cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

2 Feb 2016

MASALAH KEPUTIHAN! NORMAL ATAU TIDAK

Keputihan yang kerap berlaku pada wanita pasti akan membuatkan rasa tidak selesa. Lebih teruk lagi, apabila keputihan ini meninbulkan bau sehinggakan terpaksa menukar pantyliner dengan kerap.

Jangan biarkan keadaan ini berterusan, bimbang ia boleh membawa kepada penyakit yang lebih parah lagi.

Bagaimana keputihan boleh berlaku dan kenapa?

Pada asasnya, keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj (vagina) selain daripada darah haid yang dialami oleh wanita. Keputihan boleh menjadi cairan berwarna kekuning-kuningan dan kehijauan. Sesetengah cairan ini adalah normal dan sebaliknya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman.

Masalah keputihan berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian.

Perubahan pada persekitaran ini boleh disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus, dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran yang tidak bersih.

Keadaan ini akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal dan pengeluaran keputihan yang tidak normal serta bebau.

Dalam kes biasa atau normal, cairan atau lendir ini tidak berwarna, tidak berbau dan tidak membuatkan seseorang itu rasa gatal.

Walaubagaimanapun, kadangkala cairan ini boleh keluar dengan banyak, tetapitap jernih. Ini banyak berlaku kepada semua wanita yang menghampiri waktu subur, sebelum atau sesudah datang haid.

Selain itu, cairan normal ini juga boleh berlaku kepada wanita yang sedang hamil, wanita yang mengambil pil perancang keluarga dan juga wanita yang sedang dalam rawatan menggunakan ubat hormon.

Untuk keputihan yang tidak normal, biasanya cairan yang keluar bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, sering berbau busuk serta diiringi rasa gatal pada sekeliling faraj.

KEPUTIHAN NORMAL
Cecair atau lendir yang berwarna putih, tidak gatal dan tidak berbau. Beberapa keadaan seseorang wanita itu mengalami keputihan yang normal adalah:
☆ melahirkan anak
☆ pertama kali haid
☆ menjelang haid
☆ alahan kondom
☆ gangguan jiwa
☆ teransang oleh aktiviti seksual

KEPUTIHAN TIDAK NORMAL
Cairan yang berwarna coklat, hijau atau kuning dan mengeluaekan bau yang kurang menyenangkan. Beberapa jenis kuman yang boleh menyebabkan masalah keputihan ialah haemophilus, vaginalis, staphylococcus, escheerrichia coli, dan diptheroids.

Membawa Kepada Penyakit Kanser
Kebanyakan cairan yang keluar biasanya disebabkan jangkitan kuman sahaja. Namun, ada sebilangan kecil cairan yng keluar adalah tanda-tanda penyakit kanser rahim (endometrium) dan pangkal rahim (serviks). Jenis cairan ini memgandungi campuran darah dan tiada rasansakit dan tiada kegatalan.

INGAT!
Masalah keputihan yang berlaku pada wanita yang hamil adalah masalah yang harus ditangani segera. Namun, ia tidak berbahaya kerana disebabkan faktor fisiologi sahaja. Apabila sudah melahirkan anak, masalah ini akan hilang dengan sendirinya.

Namun, jangan diabaikan jika keputihan yang anda alami berlarutan dan mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman kerana ini akan menyebabkan kelahiran bayi pramatang manakala jangkitan kuman bethamolytic staph aureus pula boleh menjejaskan kesihatan bayi, kontraksi pada rahim dan juga menyebabkan pecah ketuban.

18 Dec 2015

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik LAUK adalah GARAM"(Al-baihaqi)
Garam bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul.

GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!

Kesilapan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam kedalam masakan ketika minyak sedang MENDIDIH/PANAS. Ia akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik.

Garam, bahasa saintifiknya adalah sodium. Jika garam dimasak dengan cara diatas, ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.

Cara yang betul penggunaan garam:
Kaedah Pertama:
- Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. Contohnya: Kari Ikan
- Kemudian masukkan garam dalam  masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.
- @ Kacau air garam dan tuangkan kedalam kuah.

Kaedah kedua:
- Masak makanan tanpa masukkan garam.
- Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing2.
"Antara amalan yang diamalkan oleh para Salafussoleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulakan makan "
- Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan.

GARAM IALAH MINERAL!!

- Antara kelebihannya ialah:
* mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati dalam keadaan mati mengejut.
Sebarkan sekiranya anda mahu semua orang Islam sihat!!
-dr Ust.Ihsan Mohamad
(Imam Muda MBA)



4 Dec 2015

5 MAKANAN SIHAT YANG PERLU DIAMBIL UNTUK KETAHANAN TUBUH

Sistem ketahanan badan seseorang bukan bergantung kepada pengambilan suplemen atau vitamin. Suplemen ini hanyalah penambah kepada daya ketahanan badan dan jika anda tidak mengambilnya, badan akan menjadi lemah. Jadi untuk mengaja daya ketahananan bada, ambillah makanan semulajadi seperti berikut.

1 BAWANG PUTIH

Ia telah digunakan sejak ratusan tahun yang lalu sebagai antiseptik. Dengan pengambilan bawang putih, ia memberikan perlindungan kepada demam, batuk dan jangkitan. Bawang putih mengandungi vitamin C, B1 dan B6, mineral(fosfor dan zat besi) dan sulfixide alliin yang dikenal sebagai anti bakteria.

2 OMEGA-3


Salmon, tuna dan mackerel kaya dengan asid lemak omega 3 serta membantu sistem imunisasi badan. Ikan jenis ini juga boleh melingdungi badan anda  daripada jangkitan. Saranan, amalkan pengambilan ikan ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3 KACANG& DAN BIJI-BIJIRIN

Makanan ini snagat membantu untu meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia kaya dengan vitamin E yang meransang pengeluaran sel untuk menyingkirkan bakteria dan sel kanser dalam badan.

4 GANDUM


Nasi merah, oat dan prosuk yang diperbuat daripada gandum amat kaya dengan serat, protein dan antioksidan. Kelebihannya ia dapat meningkatkan daya ketahanan badan jika diambil secara rutin.

5 BUAHAN & SAYURAN

Makanan yang kaya serat sangat efektif untuk menjaga daya ketahanan badan, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan melindungi sel badan daripada rosak.

3 Nov 2015

VITAMIN YANG DIPERLUKAN OLEH MATA UNTUK KEKAL SIHAT DAN CANTIK

Mata adalah anugerah yang diberikan Tuhan. Lelaki mahupun wanita perlu menjaga kesihatan mata supaya ianya tidak sakit dan rosak.


Pengambilan makanan seharian perlulah mengandungi vitamin yang penting untuk penjagaan kesihatan mata supaya mata sihat dan bersinar. Jom tengok vitamin yang diperlukan oleh mata.

PROTEIN
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisma serta pemprosesan baha kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.

KALSIUM
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.

VITAMIN A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Maknan yang kaya vitamin A ialah minya ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayuran hijau dan oren.

VITAMIN B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.

VITAMIN C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.

VITAMIN E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin dan sayur-sayuran hijau.

ZINK
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.

INFO
Elakkan MSG berlebihan dalam makanan. MSG mengandungi neurotoxin yang boleh menyebabkan glaukoma.