Mencegah diabetes bukan hanya berkesan dengan menjaga pola pemakanan yang baik. Kini, melalui penyelidikan didapati bahawa alternatif pencegahan diabetes adalah dengan mengambil vitamin D yang mencukupi. Ini kerana, mereka yang menghidap diabetes tahap 2 cenderung memiliki kadar vitamin D dan kalsium yang rendah.
Kajian selanjutnya yang dilakukan oleh para penyelidik di The Tufts Medical Center, Bostom, Amerika, cuba menganalisis apa yang akan berlaku sekiranya mereka yang berisiko terkena diabetes tahap 2 diberi vitamin D dan kalsium yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Untuk melihat keberkesanan kedua-dua nutrisi ini, respondan diberi suplemen vitamin D, kalsium dan plasebo. Mereka yang menerima suplemen vitamin D bersama kalsium mahupun tanpa kalsium memiliki kadar gula darah yang rendah.
Dikatakan , vitamin D membantu meningkatkan fungsi pankreas dan juga insulin yang akhirnya akan mencegah perkembangan diabetes kerana turunnya kadar glukosa. Untuk meningkatkan fungsinya, anda boleh mendapatkan vitamin D melalui sumber makanan seperti susu, yogurt, keju, ikan sardin, bayam, telor, bijirin, sawi hijau, jus limau, cendawan dan lain-lainnya.
selain itu, kajian juga menyebutkan bahawa kurangnya pengambilan suplemen atau makanan yang mengandungi jenis vitamin D terbukti mengalami risiko lebih besar terkena muskuloskeleral yang merupakan gejala seiring dengan gangguan yang timbul pada otot, tulang , sendi dan jaringan saraf.
Sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan vitamin D boleh la menghubungi :
fb : http://www.facebook.com/mia.sara.33234
fb page :http://www.facebook.com/pages/Mama-sara
No comments:
Post a Comment