Apakah tabiat makan anda berubah seiring dengan perubahan
usia? Atau apakah anda masih lagi mengambil makanan yang sama sejak
bertahun-tahun ini ? mungkin anda tidak ketahui, ada beberapa jenis makanan
yang perlu ambil apabila memasuki kumpulan usia tertentu.
USIA 20-AN
Merupakan antara saat-saat paling sibuk dalam hidup.
Keletihan dan kelesuan sering hinggap lantaran banyak nya pengambilan makanan
segera, makanan ringan dan minuman
berkafien. Juka mahukan jaminan kesihatan sehingga ke hari tua, ini lah masanya
memberikan lebih perhatian pada
pemakanan. Sarapan adalah penting kerana ia meningkatkan daya tumpuan,
mengenyangkan dan mengelakkan anda mengambil makanan yang tinggi lemak dan bergula
antara waktu makan.
Sayangi hati
Pengambilan diet yang mengandungi garam berlebihan dan lemak
tepu(yang banyak terkandung dalam makanan segera) akan memberikan lebih tekanan
pada hati. Pengarah eksklusif institute meof optimim Nutrition, david
Nicolson menyarankan pengambilan ubi bit beberapa kali seminggu bagi
menjaga kesihatan hati.
Uni bit kaya dengan pelbagai nutrient yang diperlukan hati
dan bertindak sebagai agen pembersihan hati yang berkesan.
Memerangi mood kurang baik
Andainya anda sering diganggu oleh tekanan sebelum haid (pre-menstrual
tension –PMT ) langkah terbaik untuk mengatasinya ialah dengan selalu memakan
(tetapi dalam kuantiti yang kecil) makanan yang kaya dengan potassium seperti
pisang ataupun makanan yang kaya dengan vitamin E seperti kekacang dan avocado.
Dadih juga adalah baik untuk mengatasi masalah PMT ini.
Ada juga yang mengalami masalah sembab ketika dating haid
yang mana disebabkan oleh pengumpulan air, masalah ini boleh diatasi dengan
meminum lebih banyak air. Air yang banyak ini membantu mengurangkan paras garam
dalam tisu badan ini membolehkan lebihan
air dikeluarkan.
Nota: jangan minum lebih dari 3 cawan kopi sehari. Kafien
berlebihan akan menyerap vitamin dan mineral yang terkandung dalam tubuh.
Usia 30-an
Merupakan usia ‘melahir’. Ketika ini anda perlukan kalsium
yang tinggi terutama bagi yang mahukan bayi mereka mempunyai gigi, rambut dan
kuku yang cantik. Susu, keju dan dadih adalah sumber kalsium terbaik, namun
elok juga jika anda turut mengambil produk daripada soya, kekacang, sayuran
berdaun hijau, ikan dan bijirin.
Makanan untuk otakKetika mengandung, asid lemak omega-3 dalam tubuh ibu akan diberikan kepada janin untuk ertumbuhan otak dan system saraf. Sebab itu jika si ibu mempunyai asid lemak omega-3 yang rendah, ia akan mempengaruhi mood dan system sarafnya.
Minyak ikan adalah sumber omega terbaik. Namun FSA (food standarts agency )
menyarankan agar ibu mengandung atau cuba mengandung mengambilnya tidak lebih daripada dua hidangan dalam
seminggu. Ini adalah untuk mengelakkan risiko pencemaran alam sekitar yang
terdapat pada ikan.
Kepentingan folik
Wanita mengandung disarankan mengambil kira-kira 400ug
suplemen asid folik dn juga makanan yang kaya dengan folik seperti sayuran
berdaun hijau, ragi dan kekacang. Pengambilan makanan yang kaya dengan asid
folik sebelum mengandung dan 12 minggu pertama kandungan akan mengurangkan
risiko kelahiran bayi yang mengalami masalah spina bifida.
Kelebihan sayur dan buah buahan
Pengambilan sayuran dan buah-buahan adalah penting untuk
membekalkan antioksidan kepada tubuh. Antioksidan adalah penting bagi memerangi
radikal bebas yang menyebabkan penuaan sebelum masa dan perubahan sel luar
biasa yang menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit kronik.
Nota: usia 30-35 tahun merupakan saat tulang mencapai jisim
tertinggi. Selepas usia ini kepadatan tulang akan mula menurun secara
perlahan-lahan.
Usia 40-an
Saat penting untuk memberikan perhatian kepada perubahan dan
kesihatan. Ketika ini diet seimbang adalah perlu. Tubuh akan menjadi lebih
cepat letih dan keletihan tersebut terasa lebih lambat pergi berbanding di usia
sebelum ini. Lebih menjengkelkan, usaha untuk mengurangkan berat badan adalah
lebih sukar dan mengambil masa lebih lama.
Makan secara sihat
Di usia 40-an adalah penting bagi wanita untuk terus aktif
dan makan secara sihat. Disebabkan sibuk anda mungkin makan diluar, tetapi
adalah penting untuk anda memberikan perhatian terhadap apa yang terkandung
dalam makanan yang dimakan. Seboleh mungkin elakkan makanan yang sedia dimasak
kerana ia selalunya mengandungi banyak lemak, garam dan gula.
Oren dan lemon
Anda memerlukan vitamin C untuk membina kolagen protein yang
diperlukan bagi pertumbuhan tisu dan tulang yang sihat. Selain itu vitamin C juga
membekalkan antioksidan dan membolehkan tubuh menyerap lebih zat besi dan
membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Kumpulan buah-buahan jenis
sitrus seperti lemon dan oren, anggur hitam, buah-buahan tropika dan kentang
adalah perlu bagi diet anda untuk memastikan bekalan vitamin C yang tinggi.
System imun
Mengambil makanan yang kaya dengan zink adalah penting untuk
kebaikan system imun. Kekurangan zink akan menyebabkan ransangan seks yang
rendah, masalah kulit dan kurang nafsu makan. Jadi untuk mengekalkan kehebatan
seksual serta kulit yang cantik berseri, digalakkan anda memakan lebih makanan
laut, bijirin penuh, daging tanpa lemak dan keju yang mana semua ini merupakan
sumber zink yang terbaik.
Usia 50-an
Banyak wanita mengalami monopous ketika ini. Saat tubuh
melalui banyak perubahan hormone, sama seperti ketika menginjak usia remaja
dahulu...
Kebaikan soya
Diusia produktif, wanita mengeluarkan hormone estrogen yang
melindungi mereka daripada penyakit jantung dan osteoporosis. Tetapi apabila
mencapai usia monopous ‘perlindungan’ ini
hilang dan gejala dilihat seperti kulit kering, depresi, hot flushes dan
insomnia.
Bagaimanapun pengambilan produk berasaskan soya dapat
mengurangkan geja-gejala ini. Selain itu digalakkan juga memakan linseeds,
kacang kuda, gandum penuh, kekacang dan oat.
Tulang kuat
Kehilangan ketumpatan tulang meningkat usia ini. Oleh itu
wanita 50-an bukan sahaja patut mengambil lebih makanan berkalsium tinggi,
tetapi juga vitamin D yang bertindak membantu penyerapan kalsium.
Stress?Orang berusia lebih sukar menyerap vitamin B. Sebab itu mereka lebih mudah stress. Oleh itu disarankan mengambil vitamin B yang boleh didapati daripada sayuran berdaun hijau, bijirin penuh dan juga daging.