Ramai yang tidak menyedari kepentingan asid folik sebelum
hamil. Sedngkan ia sangat penting untuk pertumbuhan janin yang bakal
dikandungi.
Kebanyakan wanita tahu kewujudan suplemen asid folik hanya
setelah disahkan hamil. Padahal suplemen berkenaan sangat digalakkan untuk dijadikan
sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara tiga hingga enam bulan
sebelum hamil.
Asid folik atau folat juga dikenali sebagai vitamin B9
sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam
pembentukan DNA dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak dalam sel.
Jika seseorang wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah
bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal dikandung akan terjejas. Hal ini
dibuktikan menerusi kajian yang pernah dijalankan pada tahun 1960 di mana para
pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik di dalam tubuh wanita hamil
dengan penyakit akibat asid folik yang rendah pada bayi mereka.
Asid folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan
kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang
cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural tube defect atau NTD),
gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau lansung
tidak terbentuk (anecephaly / encephalocele) dan masalah pembentukan saraf
tunjang (spina bifida). Hal ini kerana pakar perubatan sangat percaya bahawa
asid folik sangat membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang,
organ, kulit dan tulang bayi.
Selain daripada itu, ia turut mendatangkan kebaikan apabila
dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan risiko
keguguran, lahir mati @ kelahiran pra matang, serta kekurangan darah(anemia).
Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukan bahawa pengambilan suplemen
asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami
masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan
yang tidak sama (limb reduction), dan kecacatan pada sistem pembuangan pada air
kencing.
Kajian juga menunjukkan bahawa kecacatan-kecacatan ini boleh
dikurangkan di antara 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting utuk
anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga.
anecephaly /
encephalocele – adalah nama yang diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai
tisu otak dan lazimnya dia akan mati sejurus selepas dilahirkan.
spina bifida
- adalah kecacatan saraf tunjang yang
boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan
kecacatan otak.
Oleh sebab itu, suplmen asid folik harus diberikan kepada
wanita sebaik sahaja dia disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang
dengan teratur , wanita berkenaan akan dinasihatkan untuk mengambil suplemen
asid folik setiap hari sekurang2nya
sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 mingguu pertama, perkembangan
otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pesat.
Jadi ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting
kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini kerana ia
adalah agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah,
ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal
kandungan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa
pengambilan suplemen asid folik tiga hingga enam bulan sebelum merancang hamil
sangat penting kerana ia membolehkan tubuh anda telah bersedia untuk sebarang
pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.
No comments:
Post a Comment