Bila berlakunya
perubahan cuaca mulalah anak-anak
terkena selsema, demam, batuk, muntah-muntah sehinggalah cirit birit. Apakah ini
disebabkan antibodi anak lemah?
Kanak-kanak pada usia tiga hingga empat tahun sedang membina sistem kekebalan tubuh. Oleh sebab itu, pada usia ini antibodi anak-anak tidak sekuat orang dewasa. ia berkembang dan perlu menentang banyak penyakit untuk menjadikan antibodi tersebut kuat.
Kanak-kanak pada usia tiga hingga empat tahun sedang membina sistem kekebalan tubuh. Oleh sebab itu, pada usia ini antibodi anak-anak tidak sekuat orang dewasa. ia berkembang dan perlu menentang banyak penyakit untuk menjadikan antibodi tersebut kuat.
Apakah Antibodi?
Antibodi melawan penyakit. Antibodi ialah berasal daripada bahasa
latin “Anti” yang bererti “melawan” dan “Bodiq” yang bererti “Tubuh”.
Pengertian antibodi adalah suatu zat yang dibentuk oleh tubuh yang berasal
daripada protein darah jenis
gama-globulin yang diubahnya untuk melawan zat antigen (zat asing) yang
masuk ke dalam tubuh.
Di dalam tubuh terdapat
beberapa jenis antibody seperti:
·
Opsonin iaitu antibodi yang bersifat meransang
serangan leukosit terjadan antigen atau kuman.
·
Lisin adalah antibodi yang bersifat
menghancurkan antigen atau kuman.
·
Presipirin adalah antibodi yang bersifat
mengendapkan antigen dan kuman.
·
Agglutinin pula ialah antibodi yang bersifat
menggumpalkan antigen, aglutinogen atau kuman.
Sistem imuniti si manja terdiri daripada protein, organ dan sel darah
putih yang dipanggil leukosit yang saling bekerja memerangi penyakit dan
jangkitan pada si manja. Menurut AskDrSears.com, kebanyakan si kecil mempunyai
sistem kekebalan tubuh yang lemah kerana diet yang tidak seimbang. Diet yang
kaya dengan gula akan menngurangkan keberkesanan sel darah putih dalam sebanyak 40%. Selain itu, amalan pemakanan
yang tinggi lemak mengurangkan penghasilan sel darah putih dan antibody.
Vitamin yang diperlukan untuk tingkatkan sistem imuniti kanak-kanak
Vitamin C
Makanan yang kaya vitamin C mampu menguatkan keimunan
tubuh dengan meningkatkan penghasilan sel
darah putih dan antibodi untuk
memerangi kuman yang menyebabkan jangkitan penyakit.
Kuatkan antibodi si
kecil dengan pengambilan sekurang-kurangnya enam hidangan buah-buahan dan
sayur-sayuran. Buah sitrus, betik, mangga, kiwi, brokoli, lada benggala, tomato
dan ubi kentang.
Vitamin E
Vitamin E berupaya meransang sel
untuk menghapuskan kuman seperti sel-B yang menghasilkan antibodi melawan bakteria.
Antara makanan kaya vitamin E ialah
kekacang, biji bunga matahari, minyak sayuran, bijirin penuh, zaitun, legume,
asparagus, bayam, beras perang, telur, minyak dan daging.
Zat besi
Makanan kaya zat besi meningkatkan penghasilan sel darah putih. Ia juga meningkatkan
produksi sel-T yang membantu sel darah putih mengeluarkan lebih banyak antibodi. Zat besi diperlukan untuk melawan infeksi dan menyembuhkan luka. Bijirin
yang diperkuatkan dengan zat besi adalah sumber yang sesuai dengan si kecil. Selain
itu, antara makanan lain ialah ketam, daging lembu, kuning telur, badan, susu,
tairu dan coklat gelap.
Omega-3
Melindungi tubuh
daripada kerosakan yang disebabkan oleh reaksi berlebihan. Omega-3 meningkatkan
aktiviti sel darah putih yang menghapuskan bakteria. Omega-3 boleh didapati
dalam ikan yang berlemak seperti salmon, tuna dan ikan kembung.
Kita sebagi ibu bapa harus mengambil berat terhadap pemakanan dan makanan yang diambil oleh anak setiap hari supaya si manja membesar dengan sihat dan kurang berisiko untuk mendapat sesuatu penyakit.
1 comment:
terima kasih Dila Gebu
Post a Comment