cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

26 Sept 2012

KULIT SIHAT DENGAN DIET YANG SIHAT


Kulit cantik dan sihat merupakan impian setiap wanita. Kini, terdapat banyak pusat rawatan dan pakar kecantikan kulit namun terdapat cara yang lebih praktikal dan boleh dilakukan dirumah.

Cuba anda ingat semula apakah makanan yang anda telah ambil? Adakah makanan tersebut baik untuk kulit anda? Ataupun anda merupakan penggemar makanan segera? Jika anda tergolomg dalam golongan tersebut , cubalah ubah kebiasaan tersebut kerana ia sangat tidak menyihatkan.

Hati- hati sekiranya anda melakukan diet rendah karbohidrat kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Terlalu ramai orang yang menghindari pengambilan nasi demi menurunkan berat badan. Tetapi ini akan menjadikan tubuh badan anda kurang berkemampuan untuk melawan radikal bebas yang menjadi penyebab terjadinya proses penuaan.

Terdapat beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk memiliki kulit yang cantik dengan cara diet yang lebih sihat

1.      Pengambilan asid lemak

Minyak ikan sangat baik untuk kesihatan kulit kerana ia memiliki sifat asid lemak yang tinggi. Minyak ikan sangat mudah diperolehi dan cara pengambilannya juga sangat mudah.

2.      Pengambilan vitamin

Vitamin e sangat baik untuk tubuh badan anda terutamanya utuk kulit. Vitamin e boleh didapati daripada kawang badam dan kacang soya. Pengambilan vitamin e ni sangat baik jika diamalkan kerana ia dapat menghalang tindakalas radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh badan.

3.      Minum air putih yang cukup

Biasakan diri anda untuk minum air putih yang cukup minimum 8 gelas sehari. Hal ini kerana, ia dapat membekalkan tenaga dan menjadika buah pinggang anda sentiasa bersih dan sihat. Air putih juga dapat meneutralkan racun yang terdapat pada tubuh badan serta dapat menghaluskan kulit. 

Perhatikan air kencing anda, sekiranya air kencing tersebut berwarna terang bermaksud anda telah mengambil air putih yang mencukupi. Sekiranya warna air kencing anda lebih gelap itu menunjukkan bahawa anda kurang mengambil air putih.

Kesimpulannya jika anda inginkan kulit yang cantik dan sihat anda harus melakukan diet yang sihat juga. Selain itu lakukan senaman secara rutin dan amalkan pola tidur yang cukup.
 
sekiranya anda perlukan suplemen / vitamin untuk kesihatan dan kecantikan anda boleh la
pm sara di fb // saraadam_85@yahoo.com
call/ sma 017-4857436
 

No comments: