cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

18 Sept 2013

AWET MUDA TANPA SUNTIKAN


Istilah makanan segera, ‘Instant’, ‘3-in-1’ sememangnya sudah tidak asing pada zaman serba canggih ini. Kita sebenarnya cukup taksub dengan apa saja yang membabitkan isu segera sehinggakan untuk sihat dan kelihatan muda pun ramai yang memilih cara ‘instant’. Contohnya untuk kelihatan cantik dan awet muda, ada yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit bagi mendapatkan suntikan vitamin C, rawatan botoks, sel stem dan surgeri.

Tahukan anda, kita sebenarnya dapat mengembalikan keremajaan dan menghilangkan tanda penuan dengan mendapatkan khasiat tambahan yang sesuai?

Proses penuaan paling ketara dapat dilihat pada lapisan epidermis iaitu lapisan bawah kulit. Khasiat yang cukup dan seimbang mampu menjadikan kulit lebih anjal dan awet muda.
Kolagen merupakan salah satu daripada empat jenis tisu asas dalam tubuh manusia. Sebab itulah ramai yang mula sedar tentang keperluan kolagen dan terdapat banyak produk yang mula menggunakan kolagen sebagai bahan utama produk mereka.

Kira-kira 30 peratus daripada jisim tibuh terdiri daripada kolagen . dari situ ia membentuk pelbagai tisu penyambung seperti kulit, otot, rambut, tendon, ligamen, darah, tulang dan tulang rawan yang membentuk kerangka tubuh.

Namun penghasilan kolagen akan mula berkurang bila usia semakin meningkat. Paras kolagen mula menurun bila usia mencecah 20 tahun.

Kulit merupakan bahagian yang paling awal pada tubuh yang dapat mengesan kekurangan kolagen pada tubuh. Tandanya, kulit akan menjadi kering, kasar, hilang keanjalan dan berkedut. Selain kulit, kekurangan kolagen juga akan membawa kesan negatif pada rambut dan kuku. Rambut akan mula gugur dan menipis, hilang keanjalan dan keseriannya.

Kuku pula menjadi lebih rapuh dan kadar pertumbuhannya menjadi perlahan. Jika anda ingin mengekalkan kulit muda dan berseri, cubalah ambil kolagen tambahan, diikuti dengan vitamin C dan polifenol untuk meningkatkan semula paras kolagen anda.



KELEBIHAN KOLAGEN TAMBAHAN

Kolagen tambahan dapat membantu membina semula serat kolagen untuk menggalakkan penghasilan kolagen pada lapisan dalaman kulit. Justeru, anda dapat memiliki semula kulit yang lembut, lebih anjal, licin, gebu dan muda berseri. Kolagen juga akan menggalakkan pertumbuhan rambut baru, dan menjadikan rambut lebih kuat, tebal dan berseri. Polofenol kaya dengan antioksidan yang berkesan untuk mencegah kehilangan kolagen akibat ancaman radikal bebas.

Walaupun penuaan tidak dapat disekat namun hasil kajian menunjukkan ekstrak daripada tumbuhan semula jadi seperti Polygonum cuspidatum, anggur Muscadine, European Elderberry dan lobak ungu boleh membantu proses penuaan berlaku secara sihat. Vitamin C pula merupakan elemen penting yang menggalakkan penghasilan kolagen dan tisu penyambung yang lain.

Gabungan polifenol dan vitamin C yang kaya khasiat antioksidan juga terbukti secara klinikal sangat baik dalam menentang radikal bebas yang menyumbang kepada masalah penuaan kulit serta penyakit darah tinggi, jantung, kanser dan diabetes.


Shaklee berpengalaman lebih lima dekat dalam bidang penyelidikan dan pengeluaran produk kesihatan. Vivix yang kaya dengan kolagen dan vitamin C semulajadi adalah antara produk yang ideal untuk menjaga kesihatan kulit, melewatkan penuaan dan menentang penyakit akibat kesan penuaan. Langkah anti penuaan hendaklah bermula di peringkat sel tubuh. Dengan memiliki segala sel-sel tubuh yang sihat, sudah pasti badan turut menjadi sihat dan awet muda! Vivix membuatkan anda merasa 25 tahun lebih muda daripada usia sebenar.

No comments: