Pengambilan vitamin B setiap hari adalah perlu bagi
menggantikan vitamin yang dikeluarkan dalam badan. Vitamin B ini mudah hilang
semasa memasak makanan disebabkan oleh proses penyediaan dan haba semasa
memasak. Pengambilan lebih dari keperluan harian tidak mendatang kan kesan
kerana vitamin B tidak menyimpan didalam badan dan dikeluarkan melalui sIstem
perkumuhan.
Vitamin B mempunyai 8 jenis vitamin B, iaitu :-
VITAMIN B1 ( TIAMINA )
v
Merupakan sebahagian TTP, iaitu koenzim yang
diperlukan bagi kekuatan metabolism. Sistem saraf dan otot bergantung pada
vitamin B1. Orang yang berpuasa atau melakukan diet harus memastikan mereka
mendapat sejumlah vitamin B1 yang sama dalam 2000 kilo kalori makanan.
v
Berfungsi bagi pencerakinan dan penggunaan
karbohidrat, lemak dan protein. Memelihara system saraf dan otot yang sihat
serta fungsi jantung yang normal. Vitamin B1 juga bekerja seiring dengan
vitamin B2 dan B3.
v
Gejala kekurangan – keletihan, lemah badan,
hilang selera makan, kehelisahan, gangguan tidur, sakit pada bahagian abdomen,
sembelit, dan gangguan mental atau emosi. Beri-beri, iaitu sejenis penyakit
metabolic disorder dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki,
kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
VITAMIN B2 ( RIBOFLAVIN )
v
Dapat ditembusi
oleh sinar dan iradiasi kerana itulah susu jarang-jarang dijual dalam
gelas lut cahaya. Ianya stabil pada panas, sehingga pemanasan tidak
merosakkannya. Vitamin B2 diperlukan tubuh bagi metabolism semua jenis makanan
bagi mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan bersama dengan Vitamin B6.
v
Berfungsi sebagai koenzim. Membantu enzim bagi
menghasilkan kekuatan daripada nutrisi penting kepada tubuh manusia. Vitamin B2
berperanan pada tahap terakhir daripada kekuatan metabolism nutrisi itu. Wanita
hamil dan kanak-kanak memerlukan lebih vitamin B2 kerana penting bagi
pertumbuhan.
v
Kekurangan vitamin B2 dapat menyebabkan
pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung selain kepanasan pada bibir, mulut
dan lidah. Kekurangan vitamin B2 juga menyebabkan gejala seprti iritasi, kulit
merah, dan kulit kering disekitar mata dan bibir.
VITAMIN B3 ( ASID NIKOTINIK ATAU NIASIN )
v
Dalam tubuh, niasin ditukarkan kepada niasimi
yang diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga.
v
Niasin juga membantu mengekalkan system
perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi niasin juga dapat
membantu mengurangkan kolestrol. Vitamin B3 mempunyai keunikan berbanding
vitamin B yang lain kerana tubuh dapat membentuknya daripada asid amino
triptofan. Vitamin B3 juga membantu kesihatan kulit, system saraf dan system
pencernaan.
v
Kekurangan vitamin B3 dapat menyebabkan penyakit
pellagra iaitu gejala seperti dermatitis, diarea, dan dementia. Gejala
kekurangan vitamin B3 yang lainnya adalah kehilangan ngan nafsu makan, lemah,
pening kepala, dan sakit mental.
VITAMIN B5 (ASID PANTOTENIK )
v
Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Ia
diperlukan untuk mengeluarkan hormone kepada adrenal dan bahan kimia yang
mengatur fungsi system saraf.
v
Berfungsi dalam metabolism perantaran
karbohidrat, lemak dan protein. Memainkan peranan dalam pengeluaran hormone
adrenan dan pembentukan antibody, membantu dalam penggunaan vitamin dan menolong menukarkan lemak,
karbohidrat dan protein kepada tenaga.
v
Diperlukan oleh semua sel dalam badan dan
tertumpu dalam organ badan. Vitamin ini juga terlibat dalam pengeluaran
‘neurotransmitters’ dan penambah stamina serta mencegah sesetengah bentuk anemia.
Vitamin ini juga diperlukan bagi salur perut-usus berfungsi dengan normal dan
dapat menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas.
v
Kekuranga
vitamin B5 dapat menyebabkan beberapa kesan seperti lemah badan dan
keletihan, sakit kepala, loya dan muntah, sakit abdomen, lemah daya tahan
kepada jangkitan saluran pernafasan, kebas dansesemut pada kaki serta
kekejangan otot.
