cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

22 Jun 2014

TIPS UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU

Assalamualaikum...

Seronoknya bila dapat tahu rakan sudah pun selamat melahirkan anak. Terasa pulak nak berpantang padahal anak sendiri baru umur 3 bulan lebih.

Alhamdulillah dan syukur sangat sekali lagi dapat menyusukan anak dengan susu ibu. Semua orang tau tentang kebaikan susu ibu dan berharap dapat menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan sehingga umur 2 tahun.

Ada beberapa tips yang saya amalkan untuk banyakkan susu dan boleh buat stok supaya bekalan susu untuk anak tidak terputus.

♥ Banyak kan minum air kosong ♥
    ~Tubuh memerlukan air yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk penjanaan sistem tubuh. Pengambilan air yang banyak membantu memanjangkan jangka hayat sel dalam tubuh. Aliran darah menjadi lancar dan dapat membantu penghasilan susu dengan lebih cepat.

♥ Makan tepat pada waktu ♥
    ~Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam jangan tinggalkan. Makan walaupun sedikit. Waktu diantara waktu makan pula boleh diambil snek. Bukan makanan ringan yea tapi makanan seperti biskut, buah dan kuih. Jangan fikir nak diet pulak. Kesian kat anak.

♥ Ambil banyak protein ♥
    ~Protein sangat penting kepada tubuh. Rambut, kulit, kuku,otot semuanya adalah protein. Pengambilan protein yang cukup membuatkan tubuh lebih bertenaga dan sihat. Bukan sahaja baik untuk ibu malah untuk simanja.

♥ Ambil vitamin ♥
    ~Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber vitamin yang banyak. Vitamin sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat.

♥ Kerap mengosongkan payudara ♥
    ~Rajin menyusukan anak dan rajin mengepam payudara untuk kumpul stok susu. Kalau makan sahaja yang banyak tapi kurang menyusukan anak, macam mana susu nak jadi banyak kan ? Semakin kerap kita mengosongkan payudara semakin banyak susu dapat dihasilkan.

♥ Berdoa ♥
    ~Sentiasa berdoa dan berzikir supaya dimurahkan rezeki dan mintak supaya Allah untuk perbanyakkan susu dan dapat menyusukan anak sepenuhnya.

Selain itu, saya juga amalkan vitamin untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi. Vitamin Shaklee adalah yang terbaik dalam menjaga kesihatan saya dan keluarga.

Untuk sebarang pertanyaan boleh
Sms | WhatsApp saya 01131737525

No comments: