cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

18 Sept 2013

Glutathione putihkan kulit atau kulit sihat?


Menjadi lumrah seorang wanita , kecantikan merupakan asas keyakinan mereka. Hal demikian menyebabkan produk kecantikan di pasaran seolah-olah menjadi fenomena hari ini. Tidak kira melalui apa cara sekalipun , baik sapuan di kulit badan, suntikan ataupun dimakan sebagai suplemen tambahan.

Apa yang menariknya , semenjak kebelakangan ini  masyarakat didedahkan dengan produk kecantikan yang mengandungi gluta atau Glutathione yang dipercayai mampu mencerahkan wajah. Profesor Madya dan Perunding Dermatologi, Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan, Dr. Irene Lee menjelaskan semua wanita ingin tampil cantik tetapi apabila kesan negatif mula kelihatan , ramai yang menuding jari menyalahkan pengeluar produk walhal diri sendiri yang tidak mengkaji terlebih dahulu.

Glutathione bukan suatu bahan terlarang dalam produk kecantikan. Glutathione adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh hati dan ia juga ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan daging.

Glutathione banyak terlibat dalam proses di dalam badan, termasuk pembinaan dan pembaikan tisu, membuat bahan kimia dan protein yang diperlukan dalam badan, dan sistem imun.

Mereka yang selalu mengambil glutathione biasanya melalui mulut ( makan) untuk membantu rawatan katarak dan glaukoma, mencegah penuaan, ketagih alkohol, asma, kanser, penyakit jantung ( aterosklerosis dan kolestrol tinggi ), hepatitis, penyakit hati, penyakit yang melemahkan sistem pertahanan badan ( termasuk AIDS dan keletihan kronik sindrom ), kehilangan ingatan, penyakit alzheimer, osteoartritis, dan penyakit Parkinson. Glitathione juga digunakan untuk mengekalkan sistem pertahanan badan ( sistem imun ).
Ramai wanita menggunakan gluta untuk meringankan nada kulit mereka. Ini dimungkinkan oleh sifat-sifat glutathione sebagai bahan anti oksidan yang membantu dalam pertumbuhan semula sel dan menghalang radikal bebas.

Orang yang menggunakan gluta untuk mencerahkan kulit boleh mengalami kejang perut, loya dan muntah-muntah. Ini adalah kerana mereka memerlukan dos yang tinggi untuk proses pencerahan itu.

Mengikut kajian, gluta ini merupakan bahan antioksidan yang mencegah penuaan. Apabila kulit wajah sentiasa terdedah dengan radikal bebas, bahan gluta ini tadi akan menyejukkan radikal bebas tersebut dan mengitar semula bahan anti oksidan lain. Selepas ia berlaku, badan boleh menyejukkan atau menjana semula satu lagi molekul glutathione untuk perlindungan kulit.


Ia juga membantu mencapai fungsi mental dan fizikal secara puncak. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa tahap glutathione yang tinggi mengurangkan kerosakan otot, mengurangkan masa pemulihan, meningkatkan kekuatan dan ketahanan dan perubahan metabolisme daripada pengeluaran lemak untuk pembangunan otot.


No comments: