Minyak kelapa sudah lama di gunakan sejak dahulu kala lagi. Memasak menggunakan minyak kelapa adalah lebih bagus kerana minyak kelapa tidak mengandungi kolestrol.
Minyak kelapa juga telah digunakan oleh nenek moyang kita dalam penjagaan rambut dan kulit. Penggunaan minyak kelapa membantu dalam merawat masalah kulit, dan merupakan salah satu pelembab yang cukup baik untuk membantu berbagai jenis kelainan kulit.
Penggunaan minyak kelapa seharian membantu:
- melembabkan kulit kering.
- mengubati infeksi kulit
- mencegah pengelupasan kulit
- mencengahnya kulit berkedut
- menegangkan kulit
- membantu meremajakan kulit
Minyak kelapa kini lebih mudah didapati dan banyak dijual dipasaraya. Cara menggunakan minyak kelapa adalah dengan meminum atau terus menyapu pada kulit. Minyak kelapa juga boleh dijadikan bahan asas sebelum mengenakan solekan pada wajah. Penggunaan yang berterusan dapat melembabkan dan melembutkan kulit wajah.
Saya juga menggukan minyak kelapa sebagai bahan asas sebelum menempek bedak atau cream pada muka saya. Tetapi minyak yang saya gunakan saya masak semula bersama bahan campuran lain iaitu aloe vera dan bunga mawar.
Aloe vera dan bunga mawar mempunyai khasiat yang tersendiri terutama dalam kecantikan. Cara saya gabungkan 3 bahan ini dan panaskan minyak diatas api sehingga aloe vera dan bunga mawar menjadi layu. Sejukkan dan boleh diisi dalam bekas yang bersesuaian.
Saya simpan dalam botol kecik dan mudah untuk dibawa kemana2. Boleh juga digunakan untuk menganggalkan make up.