Hari ni saya akan bagi 8 resepi mudah untuk membuat air detok. Tidak lah bosan dengan satu menu jer. Jom kita cuba dan rasa kenikmatannya.
1. OREN , LEMON , HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan ( menyegarkan nafas ), dan halia bagus untuk sistem imun.
2. TIMUN , RASBERI , ANGGUR
Timun adalah penghidratan yang menyingkirkan toksin. Rasberi pula mempunyai ciri-ciri antiradang dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompoun.
3. RHUBAB, EPAL, KULIT KAYU MANIS
Rhubab mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak meabolisma badan
4. STRAWBERI , LIMAU
Strawberi penuh dengan anti oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.
5. NANAS , DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.
6. TEH HIJAU , DAUN PUDINA , LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.
7. STRAWBERI , KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula dalam darah.
8. TIMUN, LIMAU, LEMON
Sesuai bagi mengawal nafsu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment