cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

18 Jun 2014

Lansing Dengan Menyusukan

Siapa yang tidak mahu kurus dan lansingkan? Tambah lagi selepas bersalin. Termasuk lah saya sendiri. Kalau tak kurus banyak baju yang cantik tak muat nak dipakai.

Orang kata kalau nak kuruskan badan elok semasa dari dalam pantang lagi. Sebabnya masa berpantang kita tidak makan semua makanan. Hanya makanan yang tidak sejuk dan tidak berangin jer yang kita makan. Masa tu memang boleh maintain kurus.

Bila ada anak yang masih menyusu, ibu perlu ambil banyak makanan berkhasiat supaya anak mendapat khasiat melalui susu ibu. Dah makan banyak bila nak kurus pulak?

Tahukan ibu-ibu bahawa menyusukan anak membantu tubuh menjadi kurus dan lansing. Menyusukan anak membuatkan 500 atau lebih kalori terbakar setiap hari. Itu baru menyusukan anak. Belum membuat kerja rumah lagi. Kalau rajin pasti berat badan dapat turun dengan cepat.

Namun, menyusukan anak kadangkala terasa penat, tambahan lagi bila dah mulakan kerja. Bila badan penat ditambah lagi stress ditempat kerja, risau pula takut susu kurang.

Risau dan Takut Susu Kurang? Jom amalkan ini supaya bekalan susu sentiasa mencukupi untuk si manja.

♡ banyak kan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari

♡ makan makanan penggalak susu seperti kurma, kismis, air longan kering, herba dan macam2 lagi la.

♡ makan makan berkhasiat dan bernutrisi yang banyak mengandungi vitamin. Buah-buahan dan sayur-sayuran. Paling senang ikut piramid makanan.

♡ ambil vitamin tambahan untuk menambah bekalan vitamin. Kekadang vitamin mudah hilang semasa proses penyedian makanan.

Perlu diingatkan yea, si manja juga turut merasai apa yang ibu makan melalui susu ibu. Jom kita sama-sama amalkan amalan menyusukan anak dengan susu ibu. Ibu lansing anak sihat.

Ingin kan vitamin tambahan yang yang terbaik untuk menjaga kesihatan boleh sms | WhatsApp 01131737525


No comments: