut rasa macam nak tercabut pinggang

Senggugut adalah biasa di kalangan remaja dan orang dewasa muda. Kebanyakan wanita mempunyai beberapa kesakitan yang biasanya ringan dalam satu tempoh ketika datang bulan. Namun, ada yang sakit teruk dan boleh menjejaskan aktiviti harian.

Puncanya tidak jelas. Bahan kimia badan yang normal (dipanggil prostaglandin) terkumpul di dalam lapisan rahim. Prostaglandin membantu rahim mengecut dan mengeluarkan lapisan rahim(darah haid) semasa haid. Prostaglandin yang terlalu banyak menyebabkan rahim menjadi sensitif dan mengecut dengan keras. Ini mengurangkan bekalan darah ke rahim dan membawa kepada kesakitan.

Gejala utama adalah kesakitan di bahagian bawah perut. Kesakitan juga boleh merebak ke belakang atau bahagian atas kaki. Kebiasaan berlaku selama 12-24 jam dan ada yang sakit 2-3 hari. Berbaza-beza antara satu tempoh haid dan ada yang berkurangan selepas melahirkan anak.

Antara gejala lain yang berlaku kesakitan seperti sakit kepala, keletihan, pengsan, sakit payu dara, rasa loya, kembung, dan emosi terganggu.

Saya juga tidak terkecuali dalam mengalami kesakitan senggugut ini. Pertama kali sakit senggugut ketika berumur 18 tahun jadi pulak masa kat sekolah. Memang sangat-sangat sakit. Bermula sejak itu, hampir setiap bulan sakit senggugut.

Cara mudah untuk mengurangkan rasa sakit adalah dengan bertungku. Haba panas dari batu tungku membuatkan rasa sedikit selesa dan kurang rasa sakit.

Orang kata kalau ada senggugut susah nak dapat anak. Bagi saya mungkin rezeki saya. Cepat dapat anak. Selepas melahirkan anak pertama, 9 bulan umur anak baru ada balik darah haid. Senggugut yang teruk tu memang dah tak de cuma sakit biasa-biasa je.

Amalkan GLA Shaklee

Saya merancang untuk hamil anak kedua dan ingin lahirkan anak dalam bulan yang sama dengan anak yang pertama. Yea saya berjaya lakukannya!

Saya mula mengambil GLA dalam tempoh 4 bulan sebelum saya hamil (ikut perancangan) dan saya hamil seperti yang dirancangkan.

Apa yang saya lakukan adalah:
~ Amalkan makan sayur-sayuran
~ Banyak makan buah-buahan
~ Lebihkan ikan dalam menu harian
~ Kurangkan daging dan ayam
~ Ambil vitamin b, c dan folik asid
~ Ambil GLA Shaklee untuk betulkan hormon dan untuk kesuburan
~ Ambil ESP Shaklee untuk kuatkan rahim


Dan akhirnya saya dapat lahirkan anak lelaki seperti yang dirancangkan. Sudah 6 bulan usianya.






No comments: