cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

16 Jan 2013

Estrogen -'hormon wanita' yang bernilai


Fungsi estrogen

  •        Hormon wanita yang bertanggungjawab ke atas segala pertubuhan tubuh seperti membantu pertumbuhan payudara dan bahagian lain yang membezakan wanita lelaki.
  •        Merangsang tumbesaran organ-organ pembiakan yang membolehkan seseorang wanita melahirkan anak. Setiap bulan sebiji telur dikeluarkan dari salah satu ovari. Jika disenyawakan, ia akan membesar di dalam rahim menjadi seorang bayi. Sekiranya kehamilan tidak berlaku, telur itu akan dikeluarkan dari rahim sebagai haid.
  •        Memelihara kesihatan dan kecantikan kulit serta pelbagai organ tubuh dan kecerdasan minda.

         Semakin menghampiri menopaus, semakin kurang hormon yang dikeluarkan oleh ovari, dan ada bulan-bulan di mana tiada langsung telur dihasilkan. Inilah yang menyebabkan haid datang tidak menentu kerana rahim tidak 'membuang' lapisan telur ini seperti biasa. Seseorang wanita kemungkinan tidak akan sedar akan sebarang keganjilan tentang haidnya sehinggalah pusingan haidnya terus berhenti dan berlaku menopaus.

Kesan kekurangan estrogen
  •      RAHIM - Akan mula mengecut setelah ia tidak diperlukan lagi untuk tujuan kelahiran.
  •      FARAJ - Akan memendek dan sempit serta menjadi kendur. Lapisan dindingnya menjadi nipis dan kering, ini kerap mengakibatkan kesakitan ketika hubungan kelamin. Ini seterusnya akan mewujudkan tekanan emosi yang boleh menjejaskan hubungan seksual.
  •      PUNDI KENCING - Kawalan di pundi kencing menjadi lemah dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal atau menahan kencing [walaupun kekurangan estrogen biasanya bukanlah punca berlakunya keadaan ini]. Tambah lagi,otot-otot di kawasan ini menjadi lemah ketika menopaus, dan ini memburukkan lagi masalah pengawalan pundi kencing.
  •      KULIT DAN RAMBUT - Pengurusan estrogen juga melibatkan kesan pada rupa paras seseorang wanita. Kulit menjadi nipis dan kering serta keanjalan dan kelembutannya. Kurangnya estrogen juga mengurangkan pertumbukan rambut, manakala rambut juga kehilangan serinya.
  •       TULANG DAN OTOT-OTOT - Dengan menurunnya kadar estrogen, tulang menjadi semakin kecil dan lemah sejak sebelum menopaus lagi. Proses ini dipanggil osteoporosis. Inilah yang menyebabkan tulang jadi rapuh dan lebih mudah patah dikalangan wanita yang lebih berusia. Wanita tua biasanya semakin rendah dan menjadi bongkak akibat tulang belakang yang semakin lemah hingga ada tulang-tulang yang roboh. Sakit belakang dan radang sendi juga biasa berlaku. Otot-otot juga boleh menjadi lemah akibat penurunan kadar estrogan.
  •        PENYAKIT JANTUNG DAN SALURAN DARAH - Estrogen nampaknya penting dalam melindungi seseorang wanita muda daripada penyakit yang menyerang pembuluhan darah - sebab utamanya terjadi serangan jantung dan strok yang lebih kerap dihidapi kaum lelaki muda atau separuh umur. Selepas menopaus, kaum wanita juga menghadapi risiko serangan jantung dan strok yang sama tingginya seperti yang dihidapi kaum lelaki.



No comments: