MENJAGA DAN MEMBINA TULANG YANG SIHAT BERMULA
DENGAN DUA KUNCI UTAMA IAITU KALSIUM DAN
VITAMIN D.
Kalsium membantu perkembangan struktur tulang
dan gigi, manakala vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan perkembangan
tulang.
Kepentingan nutrien ini sangat diperlukan pada
peringkat usia kanak-kanak. Namun ia tetap dianggap penting seiring dengan
peningkatan usia seseorang. Osteoporosis menjadi ancaman kepada kesihatan
terutamanya wanita menyebabkan kerapuhan tulang. Melalui pengambilan kalsium
dan vitamin D ini memungkinkan penyakit dan masalah ini diatasi.
Golongan wanita lebih terdedah kepada masalah
kesihatan tulang empat kali berbanding golongan lelaki. Solusi utama dalam
mendapatkan tulang yang kuat dan sendi yang sihat ialah melaui pengambilan
nutrisi yang betul. Dr Ronald Zernicke, pengarah University of Michigan Bone and Joint Injury Prevention ad
Rehabilitation Centre, menerbitkan hasil kajiannya selama 50 tahun bersama
rakan-rakannya berkaitan kesihatan tulang secara keseluruhan. Buku bertajuk
Sports Health : A Multidisciplinary Approach menyarankan beberapa strategi atau
tip nutrisi seperti berikut:
Protein yang
mencukupi
Kajian terkini mendapati pengambilan diet tinggi
protein boleh meningkatkan kandungan mineral pada tulang dan mengurangkan
kerapuhan. Diet protein membantu membina dan mengekalkan otot iaitu yang member
perlindungan pada sendi dan tulang, malah meningkatkan kekuatan tulang ( yang
berkaitan aktiviti yang berat ). Kajian terkini juga mendapati diet tinggi
protein lazimnya disarankan kepada remaja yang terlibat sebagai atlet sukan .
dr Zernicke menyarankan pengambilan protein berkualiti tinggi daripada haiwan
seperti telur, salmon, daging dan protein tumbuhan seperti soya dan kekacang.
Diet yang tinggi dengan pengambilan minuman
berkarbonat termasuklah minuman isotonic mempunyai perkaitan dengan pengurangan
ketumpatan tulang di kalangan lelaki dan wanita. Dr Zernicke mengatakan bahawa
kesan sampingan ini berpunca daripada kurangnya pengambilan susu dan cecair
dalam perasa minuman ringan. Tambahan juga, minuman ringan menyebabkan kenaikan
berat badan dan mengurangkan mass otot dan menyumbang kepada kehilangan kalsium
dan iron. Dr Zernicke juga mengatakan bahawa bagi menggantikan air yag hilang
akibat aktiviti sukan, lebih baik meminum air seperti air kosong, susu atau jus
oren berbanding minuman isotonic yang mengandungi gula.
Ambil karbohidrat berkualiti
Bukan semua karbohidrat memberikan impak negative kepada kesihatan
sendi dan tulang. Karbohidrat kompleks seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
mengandungi karbohidrat non-digestible (tidak mudah cerna) yang tidak boleh
dicerna oleh usus kecil. Apabila ia bergerak ke usus besar dan mula diproses,
bahan ini menghasilkan asid organic yang dapat meningkatkan penyerapan kalsium
dalam tubuh. Tambahan pula buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi
antioksidan, vitamin, mineral serat dan phytonutrient
yang baik untuk keseluruhan kesihatan. Ia juga rendah kalori jika dibandingkan
dengan makanan lain.
Pengambilan kalsium
Kalsium merupakan mineral yang paling banyak
dalam tubuh dan menjadi salah satu nutrien
terpenting untuk kesihatan tulang. Mineral ini juga berhubung kait
dengan pembinaan otot, denyutan jantung, tekanan darah dan fungsi sistem imun. Mengambil
kalsium menikut jumlah yang disarankan membantu mengelakkan osteoporosis dan
membantu otot berfungsi baik. Dr Zernicke mengatakan bagi mendapatkan kalsium setiap hari boleh
dilakukan semudah mengambil produk tenusu seperti keju, susu yogurt dan makanan
berasaskan sayur-sayuran seperti brokoli dan tofu.
Jangan lupa vitamin D
Vitamin D juga dikenali sebagai vitamin ‘sunshine’
kerana tubuh anda mampu menghasilkan vitamin D melalui pendedahan suria. Ia membantu
tulang untuk menyerap kalsium. Kajian juga mendapati vitamin D membantu
meningkatkan sistem imun dan membantu memanjangkan usia. Antara sumber vitamin
D ialah lemak ikan dan kuning telur.
Ambil makanan tambahan.
Dr. Zernicke menyarankan mengelakkan pengambilan
makanan dan minuman yang kurang berkhasiat seperti minuman yang tinggi
kandungan gula, makanan yang tinggi kandungan sodium atau lemak tepu. Beliau juga
mencadangkan pengambilan makanan tambahan seperti kalsium karbonat atau kalsium
citrates yang berfungsi meningkatkan
tahap kesihatan tulang.
Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234
Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234