cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Feb 2016

ELAK KEPUTIHAN KETIKA HAMIL

Kulat dan bakteria merupakan antara mikroorganisma yang paling dominan dalam masalah keputihan tidak normal ketika hamil.

Kandisiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab utama masalah keputihan yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakteria vaginosis, trikomoniasis dan gonorrhoea.


Keputihan tidak normal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan nyawa ibu dan keselamatan janin. Inilah sebabnya mengapa masalah keputihan yang terjadi waktu ini perlu dirawat dengan betul.

KEPUTIHAN YANG BERBAU

Biasanya keputihan yang berbau disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat.

keputihan disebabkan jangkitan bakteria-berwarna kuning, berbau hamis, dan gatal pada kemaluan.
keputihan yang disebabkan jangkitan kulat - berwarna susu bergumpal, berbau masam, rasa gatal dan kemaluan akan membengkak dan merah.

JIKA ANDA MENGALAMI KEPUTIHAN

1 - Usah membersihkan kemaluan dengan sabun. Perlu diketahui yang sabun boleh mengganggu keseimbangan flora bakteria normal dan menjejaskan pH. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada faraj.

2 - Jika anda ingin menggunakan pad atau pantyliners, pilih yang selesa.

3 - Elakkan tampon kerana ia boleh memindahkan bakteria baru ke dalam faraj.

4 - Sentiasa pastikan kemaluan anda bersih. Ini penting untuk mengelakkan bau yang tidak menyensngkan.

5 - Jika terdapat lelehan yang tidak normal dari faraj anda, jangan bertangguh lagi. Segeralah bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1 comment:

Fatin said...

Tak selesa kan kalau ade keputihan ni.. Better rawat cepat2