cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

15 Sept 2015

MASALAH KESUBURAN, LELAKI JUGA TIDAK TERKECUALI

Wanita sering dipersalahkan apabila tidak dapat memberi zuriat kepada keluarga. Tahukah anda bahawa lelaki juga boleh mengalami masalah kesuburan?

Faktor ketidaksuburan

  • Hormon
  • Jumlah dan kualiti sperma
  • Infeksi
  • Saluran tersumbat
  • Disfungsi ereksi


Cara Menambah Kesuburan Lelaki

★ ASID LEMAK - boleh diperolehi daripada aprikot, minyak ikan omega-3, kacang dan minyak zaitun.

★ ZAT BESI - sangat penting untuk meningkatkan jumlah sperma. Sumber asli yang tebaik adalah ikan, daging dan telur. namun, sumber ali ini perlu ditambah dengan makanan tambahna zat besi dan magnasium.

★ ZINK - sangat diperlukan oleh lelaki kerana zink mempengaruhi dalam kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang. Zink adalah penting untuk pengeluaran sperma. Pengambilan zink setiap hari membantu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat serta mengurangkan risiko kanser prostat.

CARA MENINGKATKAN KUALITI SPERMA

♡ Elakkan memakai pakaian yang ketat. Seluar yang terlalu ketat seperti jeans atau seluar sukan boleh menghalang peredaran udara di bahagian alat sulit lelaki. Hal ini boleh mengganggu kesuburan lelaki dengan melemahkan kualiti sperma.

♡ Kurangkan terdedah kepada lampu sinar x-ray. Paparan sinaran atau radiasi sudah terbukti mengurangkan produksi sperma. Sebaik-baiknya hindari tterdedah kepada sinar kimia ini secara lansung mahupun tidak lansung.

♡ Mengekalkan suhu yang tepat pada alat sulit. Duduk dalam masa yang panjang , berendam di dalam air panas, memakai oakaian panas akan mempengaruhi kesuburan kerana boleh mengurangkan kadar sperma. buat lelaki.

CARA TINGKATKAN KESUBURAN SPERMA

○☆ Amal gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang dapat meningkatkan tahap kesuburan sperma. Selain itu, minum air yang cukup seperti yang diperlukan pleh tubuh setiap individu.

○☆ Hindar alkohol dan rokok. Kombinasi keduanya boleh menurunkan kualiti dan jumlah sperma.

○☆ Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di tempat terbuka. Kandungan vitamin D melalui cahaya matahari bukan sahaja baik untuk tulang tetapi juga untuk kesuburan lelaki.

○☆ Tidur tanpa memakai seluar dalam untuk meningkatkan peredaran udara di bahagian alat sulit.

MAKANAN TINGKATKAN KESUBURAN SPERMA

♡♥ Pilih makanan yang mempunyai antioksida. Mengambil makanan yang kaya dengan antioksida boleh mningkatkan kualiti sperma. Potensi kesuburan juga boleh ditingkatkan dengan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C, vitamin E, zink, gluthathione dan koenzim Q10.

♡♥ Makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, protein tanpa lemak dan susu tanpa lemak. Makanan ini boleh meningkatkan kesuburan lelaki secara semula jadi.

♡♥ Pilih makanan tambahan, multivitamin yang mengandungi selenium, zink dan folat untuk menghasilkan sperma yang sihat.

♡♥ Sebaik-baiknya hindar makanan yang boleh menurunkan jumlah sperma lelaki. Pengambilan alkohol dan daging merah adalah diantaranya.

No comments: