cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

11 Sept 2015

KOLESTROL TINGGI DALAM DARAH ADALAH PEMBUNUH SENYAP

Kadar kolestrol yang tinggi dalam darah adalah masalah kesihatan yang biasa berlaku di kalangan kita. Bahkan, seseorang yang mempunyai kadar kolestrol darah yang tinggi tidak menyedari bahawa bahaya sedang menanti. Ini biasanya dibiarkan berlarutan sehinggalah terjadinya serangan strok, penyakit jantung dan sebagainya yang mungkin boleh membawa maut.

Kolestrol adalah komponen dari lemak dalam badan kita. Ia mempunyai fungsi sebagai zat gizi yang sangat diperlukan oleh badan selain zat gizi yang lain seperti karbohidrat,  protein, vitamin dan mineral.

Sebahagian kolestrol yang dihasilkan dalam badan kita mencapai 80% daripada jumlah kolestrol dan selebihnya 20% diperolehi daripada makanan.

BADAN KURUS BERISIKO?
Risiko gangguan kolestrol bukan sahaja terjadi pada seseorang yang berbadan besar, tetapi turut berisiko kepada anda yang berbadan kurus.

Kebanyakan mereka yang berbadan kurus boleh memperolehi gangguan kolestrol akibat pengaruh gaya hidup seperti merokok, pengambilan alkohol dan anoreksia.

KOLESTROL TINGGI PEMBUNUH SENYAP
Kolestrol boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu LDL-kolestrol-kolestrol jahat dan HDL - Kolestrol-kolestrol baik.

LDL -kolestrol berlaku akibat peningkatan pemendapan kolestrol pada arteri sehingga menyebabkan penyempitan arteri secara perlahan-lahan.

HDL -kolestrol baik yang mengeluarkan kolestrol jahat daripada dinding arteri dan melindungi anda da ipada penyakit jantung koronari yang amat ditakuti.

SIAPA BERISIKO

Antara ciri-ciri dan syarat seseorang yang berisiko mendapat kolestrol tinggi ialah:

A) Umur - kolestrol dalam badan akan meningkat secara semula jadi apabila usia seseorang semakin bertambah. Contohnya, peningkatan kolestrol seorang lelaki boleh terjadi pada usia 50 tahun. Sedangkan peningkatan kolestrol wanita terjadi ketika hamil.

B) Keturunan - risiko kolestrol juga boleh juga diwarisi secara genetik.
Diabetes - seseorang yang mempunyai diabetes boleh mempengaruhi untuk mendapatkan kolestrol tinggi.

C) Berat - mempunyai berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan LDL dan mengurangkan HDL.

D) Diet - pengambilan diet yang tinggi dalam lemak tepu dan asid trasfat boleh meningkatkan tahap kolestrol seseorang.

TAHUKAH ANDA?
Disarankan seseorang yang mempunyai berat badan belebihan mestilah berusaha mengrangkan 5-10% berat badan untuk mengelakkan risiko gangguan kolestrol.

INGAT! Gejala kolestrol tinggi tidak dapat dikenal pasti sehinggalah komplikasi seperti serangan jantung berlaku. Oleh sebab itulah, kolestrol tinggi adalah pebunuh senyap.



No comments: