cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

31 Jul 2015

1001 KHASIAT DAN KEBAIKAN CMD JIKA DIAMALKAN DALAM DIET HARIAN. NO 9 ADALAH YANG PALING DIGEMARI RAMAI

 Pengambilan makanan seharian yang tidak teratur dan tidak seimbang menyebabkan banyak toksin terkumpul di dalam badan terutamanya usus. Dari situ, bermula lah penyakit lain hingga boleh memudaratkan kesihatan yang mengganggu aktiviti haria. Dengan CMD penyakit berbahaya boleh diatasi dengan 20 titik sahaja (min).

1. Masalah Penglihatan : Rabun dekat, Rabun jauh, Katarak.
CMD 20 – 40 titis (anak-anak : 1/2 berat badan) sehari, dibagi dalam beberapa kali minum.

2. Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
CMD 20 – 30 titis sehari, dibahagi dalam beberapa kali minum.

3. Penyakit Kulit
CMD 20 – 40 titis sehari, dibahagikan dalam beberapa kali minum. dan sapukan CMD yang telah di sebatikan ke dalam air bersih (1 titis tiap 10ml) dibahagian kulit yang bermasalah.

4. Menghilangkan Gatal Kulit
CMD sebatikan dengan air bersih (40 titis/50ml) kemudian sapukan pada kulit yang gatal setelah kulit dicuci bersih. InsyaAllah rasa gatal akan hilang.

5. Kuku rosak
CMD 20 – 40 titis sehari, dibagi dalam beberapa kali minum. Rendam kuku dalam air hangat yang dititiskan CMD (40 titis/50ml selama 20 minit).

6. Bisul, Jerawat
CMD 20 – 40 titis (anak-anak : 1/2 berat badan) sehari, dibagi dalam beberapa kali minum. Picit bisul, jerawat dengan CMD yang telah disebatikan dengan air bersih (2 titis tiap 10ml).

7. Memutihkan Kulit
CMD 15 – 20 titis sehari, dibahagi dalam beberapa kali minum. CMD beberapa titis ke body lotion, gunakan setiap habis mandi.

8. Rambut gugut, Rambut Beruban / Pewarnaan pd rambut
CMD 15 – 30 titis sehari, dibahagi dalam beberapa kali minum. titiskan CMD 3 titis di shampoo saat meramas, picit kepala. Larutkan CMD 1 titis ke dalam 10 ml air, sapukan ke kulit kepala sebagai tonik.

9. Menurunkan Berat Badan
CMD meningkatkan metabolisme dan memenuhi keperluan nutrisi dalam diet. CMD 10 titis sebelum sarapan, 10 titis sebelum makan siang, 10 titis malam.

10. Terseliuh / Bengkak
CMD 15 – 30 titis sehari (anak-anak : 1/2 berat badan), dibahagi dalam beberapa kali minum. Sapukan beberapa titis CMD di bagian yang bengkak.

11. Peminum alkohol/Perokok
CMD 10 – 20 titis ke dalam minuman. Menghilangkan efek negatif kerana minuman beralkohol (muntah, sakit kepala dan sindrom ‘hang over’).

12. Memutihkan Gigi, Mencegah gigi berlubang, Gusi Bengkak & Berdarah(Ginggivitis)
CMD 2-3 titis campur dengan ubat gigi anda.Bertindak antiseptic mulut.

13. Mengganti Elemen/Mineral, Elektrolit
Mengembalikan Mineral yang Hilang dari air Suling atau Reverse Osmosis, kehilangan elektrolit (akibat diare, aktiviti berat, dll).
CMD 5 – 10 titis

14. Sakit Ulcer
CMD 15 – 30 titis (anak-anak : ½ berat badan) sehari, sapukan CMD yang telah dilarutkan (2 titis dalam 5 ml air masak) atau dikumur-kumur.

15. Sakit Tekak
CMD 20 – 40 titis (kanak-kanak : ½ berat badan) sehari, dibahagi dalam beberapa kali minum.Dan kumur-kumur dgn air yang telah dititis CMD .

16. Gastrik
CMD 15 – 40 titis sehari, dibagi dalam beberapa kali minum.

17. Sembelit
CMD 10 titis kedalam 250ml air setiap bangun tidur pagi. CMD 15 titis dalam air suam setelah sarapan dan CMD 10 titis sebelum makan siang.

18. Cirit Birit
CMD 10 – 30 titis (anak-anak : ½ berat badan) sehari, dibahagi dalam beberapa kali minum.

19. Sakit Perut & Abdominal
CMD 15 – 20 tetes dalam 500 ml air, minum secara berperingkat

20. Sakit Sendi, Sakit Urat
CMD 20 – 40 titis sehari, dibahagi dalam beberapa kali minum. Oleskan beberapa tetes CMD di bagian yang bengkak, sakit.

21. Sakit Bahagian Saraf
CMD 20 – 40 titis sehari, dibahagi dalam beberapa kali minum. Sapukan beberapa titis CMD di bahagian yang sakit.

22. Masalah Tulang Rapuh / Osteoporosis
CMD 20 – 40 titis sehari, dibahagi dalam beberapa kali minum.

23. Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi), Stroke
CMD 15 – 30 titis sehari, dibahagi dalam beberapa kali minum.

24. Tekanan Darah Rendah
CMD 15 – 40 titis sehari, dibagi dalam beberapa kali minum.

25. Kencing Manis
CMD 15 – 40 titis (anak-anak : ½ berat badan) sehari, dibahagi dalam beberapa kali minum.

26. Kolesterol Tinggi
CMD 20 – 40 titis sehari, dibahagi dalam beberapa hari.

27. Penyakit Kurang Mineral
Tambahkan 30 titis CMD setiap hari. CMD akan membantu melindungi anda dari semua penyakit.

28. Untuk Pemandu
Disarankan minum 30 titis CMD setiap hari. Anda pasti rasa lebih bertenaga dan tidak mengantuk.

29. Melecur
Sapukan CMD ke bahagian badan, ia akan menghentikan radangan dan kesakitan dan mencegah kulit menggelembung akibat melecur.

30. Jangkitan/Kegatalan Dalam Faraj
Cuci di kawasan terlibat dengan CMD yang dicairkan 30 titis/1 liter air.Ia akan menghentikan masalah radangan dan gatal dalam faraj.

31. Penyakit “ Cervical Cerelebra”
Minum 15 – 30 titis CMD, dua kali sehari ( pagi dan malam). Sapukan CMD yang telah dicairkan (40 titis/50ml air) di bahagian yang bermasalah.Ia akan melegakan anda dari rasa sakit.

32. Untuk Memasak
Tambahkan beberapa titis CMD bila anda memasak,anda akan menikmati masakan yang kaya dengan mineral dan bagus untuk kesihatan keluarga.

33. Kanak-Kanak Yang Cerewet Tentang Makanan
Tambahkan 3-5 titis CMD ke dalam susu, sup atau jus. Ini akan membaikpulih seleranya.

34. Untuk Orang Sihat
Minum 30 titis setiap hari, iaitu 10 titis pagi: 10 titis tengah hari: 10 titis malam, Anda boleh campurkan didalam air masak, air sejuk, air mineral, kopi O, teh,jus dan lain-lain. Akan membantu memelihara kesihatan dan membekal nutrient yang kurang dalam diet anda. INSYAALLAH, ANDA SIHAT.

30 Jul 2015

TINGKATKAN KADAR METABOLISMA TUBUH DENGAN MAKANAN SUPAYA BERAT BADAN CEPAT TURUN

Kebanyakan daripada kita berjuang untuk mengurangkan dan menguruskan berat badan. Oleh itu, penting untuk kita memahami makna metabolisme dan bagaimana kesan terhadap pengawalan berat badan.

Kadar metabolik berbeza daripada seorang ke seorng. Ada yang mampu membakar kurang kalori berbanding dengan orang lain. Pelbagai faktor memberi kesan terhadap kadar metabolik. Mereka yang kurus dan memiliki lebih otot cenderung untuk memiliki metabolisma tinggi dan membakar lebih kalori walaupun semasa mereka sedang berehat.

Usia dan jantina turut memainkan peranan penting dalam memastikan kadar metabolik. Lelaki dikatakan lebih cepat mengurangkan berat badan jika dibandingkan dengan wanita. Ini berikutan dengan kurangnya lemak pada tubuh dan lebih banyak otot.

MAKANAN RANSANG METABOLISMA

Apa yang boleh dimakan?

Makanan memainkan perana penting dalam meransang metabolisma. Ia meningkatkan tahap tenaga dan membantu untuk memperbaiki fungsi metabolik.

