cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Nov 2013

CANTIK MELALUI IBADAT


1. Kecantikan bermula dari dalam diri. Justeru, elemen pemakanan dalam islam amat dititik beratkan terutamanya pengambilan banyak buah-buahan dalam diet harian dan mengharamkan alkohol.

2. Amalkan makan tamar Nabi Ajwa. Pengambilan kurma istu sebanyak tujuh biji sebelah pagi dan petang, dapat mengelakkan diri daripada terkena sihir yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak terurus dirinya. Kajian sains menunjukkan khasiat dalam kurma itu amat tinggi dan dikatakan agen keremajaan kerana individu yang mengamalkan pemakanannya, kelihatan muda dengan kulit wajah lebih tegang dan muda.

3. Islam menggalakkan umatnya berpuasa kerana ia mendatangkan kebaikan kepada mental dan fizikal. Justeru amalan berpuasa sunat, selain mendapat pahala, akan turut mampu memancarkan kecantikan dalaman dan terserlah daripada luaran.

4. Kesan solat lima waktu amat menakjubkan. Air sembahyang yang diambil menerusi bacaan Bismillah serta turutan merata ke anggota badan, dapat mengubahkan molekul air kepada bentuk cantik, yang memberi kesan kesegaran kepada kulit. Gerakan dalam solat mempunyai hikmah kesegaran kepada individu, justeru orang yang kerap bersolat, wajahnya lebih tenang, redup dan berseri.

5. Individu kerap berjaga malam dengan bersolat dan membaca al-Quran turut membantu kekuatan dalaman. Justeru kehebatan itu terserlah pada muka dan tingkah lakunya.

No comments: