cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

25 Nov 2016

FRESHPICKS | KEBAIKAN MENTEGA KOKO UNTUK KULIT

PURE PRIME PRESSED(PPP) COCOA BUTTER

Mentega koko (Cocoa butter) diekstrak daripada biji koko atau kekacang koko. Ianya berwarna kuning krim, mentega koko asli adalah semata-mata mentega koko dalam bentuknya yang mentah dan sangat kaya dengan khasiat.


Tidak seperti metega koko ditapis, mentega koko yang diperolehi daripada kaedah Pure Prime Pressed (PPP) dapat mengekalkan bau yang kaya dengan coklat berserta memastikan semua kebaikan semula jadinya dikekalkan.

Kebiasaannya ia digunakan untuk memberi lebih khasiat kepada  bibir atau lipbalm, mentega badan (body butter), sentalan badan (body scrub) dan losyen. Sangat baik untuk kulit yang kering, mempunyai tanda calar pada kulit dan kulit yang sensitif.
Mentega koko akan cair dalam suhu kulit.

PPP  ini diperbuat daripada bahan-bahan yang bukan GMO dengan kaedah pensterilan berwap dan diproses selaras dengan Amalan Pengilangan Yang Baik (Good Manufacturing Practice - GMP) dan HACCP kawalan keselamatan makanan (HACCP).

Tahukah anda, freshpicks menggunakan PPP Cocoa butter sebagai ramuan premium untuk produk seperti:

🍫Lipbalm
🍫Irresistible Lip Treatment
🍫BodyScrub
🍫Deodorant
🍫Ultra moisturizer


Sebab itu ramai yang memberi feedback yang positif apabila menggunakan freshpicks

Kebaikan Mentega koko (Cocoa butter):

✔Antioksidan yang hebat
✔Kulit yang lembut, berseri, dan licin
✔Mengurangkan tanda calar, parut dan jerawat
✔Melegakan ekzema dan psoriasis
✔Melegakan dermatitis atau ruam
✔Menghidrat kulit secara mendalam
✔Menyembuhkan kulit sensitif
✔Mengurangkan parut
✔Menguatkan rambut yang rosak

Best kan guna freshpicks. Kalau sengaja nak guna mentega koko nak sapu badan ke bibir ke memang tak lah kan. Jadi tak perlu susah-susah. Guna jer produk freshpicks.



Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Freshpicks
sila hubungi 011-31737525

23 Nov 2016

CANTIK SECARA SEMULA JADI DENGAN AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Anda adalah apa yang anda makan. Kata-kata ini memang benar jika kita makan makanan yang berkhasiat, membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh dan membantu kita sihat, bertenaga dan memelihara kecantikan.

Hari ini saya nak kongsikan 6 makanan yang membantu memelihara kecantikan dalaman dan luaran secara semula jadi.

MADU



Madu kaya dengan pelbagai khasiat, ia bukan sahaja baik untuk kecantikan malah dikatakan dapat meningkatkan kesihatan.

Madu dapat membekalkan tenaga dan membersihkan dalaman tubuh. Madu juga boleh dijadikan masker untuk melembapkan wajah dan menaikkan seri seri. Sapuan madu pada bibir juga membantu mengatasi masalah bibir hitam.

JAMU/HERBA



Jangan hanya amalkan jamu atau herba ketika berpantang. Sebaliknya jadikan amalan harian. Jamu dan herba membantu membersihkan dalaman tubuh dan memelihara kecantikan dalaman wanita. Ia dikatakan dapat membaik pulih masalah dalaman  yang dihadapi kaum hawa.

MINYAK ZAITUN



Jadikan minyak zaitun sebagai suplemen harian. Minyak zaitun sangat baik untuk memelihara kelembapan kulit. Ia membantu menjadikan kulit halus dan cerah serta melambatkan penuaan.

HABBATUS SAUDA




Kandungannya sangat baik untuk kesihatan dan dipercayai dapat melansingkan tubuh serta membantu proses perkumuhan. Pengambilan habbatus sauda secara konsisten akan membuatkan tubuh segar dan berasa hangat.

SAYUR/ULAM



Ramai yang suka makan sayur tetapi tidak mendapat khasiat yang terkandung di dalam sayur. Nutrien dan vitamin yang terkandung di dalam sayur mudah termusnah semasa proses penyediaan dan memasak.

Pilih sayuran / ulaman yang baik untuk dimakan mentah kerana kandungan nutriennya tidak terjejas.

BUAH-BUAHAN



Buah-buah memang enak dimakan. Setiap buah-buahan mengandungi vitamin dan nutrien yang tersendiri. Pilih buah-buahan yang mengandungi tinggi kandungan vitamin. Ia membantu menjadikan kulit cantik berseri.

Buah-buahan juga dapat melancarkan perkumuhan dan membantu menurunkan berat badan.

Senang kan. Makan ajer dah boleh cantik. Tapi kena konsisten la dengan apa yang kita makan setiap hari. Jadikan sebagai rutin harian. Dengan amalan pemakanan yang baik, tubuh juga sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.

22 Nov 2016

RESEPI SMOOTHIE YANG ENAK BERKHASIAT DAN MEMBERI TENAGA


 Assalamualaikum..haiii..

Siapa yang suka minum ice blended? saya pun suka jugak. Pelbagai perisa pelbagai pilihan. Anak-anak apatah lagi. Sangat sukakannya.

Perasan tak ice blended yang kita selalu minum tu ada banyak gula dan sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jom kita buat smoothie sendiri yang pasti lebih berkhasiat dengan zat dan nutrien yang terdapat dalam buah-buahan. Dah pasti rasa yang lebih asli.




 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sedap kan smoothie cam ni. ESP dan Cinch Shaklee tu boleh tukar dengan Meal Shake Shaklee untuk kanak-kanak. Bukan sahaja berkhasiat malah membekalkan vitamin dan nutrien penting untuk tubuh.

selain dari resepi di atas anda boleh campurkan dengan buah-buahan yang anda suka. Pasti sedap!!!

21 Nov 2016

FRESHPICKS | REFRESHING DEADORANT ORGANIK BANTU CEGAH KANSER PAYUDARA

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kancer payudara bermula dan terjadi di bahagian atas dari bahagian payudara. Kawasan ini adalah kawasan terhampir dengan kelenjar limfa yang banyak terdedah kepada deodorant yang selalu kita gunakan untuk mencegah bau badan.


Paraben merupakan salah satu bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan deodorant di pasaran. Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk semak label deodorant yang kita gunakan. Pastikan kandungan paraben tidak melebihi 0.4% ketika kita membeli apa-apa produk kosmetik, farmasi mahupun makanan.

Kaoilin Clay (tanah liat kaoilin)

Tanah liat Kaolin (Tanah Liat Kosmetik Putih) sering digunakan dalam pembuatan sabun, skrub, deodorant, pupur muka. Ianya salah satu tanah liat yang paling bagus dan tidak terlalu kuat.

Kaoilin Clay sesuai untuk kulit sensitif yang membantu menyingkirkan bendasing, menstimulasi peredaran, mengelupas dan membersih. Sesuai untuk kulit kering kerana ia tidak akan menghakis minyak semulajadi kulit. Kaoilin Clay juga popular kerana kebolehanya memberikan bau yang lebih wangi.

Antara rangkaian produk freshpicks yang menggunakan kaoilin clay adalah Refreshing Deodorant. Deodorant freshpicks dihasilkan dari bahan premium yang berkualiti tinggi. Dan yang paling penting organik dan bebas bahan kimia berbahaya kepada pengguna.



Antara bahan yang digunakan dalam menghasilkan Refreshing Deadorant adalah seperti:

Caconut oil - bahan yang sangat bagus kerana bersifat anti-fungus, mampu membunuh bakteria dan yis. Ia juga bahan yang memberikan tekstur yang licin dan selesa digunakan.

Natural beeswax - menggantikan petroleum jelly

Shea butter - bahan yang membantu melembutkan kulit dan melindungi kulit dari kekeringan

Baking soda cosmetic powder - meneutralkan bau badan, menyerap lembapan dan bau secara semulajadi

Arrowroot powder - menyerap lembapan dan memastikan anda kekal kering

Bentonite clay dan kaoilin clay - menyegar, melembut dan memelihara kesegaran kulit

Essential oil (lemongrass, citronella lime, teatreeoil - bersifat anti bakteria

Dapatkan Refreshing Deadorant anda sekarang pada harga RM25.00 sahaja atau dapatkan set combo ( Refreshing Deadorant dan Marvell Soap ) pada harga  RM 50.00



Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Freshpicks
sila hubungi 011-31737525

18 Nov 2016

CARA ATASI MASALAH KEPALA GATAL BILA BERTUDUNG DENGAN RED OLIVIA

Assalamualaikum dan selamat pagi

Pernah tak anda rasa tak selesa bila dah bersiap cantik-cantik. Muka semua dah comel tapi tetap rasa tak selesa. Ada masa nya saya pun macam tu jugak. Selalu nya bila jenjalan atau nak ke majlis kenduri kawin ke.

Dah siap uruskan anak3 diri kita la yang paling last siap. Baju dah cantik. Muka dah cantik. Tudung pun dah tertetak elok je(tudung instant siap sarung ajer) tapi bila kat luar mula tergaru garu kepala. Rasa gatal panas dan tidak selesa.

Malunya rasa bila asyik garu kepala ajer. Orang pun pandang semacam jer.

Anda diluar sana ada yang macam saya tak?



Itu dulu sebelum saya menggunakan minyak RED OLIVIA.

Alhamdulillah walaupun berada diluar dengan cuaca yang panas, masalah gatal-gatal kepala dah hilang. Malah kelumumur juga dah tiada.

Minyak ajaib yang mujarab dalam merawat masalah rambut saya.

Bayangkan la seminggu berapa kali aje basuh rambut. Pakai pulak tudung kan..rambut tu berkepam dan berwap dalam anak tudung.

Tambah lagi seharian bertudung. Bau jangan cakap kan..tapi sekarang dah tak risau lagi masalah bau rambut. Bukak je tudung terus bukak ikatan rambut. Libas libas wangi sangat.

Segar rasa bau aromaterapi minyak RED OLIVIA. Bukan saya seorang yang merasa kebaikan RED OLIVIA ni anak3 pun turut sama merasainya.

Berminat untuk dapatkan RED OLIVIA?
Sila hubungi 011.31737525

7 Nov 2016

10 MINYAK ESENSIAL YANG TERBAIK UNTUK MERAWAT MASALAH KULIT WAJAH

Dalam pembuatan produk kosmetik , penggunaan minyak esensial begitu meluas kerana kebaikannya dalam merawat dan memulihkan masalah kulit. 10 Minyak esensial yang terbaik yang sering digunakan untuk merawat masalah kulit adalah seperti berikut.

1. CARROT SEED ESSENTIAL OIL

Minyak esensial biji lobak merah dikenal sebagai DETOKSIFIKASI yang baik untuk kulit berminyak bagi meremajakan kulit dan mengurangkan kedutan di wajah.

Minyak ini sangat popular dalam produk penjagaan wajah, juga membantu dalam menyembuhkan psoriasis, dermatitis dan ruam kulit lainnya serta iritasi pada kulit wajah. Minyak ini sangat baik jika dicampurkan dengan minyak esensial Granium yang berfungsi menenangkan dan juga menyembuhkan berbagai penyakit kulit.

2. NEROLI ESSENTIAL OIL

Minyak esensial NEROLI berfungsi untuk menenangkan saraf. Minyak ini memiliki aroma floral light weet . Ia memiliki sifat anti-septik , anti-bakteria dan anti-inflamasi. Minyak esensial NEROLI baik untuk semua jenis kulit sensitif, kering mahupun berminyak.

Minyak ini sangat bagus untuk menyembuhkan luka, meningkatkan sirkulasi, mengatasi kecemasan , sakit kepala serta mencegah kedutan dan regangan kulit. Minyak NEROLI sangat baik jika dicampur dengan minyak CHAMOMILE, GERANIUM, MAWAR, LAVERDER dan semua minyak esensial yang baik dalam produk penjagaan kulit.

Minyak NEROLI sangat baik untuk memutihkan kulit. Selain itu minyak esensial NEROLI juga bantu mengurangi minyak diwajah , menyingkirkan jerawat, mencerahkan kulit dan anti-aging.

3. TEA TREE ESSENTIAL OIL

Salah satu manfaat dan penggunaan yang paling dari TEA TREE OIL dalam produk perawatan kulit adalah untuk mengubati jerawat.

Hasil kajian menemukan bahawa TEA TREE OIL sama efektifnya dengan BENZOIL PEROKSIDA untuk mengubati jerawat, namun tidak menimbulkan kesan sampingan negatif seperti kulit menjadi merah, kering atau mengelupas.

4. ROSE ESSENTIAL OIL

ROSE mempunyai aroma indah yang menggalakkan perasaan positif. Minyak pati mawar dapat mengurangkan kedutan-kedutan halus yang muncul pada wajah membuat kulit yang kusam kelihatan lebih cerah. Minyak mawar tidak hanya baik untuk untuk antiaging, tetapi juga sesuai untuk rawatan segala jenis kulit termasuk kulit sensitif yang mudah iritasi.

Selain itu, minyak mawar juga dapat mengimbangkan kelembapan kulit. Untuk kulit berjerawat, rawatan dengan minyak mawar juga merupakan pilihan yang tepat kerana minyak mawar mempunyai kandungan antiseptik semulajadi untuk melawan jerawat degil.

Minyak mawar digunakan untuk mendapatkan kulit cerah dan bersinar. Minyak ini dapat memberi kesan kulit tegang dan lembut.

5. LAVENDER ESSENTIAL OIL

Menurut pakar kulit dan aromaterapi, minyak pati lavender adalah salah satu minyak yang paling bermanfaat dalam merawat masalah jerawat yang disebabkan oleh jangkitan bakteria berhampiran kelenjar sebum.

Minyak pati LAVENDER menghalang bakteria yang menyebabkan jangkitan awal dan membantu mengurangkan tanda-tanda parut selepas jerawat sembuh.

6. FRANKINCENSE ESSENTIAL OIL

Kelebihan dan manfaat dari minyak esensial FANKINCENSE ini telah banyak digunakan untuk pelbagai tujuan contohnya seperti bahan dasar dari kosmetik. Bahan yang berasal dari hasil penyulingan getah pokok menghasilkan minyak yang mempunyai aroma yang hangat, manis dan balsamic.

Salah satu kebaikan dari minyak esensial ini adalah berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan semula kulit. FRANKINCENSE OIL ini telah banyak digunakan oleh pakar kecantikan untuk mengurangkan kedutan pada kulit dan menggalakkan proses pertumbuhan semula sel kulit secara semula jadi.

7. MYRRH ESSENTIAL OIL

MYRRH ESSENTIAL OIL membantu mengekalkan kulit yang sihat. Ia juga menbantu melegakan kulit yang pecah-pecah atau yang mengalami regangan. Minyak esensial ini banyak ditambah dalam produk kecantikan untuk membantu melembapkan kulit dan berbau wangi.

Mesir purba telah menggunakan minyak esensial ini untuk melambatkan proses penuaan dan mengekalkan kulit yang sihat. Kebaikan penggunaan minyak esensial ini adalah kerana ciri antioksidannya yang dapat meremajakan kulit dan penyembuhan luka.

8. GERANIUM ESSENTIAL OIL

Minyak GERANIUM biasanya banyak digunakan sebagai satu elemen dalam aromaterapi. Ia digunakan sebagai rawatan holistik untuk meningkatkan kesihatan mental, emosi dan fizikal. Orang Mesir menggunakan minyak esensial ini untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.

Minyak GERANIUM juga digunakan dalam merawat masalah jerawat, mengurangkan keradangan, dan untuk keseimbangan hormon. Minyak esensial ini juga boleh meningkatkan mood, mengurangkan keletihan dan menggalakkan kesihatan emosi.

Minyak esensial GERANIUM juga bantu tingkat peredaran darah dibawah permukaan kulit. Ia membantu dengan penyembuhan bintik-bintik yang disebabkan oleh jerawat,luka,  luka pembedahan atau kegatan kulit.

9. YLANG YLANG ESSENTIAL OIL

Minyak YLANG YLANG berasal dari bunga YLANG YLANG ( pokok kenanga ). Minyak esensial Ylang Ylang membantu menenangkan jiwa dan berguna untuk orang yang mengalami insomnia dan keletihan.

Minyak esential ini telah terbukti dapat membantu mengawal pengeluaran sebum, bahan berminyak yang dirmbeskan oleh kelenjar sebaceous, melindungi rambut dan kulit daripada kering. Minyak esensial mempunyai ciri-ciri anti-mikrob yang boleh membantu mengurangkan kerengsaan kulit dan kemerahan.

Minyak esensial Ylang Ylang banyak digunakan dalam kosmetik. Antaranya ialah
mengekalkan kelembapan kulit
penyembuhan jerawat
menggalakkan pertumbuhan rambut
bertindak sebagai agen perapi semulajadi untuk rambut

10. PATCHAULI ESSENTIAL OIL

Minyak pati PATCHOULI diekstrak melalui penyulingan daun tumbuhan Patchouli. Nama botaninya adalah Pogostemon Cablin atau Pogostemon Patchouli. Minyak pati Pacthouli membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan percepatkan parut pudar. Ia adalah berkesan dalam menghapuskan tanda yang ditinggalkan oleh bisul, jerawat , cacar dan campak.

Minyak pati Patchouli menggalakkan pertumbuhan dengan meransang penjanaan sel-sel baru. Ia juga membantu dalam meningkatkan pengeluaran sel-sel darah merah serta kadar metabolisma. Minyak pati Pacthouli juga membantu menjana semula sel-sel kulit baru, sekali gus mengekalkan kulit kelihatan sihat dan muda.