cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

25 Oct 2016

IBU HAMIL PERLUKAN SUPLEMEN SUPAYA BADAN SIHAT MENGURUSKAN KELUARGA


Ibu hamil memerlukan nutrien yang seimbang bukan sahaja untuk si ibu, malah untuk bayi dalam kandungan membesar dengan sihat. Selain dari pemakan yang sihat, ibu juga perlu menambah nutrien dengan mengambil suplemen kerana nutrien dan zat daripada pemakan seharian tidak mencukupi untuk keperluan ibu dan bayi. Tambahan pula ibu perlu menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak yang lain.

Antara suplemen yang sangat diperlukan oleh ibu hamil adalah seperti



Vita-lea Iron Formula sebagaimana namanya, membekalkan 30 nutrisi harian lengkap untuk keperluan tubuh badan si ibu. Kandungan iron juga mengelakkan bacaan hb rendah, yang biasa menjadi dilema ibu hamil.

B-Complex Shaklee pula merupakan gabungan vitamin B yang lengkap, malah lengkap dengan asid folik. Oleh itu ibu hamil tidak perlu risau akan keperluan asid folik yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Vitamin C pula seumpama perisai kepada si ibu untuk melawan penyakit dan jangkitan, di samping membantu ibu menyalurkan khasiat vitamin C kepada bayi. Selain itu, pengambilan vitamin C yang cukup dapat mengelakkan masalah gusi dan masalah kulit yang biasa mengganggu ibu hamil.

OsteMatrix sememangnya suplemen yang amat perlu diambil oleh ibu hamil. Dalam tempoh kehamilan, kalsium diambil daripada tubuh ibu untuk pembinaan tulang dan tubuh bayi. Sekiranya keperluan kalsium ibu tidak mencukupi, maka ibu akan mengalami masalah lenguh dan sengal-sengal badan, kejang kaki, sakit gigi, sakit otot dan sebagainya. Oleh itu, bagi memastikan bayi dan ibu dalam keadaan kesihatan yang optimum, 4 biji OsteMatrix yang membekalkan 1000mg kalsium perlu diambil. Ibu hamil tidak perlu risau kiranya kalsium menyebabkan sembelit, kerana OsteMatrix telah dilengkapi dengan magnesium yang mampu menyihatkan proses penghadaman dan pelawasan.

Omega Guard pula ialah minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Pengambilan Omega Guard juga mampu mengelakkan si ibu menghadapi kenaikan berat badan yang melampau dalam tempoh kehamilan kerana Omega Guard terdiri daripada lemak baik yang menyahkan lemak-lemak jahat yang tidak diperlukan oleh tubuh. Omega Guard juga merangsang hormon yang dapat mengawal selera makan si ibu.

Bila dah jadi ibu beranak 3 ni baru tau penatnya menguruskan rumah dengan anak-anak yang sedang membesar. Menjadi seorang ibu kena kuat. Tubuh badan perlu sentiasa sihat dan kekal bertenaga. Disebabkan itu lah pengambilan suplemen sangat-sangat penting terutamanya ketika hamil.

untuk sebarang pertanya  mengenai SHAKLEE , HDBC , FRESHPICKS boleh menghubungi

pn sarah
whatsapp 011.31737525


No comments: