Baru – baru ini saya dikejutkan dengan satu berita sedih.
Adik lelaki saya telah dimasukkan ke wad kecemasan di hospital Pulau Pinang
kerana di sahkan terkena demam denggi. Sekarang ini dengan keadaan musim dan
cuaca yang tidak menentu ramai yang disyaki terkena demam denggi.
Apa itu demam denggi?
Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh
jangkitan virus Denggi ( genus Flavivirus ) yang disebar oleh nyamuk Aedes
betina melalui gigitannya yang menjadi masalah utama kesihatan dalam beberapa
tahun kebelakangan ini.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus
denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi
menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Bagaimana Terjadinya Demam Denggi?
VeKtor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang
membawa virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitannya semasa
proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan
memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Gejala demam denggi
v
Cirri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah
mengikut umur pesakit
v
Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam
yang sukar dibezakan-bezakan beserta dengan kemunculan ruam
v
Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua
mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat
yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot,
dan sendi.
v
Pendarahan kulit adalah fenomena lazim
v
Kadar kematian amat rendah
v
Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan
suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti
merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
v
Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (
epigastrik), sensitive di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen
merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
v
Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan
suhu badan boleh meningkat setinggi 40 – 41°C dan
mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
v
Dalam kes-kes sederhana teruk, selalunya semua
tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
v
Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau
selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium,
klorida, potassium, bikarbonat dan lain-lain).
Selain itu, pengambilan air kosong juga perlu sekurang2nya 3
liter sehari untuk mengurangkan suhu badan dan kembali normal.