cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

2 Nov 2013

6 tabiat buruk rosakkan kacantikan


1.       Tidur tidak tentu masa
Paling penting anda harus memastikan masa tidur anda teratur kerana tidur yang tidak cukup dan tidak teratur memberi kesan pada bawah mata. Secara tidak lansung membuatkan kulit anda tidak bermaya dan kusam

2.       Kotoran pada telefon bimbit
Tanpa anda sedari telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas, diatas meja kotor dan di dalam beg yang penuh dengan habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon tersebut. Jadi bersihkan terlebih dahulu telefon sebelum menggunakannya.

3.       Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya anda makan. Sedangkan anda sudah tahu makanan berminyak dan berkolestrol tinggi adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat dan dan timbul masalah lain. Jadi sebaiknya cubalah anda mengawal pemakanan kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah anda akan kekal sihat dan cergas.

4.       Kerap mengerutkan mata
Anda yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata? Perlu diingatkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit anda cepat berkerut dan kelihatan tua.

5.       Malas ganti sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah anda akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria. Sekiranya anda malas menggantikan sarung bantal, hal ini bermakna anda akan tidur di atas timbunan bakteria.

6.       Menjadikan dir sebagai bahan eksperimen

Daripada satu produk ke satu produk anda telah gunakan. Malah anda menjadikan diri sebagai bahan eksperimen sehingga memberikan kesan yang sangat buruk kepada kulit. Jangan mmudah terpengaruh dengan cadangan teman-teman ataupun iklan. Lain orang lain kesan penggunaannya.

No comments: