Evening Primerose Oil (EPO) pada awalnya digunakan secara
meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit
kering dan berkuping serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan EPO mampu
mengurangkan symptom eczema dan
dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak
dan dewasa yang mengalami masalah kulit.
Kebaikan EPO melegakan Simptom Prahaid ( Pre Menstrual
Syndrom) kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami
prahaid (PMS ) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara.
evening primerose flower
Selain itu EPO juga mempunyai kebaikan dalam menangani
masalah lain antaranya:
v
Diabetik Neuropathy
Merupakan masalah sistem saraf yang
disebabkan oleh penyakit diabetis/ kencing manis. Antara symptomnya adalah
seperti rasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama
pada kaki dan tapak kaki. EPO meransang peredaran darah pada sistem saraf dan
berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom gangguan saraf yang
disebabkan oleh penyakit diabetis / kencing manis.
v Kesihatan jantung dan paras kolestrol
Kandungan GLA ( Gamma Linolik Asid ) dalam
EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori omega-6, kajian mendapati GLA
mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan
salur darah (atherosclerosis ). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan
jantung dan strok. Oleh itu, pengambilan asid lemak omega-6 dan omega-3 yang
seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
v Osteoporosis
Kajian mendapati individu yang kekurangan
asid lemak perlu ( essential fatty acid ) terutama GLA dan EPA lebih cenderung
mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (
omega-3) yang seimbang seara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan
struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutamanya
wanita berumur 65 tahun ke atas.
v Banyak lagi kebaikan EPO termasuklah
·
Membantu mengawalatur kitaran haid
·
Melegakan Sindrom Sebelum Hais (PMS ) – iritasi,
sakit kepala, sakit payudara, kesenakan dan kekejangan perut.
·
Mengurangkan symptom putus haid – panas badan,
peluh sejuk, kemurungan dan kekeringan faraj.
·
Menggalakkan kulit yang sihat, muka berseri-seri
– bermanfaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan eczema dan
alergi kulit.
·
Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta
melegakan kulit kepala yang gatal.
·
Menguatkan kuku yang mengelupas.
·
Mengurangkan radang dan sakit sendi
·
Mengurangkan tekanan darah.
No comments:
Post a Comment