Anda masih menyusukan bayi dan mengalami kurang susu
walaupun sudah mengambil vitamin tambahan untuk memperbanyakkan susu ibu. Tak
tahu bagai mana cara untuk mempertingkatkan penghasilan susu ibu untuk simanja
yang sedang membesar?
Terdapat kaedah atau teknik yang sangat berkesan dalam
membantu meningkat penghasilan susu ibu. Salah satu kaedahnya yang dikenali
sebagai power pumping. Caranya sungguh mudah. Apa yang diperlikan hanyalah masa
selama satu jam bagi menjayakannya.
Teknik ini melibatkan rutin mengepam seperti yang lazim anda
lakukan setiap hari dengan cara yang lebih unik dari biasa iaitu dengan meniru
corak bayi menyusu yang secara tidak disedari dapat meningkatkan pengeluaran
susu ibu.
Waktu paling sesuai untuk melakukan power pumping adalah waktu
tengah malam. Hal ini kerana pengeluaran hormone prolaktin adalah sangat tinggi
pada waktu begini. Walaupun begitu, tidak kira lah dilakukan waktu siang
ataupun malam yang penting anda selesa dan dapat melakukan dalam keadaan
tenang.
TEKNIK POWER PUMPING
v
Pam Tunggal – pam payudara kanan terlebih dahulu
selama 10 minit. Kemudian beralih ke payu dara kiri pula untuk tempoh 10 minit
juga. Tukar semula ke payudara kanan 10 minit seterusnya ke payu dara kiri. Lakukan
secara berterusan selama sejam.
v
Pam Berganda – pam kedua-dua belah payu dara
serentak selama 10 minit. Kemudian rehat 10 minit dan sambung kembali mengepam
10 minit lagi. Ulang langkah sehingga cukup 1 jam.
TIP TAMBAHAN
v
tempatkan pam payu dara di lokasi bersesuaian di
rumah agar anda dapat melakukan kaedah power pumping di dalam keadaan yang
tenang tanpa sebarang gangguan.
v
Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi
mengepam atau mencuci corong pam setiap kali berhenti rehat. Malah boleh terus
mengepam dalam botol yang sama.
v
Setiap jumlah perahan susu ibu antara waktu
perahan dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan. Namun pastikan setiap
susu perahan itu disejukkan dahulu supaya suhunya sama sebelum disatukan dalam
satu bekas.
v
Sekiranya boleh cuba tidur disiang hari seketika
terutamanya waktu rehat tengah hari bagi membolehkan anda berjaga di waktu
malam.
v
Bagi golongan muslim, tidur awal dan bangun
diawal pagi untuk melakukan solat sunat terutama tahjud dan boleh lah memulakan
rutin power pumping.
v
Letakkan gambar bayi anda bersebelahan tempat
anda lakukan power pumpin atau pun pam bersebelahan bayi anda untuk mendapat
ransangan dalam penghasilan susu ibu.
GOLONGAN YANG TURUT MEMERLUKAN POWER PUMPING
v
Ibu yang memasang impian untuk menyusukan anak
angkat.
v
Ibu yang mahu menyusukan semula anak setelah
beberapa ketika berhenti menyusukan.
v
Ibu yang kekurangan susu akibat daripada
perubahan hormon atau kesan daripada kurang mengepam.
Pa&Ma bil 147
No comments:
Post a Comment