cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

23 Sept 2014

Pemakanan Punca Penyakit Berbahaya

Pada masa kini, gaya pemakanan yang kurang sihat, kurang tidur, beban yang banyak, dan persekitaran sekeliling menjadikan kita lebih mudah untuk jatuh sakit dan sukar untuk pulih.

Gula adalah salah satu punca dalam pemakanan kita yang menyebabkab implikasi yang serius pada tubuh badan kita. Hampir kesemua makanan dan minuman harian kita mengandungi gula, dan mengambilnya secara berlebihan akan membawa obesiti, kekurangan nutrisi, peningkatan glukosa dan respon insulin -membawa kepada diabetes peringkat 2 dan penyakit jantung.

Selain penyakit diebetes, dan serangan sakit jantung, kanser masih memegang takhta sebagai musuh kesihatan yang utama kepada mereka yang mengabaikan kesihatan.


Kanser kolon yang juga dikenakenali sebagai kanser usus atau kolorektal, diakui sebagai bentuk ketiga paling umum kanser yang sering dikaitkan dengan pemilihan pemakanan yang kurang sihat, obesiti dan penghidap diabetes peringkat II.

Kanser kolon terjadi apabila sel-sel kelenjar dalam kolon mengganda pada kadar yang membimbangkan di mana ia akan membentuk pertumbuhan tumor.

Kepada golongan yang berusia dengan pemakanan yang kurang sihat dan menghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk didiagnosis penyakit ini di mana risiko kanser kolon meningkat bersama usia dan pembuangan air besar yang tidak betul.

Detok Usus

Mendetoks usus adalah salah satu cara terbaik untuk kekal sihat dan kurang berisiko untuk mendapat penyakit kanser usus. Mendetoks usus boleh dilakukan sendiri di rumah.

1. Mengambil suplemen
Pengambilan suplemen berfungsi sebagai pencair dan pelembut yang efektif untuk membersihkan usus.
-Alfalfa dan Herblax

2. Mengambil lebih serat
Cara lain untuk penjagaan usus adalah dengan cara mengurangkan pengambilan lemak dan garam serta tingkatkan pengambilan serat dalam menu harian.

Diet yang tinggi serat akan melancarkan proses pembuangan air besar,air kecil, membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko terkena masalah atau gangguan saluran pencernaan.

3. Melakukan diet detok
Membuang sampah dan racun berbahaya dari tubuh merupakan salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Kebanyakan racun terkumpul di saluran pencernaan -usus besar dan usus kecil.

Manfaatnya -menghilangkan racun diseluruhtubuh serta memperbaiki fungsi hati, ginjal dan jantung.

4. Minum air putih
Minum cukup air sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari. Ini dapat menghindarkan tubuh dari dehidrasi semasa proses pembersihan usus.



No comments: