Assalamualaikum...
Dah lama saya tak menulis.. badan tak berapa sihat buat masa ini...
tapi alhamdulillah diatas rezeki yang dikurniakan olehNya.
Hari ini saya nak cerita pasal alahan diawal kehamilan. Saya sendiri
mengalami alahan yang teruk semasa hamil anak kedua ini..
Antara simptom alahan ketika hamil ialah kulit menjadi gatal, tumbuh
ruam dan ekzema, sakit perut, muntah, cirit-birt dan pening atau berasa keliru.
Imunologi
Klinikal dan Pakar Alergi serta Pakar pediatrik, Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff
berkata, golongan wanita yang sedang hamil juga berpotensi untuk mendapat
alahan sama ada secara sedar ataupun sebahagian daripada mereka tidak pernah
mengetahuinya.
Bagi mereka
yang sediakala mempunyai alahan atas faktor sejarah keluarga ia adalah perkara
biasa bagi mereka, namun masih memerlukan rawatan dan pengawalan pengambilan
makanan secara konsisten.
Sementara
itu, bagi wanita yang mempunyai gejala dan simptom seperti alahan semasa di
awal kehamilan, tetapi belum dapat mengenal pasti keadaan tersebut, sebaiknya
pemeriksaan awal perlu dilakukan dengan segera.
Pemeriksaan
pada peringkat awal boleh membantu menyelamatkan kondisi ibu dan bayi dalam
kandungannya melalui rawatan dan ubat-ubatan yang diambil.
Bukan semua
alahan mempunyai simptom seperti yang biasa dilihat, juga bukan semua wanita
hamil mempunyai alahan kerana sebahagiannya mempunyai penyakit ini sejak
sebelum hamil lagi.
Alahan terbahagi
kepada banyak bentuk dan keadaan. Sebahagian alahan terjadi kepada wanita hamil
disebabkan berlaku perubahan hormon pada badan wanita tersebut.
Wanita hamil
tidak boleh membuat andaian bahawa simpton seperti alahan yang mereka sedang
alami adalah alahan, sebaliknya, langkah terbaik apabila mempunyai simptom ini
adalah dengan membuat pemeriksaan awal untuk mengenal pasti kesahihan penyakit
tersebut.
Pemeriksaan
untuk mengenal pasti penyakit ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu melalui
imbasan dan pemeriksaan darah.
Selalunya
alahan kepada ibu mengandung disebabkan faktor pemakanan. Apabila ibu yang
dikenal pasti mempunyai alahan disebabkan jenis pengambilan makanan seperti
kacang dan makanan laut mereka akan dinasihatkan oleh doktor untuk mengehadkan
pengambilan jenis makanan tersebut.
Namun,
berdasarkan beberapa kajian dan garis panduan pemakanan Amerika Syarikat dan
Eropah, masih belum terbukti bahawa ibu hamil yang menghidap alahan perlu
mengelak daripada mengambil makanan berkhasiat seperti soya, gandum, kacang,
makanan laut dan ikan kerana ditakuti memberi kesan kepada kesihatan diri dan
bayi.
Sebaliknya,
mereka yang mempunyai alahan digalakkan mengambil makanan yang berkhasiat
selain pada masa yang sama mengutamakan diet yang seimbang.
Banyakkan
pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan untuk lima hidangan sehari serta
protien, karbohidrat dan nutrien.
Makanan yang
seimbang membantu tumbesaran dan pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu selain
memberikan nutrisi yang cukup kepada bayi
Namun, jika
si ibu mengalami alahan yang terlalu teruk sehingga menjejaskan kesihatannya,
keadaan ini perlu diatasi dengan segera.
Sekiranya
keadaan ibu yang mengalami alahan teruk pada peringkat awal kehamilan sehingga
menjejaskan kesihatan ibu, berkemungkinan ia memberi kesan buruk kepada
perkembangan dan pertumbuhan bayi.