cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

2 Feb 2016

MASALAH KEPUTIHAN! NORMAL ATAU TIDAK

Keputihan yang kerap berlaku pada wanita pasti akan membuatkan rasa tidak selesa. Lebih teruk lagi, apabila keputihan ini meninbulkan bau sehinggakan terpaksa menukar pantyliner dengan kerap.

Jangan biarkan keadaan ini berterusan, bimbang ia boleh membawa kepada penyakit yang lebih parah lagi.

Bagaimana keputihan boleh berlaku dan kenapa?

Pada asasnya, keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj (vagina) selain daripada darah haid yang dialami oleh wanita. Keputihan boleh menjadi cairan berwarna kekuning-kuningan dan kehijauan. Sesetengah cairan ini adalah normal dan sebaliknya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman.

Masalah keputihan berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian.

Perubahan pada persekitaran ini boleh disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus, dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran yang tidak bersih.

Keadaan ini akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal dan pengeluaran keputihan yang tidak normal serta bebau.

Dalam kes biasa atau normal, cairan atau lendir ini tidak berwarna, tidak berbau dan tidak membuatkan seseorang itu rasa gatal.

Walaubagaimanapun, kadangkala cairan ini boleh keluar dengan banyak, tetapitap jernih. Ini banyak berlaku kepada semua wanita yang menghampiri waktu subur, sebelum atau sesudah datang haid.

Selain itu, cairan normal ini juga boleh berlaku kepada wanita yang sedang hamil, wanita yang mengambil pil perancang keluarga dan juga wanita yang sedang dalam rawatan menggunakan ubat hormon.

Untuk keputihan yang tidak normal, biasanya cairan yang keluar bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, sering berbau busuk serta diiringi rasa gatal pada sekeliling faraj.

KEPUTIHAN NORMAL
Cecair atau lendir yang berwarna putih, tidak gatal dan tidak berbau. Beberapa keadaan seseorang wanita itu mengalami keputihan yang normal adalah:
☆ melahirkan anak
☆ pertama kali haid
☆ menjelang haid
☆ alahan kondom
☆ gangguan jiwa
☆ teransang oleh aktiviti seksual

KEPUTIHAN TIDAK NORMAL
Cairan yang berwarna coklat, hijau atau kuning dan mengeluaekan bau yang kurang menyenangkan. Beberapa jenis kuman yang boleh menyebabkan masalah keputihan ialah haemophilus, vaginalis, staphylococcus, escheerrichia coli, dan diptheroids.

Membawa Kepada Penyakit Kanser
Kebanyakan cairan yang keluar biasanya disebabkan jangkitan kuman sahaja. Namun, ada sebilangan kecil cairan yng keluar adalah tanda-tanda penyakit kanser rahim (endometrium) dan pangkal rahim (serviks). Jenis cairan ini memgandungi campuran darah dan tiada rasansakit dan tiada kegatalan.

INGAT!
Masalah keputihan yang berlaku pada wanita yang hamil adalah masalah yang harus ditangani segera. Namun, ia tidak berbahaya kerana disebabkan faktor fisiologi sahaja. Apabila sudah melahirkan anak, masalah ini akan hilang dengan sendirinya.

Namun, jangan diabaikan jika keputihan yang anda alami berlarutan dan mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman kerana ini akan menyebabkan kelahiran bayi pramatang manakala jangkitan kuman bethamolytic staph aureus pula boleh menjejaskan kesihatan bayi, kontraksi pada rahim dan juga menyebabkan pecah ketuban.

1 comment:

Fatin said...

Wah, tak sangke pulak keputihan ni boleh jadi tanda2 kanser!