cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

13 Sept 2015

KURANGKAN KOLESTROL DENGAN KESEIMBANGAN PEMAKANAN

Seseorang perlu membuat pemeriksaan perubatan dengan melakukan ujian darah untuk mengukur tahap lipid dalam darah. Jika keputusan tahap tidak normal, anda perlu mengubah gaya hidup termasuklah mengurangkan lemak tidak sihat dalam diet dan melakukan senaman untuk membakar kalori dan lemak dalam badan.

Perkara pertama yang perlu anda tahu tentang makanan kolestrol adalah kesederhanaan dan keseimbangan amatlah penting.

  • kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan kolestrol.
  • elakkan makanan yang boleh meningkatkan paras kolestrol (lemak tepu dan trans fat).
  • amalkan keseimbangan , kesederhanaan dan pelbagaikan pengambilan makanan seperti dalam Piramin Makanan Malaysia.
JENIS MAKANAN KURANGKAN KOLESTROL

♡ Makanan yang kaya dengan lemak tidak tepu seperti minyak zaitun, bunga matahari dan minyak sayur-sayuran, kacang dan ikan.

♡ Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber yang baik serat larut kolestrol.

♡ makanan yang diperkaya dengan sterol tumbuhan dan stanols seperti minyak sayur-sayuran dan bijirin penuh. Ia bekerja dengan menghalang penyerapan lemak daripada usus.

♡ Oat dan barli adalah sumber yang kaya dengan serat larut.

♡ kacang yang kaya dengan protein sayuran, lemak tak tepu, sterol tumbuhan dan serat.

♡ makanan soya juga adalah untuk membantu mengurangkan tahap kolestrol.

TAHUKAH ANDA?

Kolestrol yang dihasilkan oleh badan bergantung kepada makanan yang diambil. Makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans akan menaikkan paras LDL kolestrol dalam badan.

ASID LEMAK OMEGA-3

Selain itu, pengambilan asid lemak omega 3 juga menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan menurunkan LDL ( kolestrol jahat ) dan meningkatkan HDL ( kolestrol baik ), mengawal masalah obesiti, dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Salah satu sumber omega 3 yang terbaik dan mudah diperoleh dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia adalah Shaklee Omega Guard. Hal ini kerana, Shaklee Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk  EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.


Shaklee Omega Guard dihasilkan melalui suatu peroses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB ( polychorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik) .


No comments: