Menjadi tua memang tidak dapat dicegah kerana setiap orang
pasti akan mengalaminya. Namun, ramai yang tidak bersedia untuk memasuki usia
tersebut. Bagi mereka, masa tua adalah sesuatu yang dianggap menakutkan kerana
bimbang tidak dapat melakukan perkara-perkara yang produktif dan berguna. Hal
ini kerana, ketika memasuki usia senja, fungsi organ tubuh mula mengalami
kemerosotan. Contohnya, mata menjadi rabun, tubuh cepat letih dan daya ingatan
merosot. Tubuh juga mudah jatuh sakit.
Keadaan ini sudah tentu memerlukan sumber kewangan yang
banyak. Perkara inilah yang sering menjadikan ramai orang berasa bimbang akan
menjadi beban kepada keluarga. Justeru itu, kita perlu menjalani gaya hidup
sihat sejak awal lagi. Menurut seorang pakar, terdapat dua sebab yang
menyebabkan orang lanjut usia mudah jatuh sakit iaitu penuaan sel tubuh dan
gaya hidup yang diamalkan sejak muda.
Gaya hidup yang tidak sihat boleh mempercepat terjadinya
penuaan sel-sel tubuh. Gaya hidup itu meliputi pola pemakanan, senaman dan
rehat yang cukup. Jika gaya hidup yang diamalkan tidak teratur maka, proses
kerosakan sel diusia tua lebih cepat terjadi. Hal ini kerana, pola pemakanan
dan gaya hidup yang tidak sihat itu boleh menyebabkan radikal bebas memasuki
tubuh dan akan menimbulkan kerosakan di pelbagai bahagian sel. Semakin banyak
radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh maka, semakin banyak sel yang akan
mengalami kerosakan.
Radikal bebas ialah molekul yang terbentuk dengan sendirinya
dan sifatnya adalah merosakkan sel-sel lain dalam tubuh. Radikal bebas sangat
mudah ditemui di sekitar kita bermula daripada makanan yang digoreng dengan
tidak sihat, pencemaran udara, rokok dan sebagainya. Semua itu akan memendekkan
jangka hayat sel. Justeru itu, bagi menangkis seranga radikal bebas, antioksidan
sangat diperlukan.
Antioksidan akan
melindungi sel dengan memerangkap radikal bebas supaya tidak mengancam
sel-sel dalam tubuh. Antioksidan boleh
diperoleh daripada makanan yang sihat seperti sayuran dan buah-buahan. Namun,
tidak semua orang boleh memenuhi keperluan antioksidan. Hal ini kerana, gaya
hidup masa kini menyebabkan ramai orang semakin jauh daripada pola pemakanan
sihat. Sekiranya ia tidak dapt dipenuhi daripada makanan yang kita ambil, kita
boleh mendapatkan antioksidan daripada makanan tambahan atau suplemen.
Selain orang yang lanjut usia, suplemen juga baik diambil
oleh kanak-kanak, wanita, ibu hamil dan menyusu serta perokok. Sebaik-baiknya
suplemen diambil sejak awal lagi untuk memelihara kecergasan sel dan organ
tubuh hingga tua. Hal ini kerana, fungsi organ tubuh pada usia tua akan
mengalami kemerosotan bermula daripada fungsi sel, hormon dan pencernaan.
Akibatnya makanan yang diambil oleh orang yang berumur tidak dapat diserap
dengan baik oleh tubuh.
Kemerosotan fungsi organ ini akan menyebabkan orang yang
berumur tidak boleh mengambil makanan terlalu banyak. Hal ini kerana,
pengambilan makanan yang berlebihan akan mempercepatkan lagi proses penuaan
sel. Oleh kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh terhad, bekalan nutrisinya juga
akan menjadi terhad. Sedangkan, apabila memasuki usia tua, keperluan nutrisi
diperlukan sebanyak mungkin untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Untuk
mengatasinya perlu mengambil suplemen yang mengandungi vitamin c, vitamin b
complex, vitamin d, dan omega 3. Vitamin b kompleks dapat meningkatkan
kekebalan tubuh manakala vitamin d berfungsi sebagai tambahan kalsium untuk
kesihatan tulang. Omega 3 pula baik untuk kesihatan jantung.
Pengambilan makanan yang seimbang dan bernutrisi kaya dengan
gizi dan vitamin dapat melambatkan proses penuaan sel-sel tubuh. Justeru itu,
pengambilan makanan yang seimbang dan bernutrisi dalam diet harian kita perlulah
diamalkan dari sekarang. Ini bagi menjamin kesihatan yang bagus dan megurangkan
risiko penyakit kepada tubuh kita.
UNTUK MENDAPATKAN SUMBER VITAMIN SEMULAJADI UNTUK KESIHATAN
YANG BERPANJANGAN ANDA BOLEH MENGHUBUNGI
FB PAGE : http://www.facebook.com/pages/Mama-sara
CALL / SMS : 017-4857436
No comments:
Post a Comment