Minyak ikan didapati di dalam ikan yang mengandungi lemak
ataupun suplemen. Lemak pada ikan berbentuk cair. Sebab itu, ia dikenal sebagai
minyak ikan. Penyelidikan menunjukkan banyak manfaat yang boleh didapati
menerusi minyak ikan untuk kesihatan tubuh badan. Namun, bukti ilmiah
menunjukkan minyak ikan paling bermanfaat untuk kesihatan jantung.
Melalui penyelidikan juga, dikatakan minyak ikan berkhasiat
untuk menurunkan kadar lemak darah trigliserida, melambatkan pembentukan plak
pengerasan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, serta mencegah strok pada
penghidap penyakit jantung.
Dsebabkan manfaat terbaik minyak ikan berasal dari kandungan
anti-inflamasi dan omega-3, pakar kesihatan percaya minyak ikan juga
efektif untuk mencegah penyakit akibat inflamasi seperti arthritis, rematoid,
osteoporosis dan sebagainya.
Antara lain, minyak ikan didapati membantu memelihara
kesihatan mata, mengurangi depresi, gangguan konsentrasi, masalah schizophrenia
atau gangguan bipolar.
Tubuh kita tidak dapat menghasilkan omega-3, oleh itu untuk
mendapatkan jumlah yang diperlukan kita perlu mengambil makanan yang
mengandungi omega-3 ataupun suplemen. Selain daripada ikan berlemak, omega-3
juga banyak ditemuai pada makanan seperti kacang walnut, minyak kanola, zaitun
serta kacang soya.
Dibandingkan dengan sumber semulajadi dari tumbuhan, omega-3
yang berasal dari haiwan tetap yang terbaik. Ini kerana, minyak ikan memiliki
dua jenis asid esensial iaitu eicossapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). Sementara sumber tumbuhan hanya mengandungi asid lemak alphalinolenic
acid (ALA). Kajian membuktikan
manfaat EPA dan DHA jauh lebih besar berbanding ALA.
Sebaiknya, pilih ikan yang berukuran kecil seperti sardine kerana
ia mengandungi toksin yang sedikit. Semakin besar ukuran ikan, semakin besar
juga kemungkinan ia tercemar dan pastikan berkualiti tinggi.
No comments:
Post a Comment