VITAMIN B6 ( PIRIDOKSINA )
v
Diperlukan oleh tubuh bagi metabolism dan
penyerapan protein juga metabolism karbohidrat. Vitamin ini membantu membina
sel darah merah dan meningkatkan fungsi system saraf dan otak.
v
Vitamin B6 berperanan dalam metabolism asid
amino dan asid lemak serta membantu tubuh manusia bagi mensistesis asid amino
tidak perlu.
v
Orang yang mempunyai kadar vitamin B6 yang
rwndah menunjukkan gejala seperti lemah, sifat cepat marah, sukar untuk tidur,
sawan, pertumbuhan terbantut , dermatitis, anemia, gatal-gatal dan kulit
bersisik .
VITAMIN B7 ( BIOTIN )
v
Terdapat dalam banyak jenis makanan. Biotin
adalah asid monokarboksilik yang stabil pada haba dan larut dalam air dan alcohol.
Vitamin ini mudah dipengaruhi bagi pengoksidaan dan boleh didapati pada makanan
utama harian dan amaun diperoleh hasil daripada sintesis oleh bacteria usus
serta diserap oleh tubuh.
v
Berbanding dengan vitamin B yang lain, biotin
memainkan peranan penting dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protein. Fungsinya
sebagai koenzim bagi proses pengikatan karbon dioksida dan diperlukan oleh
tubuh bagi rambut dan kulit yang sihat.
v
Kekurangan biotin jarang-jarang terjadi, tetapi
berlaku pada pesakit yang tinggal di hospitaldan menggunakan infus menyebabkan
gejala seperti hilang selera makan, mual, lemah dan lelah, rambut gugur dan eczema.
VITAMIN B9 ( FOLASIN, ASID FOLIK, ASID PTEROILMONOGLUTAMAT )
v
Folik adalah sebatian yang larut air, terdapat
beberapa bentuk folasin yang stabil pada haba, manakala yang lain dimusnahkan
dengan cepat oleh haba. Sayur-sayuran yang disimpan dalam suhu bilik dapat
menyebabkan kehilangan asid folik penting dan kehilangan tambahan berlaku
semasa pemprosesan pada suhu yang tinggi.
v
Folik merupakan dua koenzim yang penting dalam
penghasilan sel-sel baru. Folasin diperlukan bagi membentuk kedua-dua sel darah
merah dan putih dalam sumsum tulang dan untuk permatangannya.
v
Peningkatan konsumsi folik meningkat semasa
hamil dan pada saat pertumbuhan sel. Kekurangan asid folik bukan sahaja
menyebabkan tekanan darah rendah, tetapi meyebabkan kurangnya penyerapan atau
keperluan metabolik yang tidak biasa bagi vitamin. Individu yang makan makanan
yang tidak berkalori juga mudah kekurangan folik dan pada kondiri yang
berhubungan dengan pertumbuhan sel, seperti kehamilan atau meales (penyakit
kerosakan kulit).
v
Kekurangan folik menyebabkan kekurangan darah
seperti sel-sel darah merah tidak matang yang menunjukkan sintesis DNA yang
lambat. Gejala lain adalah rasa panas pada jantung, sering terkena jangkitan
kerana penurunan pada sistem keimunan. Hal ini mempengaruhi sistem saraf,
menyebabkan kemurungan, sakit mental, lelah, pengsan, penyakit anemia yang
tidak dapat menghasilkan antibodi.
VITAMIN B12 ( KOBALAMIN ATAU SIANOKBALAMIN )
v
Vitamin ini adalah sebatian habluran merah yang
larut air dan dimusnahkan dengan perlahan oleh asid cair, alkali, cahaya, dan
agen pengoksidaan atau penurunan. Hamper 70% aktiviti vitamin dikekalkan semasa
memasak.
v
Membantu menyembuhkan luka dengan cepat ,
memeliharan lapisan yang mengelilingi dan melindungi saraf dan mendorong
pertumbuhan normal. Selain itu, berperanan dalam pembentukan dan metabolism sel-sel
tulang. Vitamin B12 diperlukan bagi mengurangkan folik, sehingga dapat membantu
pembentukan sel darah merah dan berperanan dalam membina bahan genetic serta
membantu sel darah merah.
v
Vitamin B12 adalah factor ekstrinsik makanan
yang penting bagi rawatan dan pencegahan anemia pernisius. Gejala kekurangan
menyebabkan kekurangan darah, folik tidak dapat berfungsi dalam pembentukan
sel-sel darah merah. Kekurangannya juga dapat mempengaruhi sistem saraf,
berperanan pada regenerasi saraf peripheral dan mendorong kepada lumpuh.