Tidak
ramai diantara kita yang mengambil tahu tentang khasiat sayur-sayuran, ada
sesetengahnya pula mementingkan rasa. Kalau sedap barulah makan. Kalau tidak,
jangankan rasa, beli pun tidak. Disebabkan faktor inilah, kanak-kanak zaman
sekarang kurang makan sayur jika dibandingkan anak-anak kecil zaman dahulu.
Adalah
bagus jika kita dapat mengambil kesemua jenis warna sayuran kerana ia
memekalkan nutrisi yang berbeza-beza. Ini kerana setiap warna mengandungi
fitonutrien atau nutrien tumbuh-tumbuhan berlainan yang bertindak sebagai
antioksidan untuk melindungi sel dan mempunyai manfaat kesihatan tersendiri.
Makan
sayur-sayuran pelbagai jenis dan warna setiap hari adalah penting. Garis
panduan pemakanan Amerika Syarikat menyarankan diet yang mengandungi 9-13
sajian sayur-sayuran yang berwarna-warni dalam sehari supaya tubuh kita
mendapat nutrisi yang seimbang.
APAKAH ITU FITONUTRIEN?
Fitonutrien
adalah nutrisi tumbuhan yang membantu dalam pelbagai fungsi tubuh. Fitonutrien
bertindak sebagai antioksidan, membantu mengawal atur metabolisma, aktiviti
enzim dan mungkin membantu mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit
kronik.
Lebih
200 jenis daripada 25000 bahan tumbuhan yang ada telah dikenal pasti berguna
dalam mencegah penyakit. Itulah sebabnya fitonutrien semakin dikenali sebagai
vitamin untuk abad ke -21.
WARNA MERAH
Mengandungi
likopen iaitu sejenis zat yang berperanan memelihara kesihatan sel dan mampu
mengurangkan risiko barah/ kanser. Selain itu, sayuran merah juga mengandungi
asid elagik untuk menjaga kesihatan kelenjar prostat dan asid deoksiribonukleik
( DNA ) di dalam sel. Tomato turut mengandungi vitamin C bertindak sebagai
antioksidan sekaligus meminimumkan risiko kanser panreas dan radang usus.
Pengambilan tomato turut dapat mencegah penyakit jantung dan mengawal tekanan
darah.
Contoh
: tomato, bayam merah, cili
OREN / JINGGA TERANG
Kaya
dengan alfa karotein, beta kerotiena, beta kriptozantin dan hesperidin yang
penting untuk kesihatan mata, serta bertindak sebagai anti kanser dan
antioksida. Misalnya, seperti pengambilan lobak merah pada setiap hari selain
memperbaiki daya penglihatan, ia juga untuk kesihatan jantung. Selain itu, ia
turut bertindak untuk mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan
yang sihat.
Contoh
: lobak merah,keledek
WARNA KUNING
Mengandungi
vitamin C untuk melindungi sel tubuh. Ia juga mengandungi fitokimia karotenoid
dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan) yang berfungsi mengurangi
keradangan. Pengambilan sayur berwarna kuning terang ini turut melancarkan
pencernaan serta membantu memelihara daya tahan tubuh.
Contoh
: labu, lada benggala kuning.
WARNA BIRU & UNGU
Mengandungi
kuersetin, rasveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin. Ia mempunya
ciri antioksidan yang kuat,berperanan penting melindungi tubuh daripada
kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan
kulit serta melancarkan proses pencernaan dengan menurunkan kadar kolestrol dan
asid hempedu di dalam usus.
Sayuran
berwarna ungu seperti terung dan kubis ungu sangat baik diamalkan
pengambilannya pada setiap hari. Terung misalnya mengandungi pectin yang
berfungsi untuk menurunkan kolestrol dalam jumlah yang cukup banyak. Zat
lutein, zeaxanthin, resveratrol, vitamin c, serat, flavonoid, asam elagik, dan
kuersetin sangat baik untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh, merendahkan
bacaan kolestrol LDL, meningkatkan penyerapan kalsium dan mengurangkan
pertumbuhan tumor.
Contoh
: terung, kubis ungu
WARNA PUTIH
Mengandungi
alisin, kuersetin, insoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin bagi
mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi
salur darah serta meransang fungsi enzim dalam badan. Contoh sayur berwarna putih
ialah lobak putih, cendawan, kubis bunga, bawang putih dan kentang. Nutrisi seperti
beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh,
menurunkan risiko radang usus besar, kanser payudara, kanser prostat, serta
dapat meningkatkan keseimbangan hormon.
Contoh
: lobak putih, sengkuang, kentang
WARNA HIJAU
Mengandungi
fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotien dan epigallocatechin
gallate (EGCG) untuk kesihatan paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur
darah dan hati serta meningkatkan penyerapan kalsium. Klorofil yang terdapat
dalam sayuran hijau, bertindak sebagai antikanser. Kandungan serat yang erdapat
di dalam sayuran hijau dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kadar
kolestrol LDL. Sayuran hijau turut mengandungi kalsium sesuai untuk pembentukan
gigi serta tulang yang sihat dan kuat. Selain itu, banyak makan sayur hijau
juga dapat mencegah osteoporosis dan memperbaiki penglihatan mata.
Contoh
: brokoli, timun, kacang botol, sayur kangkung, sawi.
No comments:
Post a Comment