Kayu Manis
Walaupun kayu manis membantu menurunkan kadar kolestrol yang tinggi, tidak bermakna anda harus mengambilnya dalam jumlah yang banyak. Cukuplah dengan 1/2 sudu teh serbuk kayu manis yang ditaburkan di atas roti bakar, oat atau ke dalam smoothie.
Bawang putih
Ia memang dipercayai dapat meningkatkan kesihatan dan stamina badan seseorang. Bahkan ramai yang menggunakan bawang putih untuk menurunkan kadar kolestrol, mencegah pembekuan darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melindungi badan daripada jangkitan.
Teh
Ia mempunyai komponen kimia yang boleh membantu aktiviti pembakaran sel lemak termasuklah kolestrol jahat. Selain kaya serat, teh juga mengandungi antioksidan seperti flavonoid yang dapat mencegah oksidasi akibat penimbunan LDL - kolestrol dalam darah. Gantilah kopi dengan teh hijau setiap pagi atau malam. Dengan minum segelas teh panas, ia dapat memenuhi antioksidan dalam badan.
Omega-3
Tidak dinafikan, omega 3 telah terbukti dapat menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan kadar risiko komplikasi akibat kolestrol. Anda boleh dapatkan omega 3 dengan mengambil ikan laut ( tuna atau salmon ) dan kacang-kacangan.
Barli
Ia adalah keluarga gandum yang kaya serat. Sebab itulah, barli menjadi salah satu makanan terbaik untuk menurunkan kolestrol dalam badan.
Minyak Zaitun
Ia kaya dengan asid lemak tak tepu dan vitamin E yang dapat menurunkan LDL dan menaikkan HDL. Dengan mencampurkan dua sudu minyak zaitun dan buah zaitun ke dalam salad anda, ia membantu menaikkan kolestrol baik dalam badan.
Flaxseed
Ia mengandungi serat larut dan liganon yang dapat mengurangkan pengeluaran LDL, Zat-zat ini juga meningkatkan kemampuan badan untuk membuang kolestrol. Tambahan flaxseed ke dalam minuman smoothie atau oatmeal anda adalah cara tepat dan lazat untuk menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
Badam
Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum, pilihlah badam mentah untuk dixampurkan ke dalam salad sebagai salah satu alternatif yang baik dan menu diet anda. Selain badam, jenis-jenis kacang-kacangan juga mengandungi serat yang baik kerana lemak yang terdapat di dalamnya adalah jenis lemak tak tepu sehingga dapat membantu mengurangkan kadar kolesrol dalam badan.
Lemon Segar
Lemon mengandungi senyawaan yang dapat membantu menurunkan kadar kolestrol seperti antioksidan dan senyawa kimia yang dipanggil limonoid. Anda boleh mengambilnya dengan dijadikan jus dan ditambah dengan sedikit gula rendah kalori.
Coklat
Coklat selain dijadikan snek atau bahan masakan, juga adalah pilihan yang sihat. Pilihlah coklat hitam yang memiliki rasa cukup pahit. Coklat mengandungi antioksidan dan flavonoid.
Epal
Epal sangat dikenali sebagai buah detoks yang sangat baik untuk diet. Walaupun dalam 100gm epal hanya mengandungi sedikit vitamin C tetapi ia sangat kaya dengan antioksidan. Malah ia membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
Oatmeal
Oatmeal mengandungi serat larut yang dapat menurunkan kadar LDL. Serat yang terdapat dalam oatmeal dapat mengurangkan penyeraan kolestrol dalam aliran darah. Dengan pengambilan 10gm serat, ia dapat mengurangkan jumlah kolestrol