cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

16 Jul 2014

makanan untuk kanak-kanak kurang berat badan


Pelbagai hidangan cuba disajikan kepada si kecil untuk menambah selera makan, namun si comel tetap menggeleng kepala setiap kali diajak makan nasi. Si kecil lebih gemar memilih makanan tidak berkhasiat daripada makanan yang sihat.

Antara punca kurang berat badan di kalangan kanak-kanak ialah:

★ alahan kepada susu
★ kurang selera makan akibat kekurangan zink
★ tidak mngambil makanan yang mengandingi kandungan
     kalori yang mencukupi

Bagi meningkatkan berat badan kanak-kanak, anda seharusnya menyajikan makanan yang kaya dengan unsur zink seperti:

♡ Tiram
Hidangkan tiram secara kreatif seperti memasak tiram bersama pasta atau sebagainya. Pilih pasta yang menawan hati si kecil agar dia makan dengan lebih banyak. Tambahkan juga sayur-sayuran.

♡ Daging
Kanak-kanak sememangnya lebih menggemari ayam berbanding daging. Ajak bersama si kecil memasak didapur. Mungkin resepi stik daging dapat menarik minat di tambah pula dengan kentang goreng dan sayur stim.

♡ Ketam
Ketam juga tinggi kandungan zinknya. Masakkan masakan kuran pedas seperti ketam masak mentega untuk menggalakkan si kecil makan lebih banyak.

♡ Kekacang seperti gajus dan badam
Jadikan kekacang seperti badam dan gajus sebagai snek dalam menambah berat badan.

Manakala bagi kanak-kanak yang tidak mendapat kalori yang secukupnya, ibu bapa haruslah mengira pengambilan kalori setiap hari. Ini dapat membantu mengesan punca mengapa anak kekurangan berat badan.

Berkemungkinan kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak akan menyumbang kepada kerencatan pertumbuhan dan kelewatan mencapai akil baligh.

Cara terbaik untuk mengajak anak kurang berat badan untuk makan ialah:

■ Tingkatkan pengambilan karbohidrat yang sihat dalam pemakanan seharian.

■ Wujudkan suasana yang ceria semasa makan dan makan bersama anak-anak.

■ Bagi kanak-kanak yang boleh mendengar dan memahami arahan , ajak mereka untuk menyediakan makanan yang ringkas bersama-sama.


No comments: