Soya memiliki nilai gizi yang terkenal lengkap. Dalam 100g
soya mengandungi sebanyak 34.9g protein , 331 kalori,18.1 g lemak, 34.8 hidrat
arang . 227 kalsium, 585 fosfor, 8mg besi,110 SI vitamin a, 1.07 mg vitamin B1
dan 7.5 g air.
Soya juga memiliki sejumlah phytochemical termasuklah
isoflavan yang dapat bekerjasama untuk
membantu melawan keadaan penyakit seperti penyakit kardiovaskular,osteoporosis
dan kanser payudara.
Manfaat lain nya adalah , soya juga berperanan penting untuk mengusir penyakit diabetes mellitus,
gangguan pada ginjal dan juga reumatik. Tanaman ini juga kerap diolah sebagai
makanan yang menyihatkan.
Jadi tidak hairanlah jika tempe dan tauhu sering menjadi
makanan pilihan orang ramai. Ini kerana , ia bukan sahaja lazat tetapi juga
mudah diolah di samping memiliki manfaat yang besar pada kesihatan. Proses
fermentasi soya sebenarnya dapat membuat nutrisi yang terkandung di
dalamnya lebih mudah diserap oleh tubuh.
Sumber :majalah wanita bil 1494.
No comments:
Post a Comment