Teh hijau dan kopi

Menurut kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, lelaki yang mengambil gabungam kafien dan ekstrak teh hijau membakar lebih banyak kalori. Teh hijau kaya dengan antioksidan seperti polifenol yang mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan turut membantu dalam pengurangan berat badan. Teh hijau mengandungi sebatian tumbuhan yang dikenali EGCE yang membantu dalam pembakaran lemak.

Sayuran Hijau

Sayuran hijau seperti asparagus, brokoli, bayam dan avokado tinggi dengan kandungan mineral, protein dan zat besi yang mampu memberikan tenaga untuk mengisi keperluan seharian tenaga yang anda perlukan setiap hari.

Ikan

Ikan penuh dengan asid lemak omega -3 yang mampu meningkatkan metabolisma. Minyak ikan meningkatkan tahap pembakaran enzim lemak dalam tubuh.

Lentil Dan Bijirin Penuh

Lentil(tumbuhan kekacang) dan bijirin penuh adalah sumber protein, karbohidrat dan serat yang membantu dalam pencernaan yang baik. Kandungan zat besi yang terdapat didalamnya memudahkan peredaran oksigen ke seluruh tubuh dan sekali gus membantu meransang metabolisma dan penghasilan tenaga.

kacang

Buah kering pemberi tenaga yang banyak. Kacang seperti badam, walnut, dan pistachio memiliki kelebihan kesihatan yang banyak. Kacang juga sumber terbaik protein.

Saya suka makan ikan sebab ikan banyak kandungan Omga-3. Makan ikan hari-hari pun jemu nak masak. Jadinya saya memilih untuk makan minyak ikan. Pilihan saya adalah OMEGA GUARD SHAKLEE.

Kenapa OMEGA GUARD SHAKLEE?

Shaklee omega guard diekstrak dari ikan laut air sejuk. Omega guard merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega3 EPA dan DHA.




29 Jul 2015

PELUH BERLEBIHAN MEMALUKAN DAN MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN

Umum berpendapat berpeluh itu sesuatu yang menyihatkan . Tetapi jika kerap berpeluh dan jumlah peluh yang sangat banyak sehingga terasa basah, ini dinamakan sebagai hyperhidrosis.

Hyperhidrosis biasanya berlaku pada tapak tangan, tapak kaki dan ketiak. Selain mengganggu aktiviti harian, hyperhidrosis menyebabkan ketidakselesaan dan memalukan.

Sebahagian besar orang mengeluarkan peluh ketika bersukan di kawasan panas atau dalam situasi cemas, takut dan stres. Namun dalam kes hyperhidrosis, peluh yang keluar jauh lebih banyak daripada peluh normal.

Tanda atau gejala hyperhidrosis termasuklah:

  • Kerap berpeluh dan jumlah peluh berlebihan hingga embasahi pakaian.
  • Jumlah peluh berlebihan berlaku di kawasan ketiak, kepala dan muka. malah di tapak tangan dan tapak kaki juga.
  • Hyperhidrosis boleh dijelaskan sebagai berpeluh yang boleh mengganggu aktiviti normal. keadaan ini berlaku sekurang-kurangnya sekali seminggu tanpa sebab kukuh.
PUNCA

Penyebab hyperhidrosis berasal daripada sistem pengaturan suhu dalam tubuh khususnya kelenjar peluh. Kulit mempunyai dua jenis kelenjar peluh, iaitu kelenjar eccrine yang mengeluarkan peluh pada hampir semua bahagian tubuh dan terus ke permukaan kulit. Sementara kelenjar apocrine mengeluarkan peluh di kulit kepala, ketiak dan celah peha.

Ketika suhu tubuh meningkat, sistem otonom meransang kedua-dua kelenjar peluh untuk mengeluarkan cairan dalam badan ke permukaan kulit bagi tujuan menyejukkan tubuh.Cairan ini terhasil dari garam air (sodium klorida) dan elektrolit lainya, iaitu bahan yang berfungsi mengimbangi fungsi cairan dalam tubuh.

Focal Hyperhidrosis. Keadaan ini boleh dilihat daripada jumlah peluh pada siang hari di bahagian tapak tangantapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di ketiak tanpa sebab yang jelas. Keluarnya peluh ini berlaku di kedua-dua sisi, misalnya kedua-dua tapak tangan. Peluh biasanya berhenti semasa tidur. Focal Hyperhidrosis biasanya bermula sebelum seseorang itu berusia 20 tahun dan sehingga kini puncanya masih belum diketahui.

Generelized Hyperhidrosis. Peluh keluar di bahagian yang luas pada tubuh. Prosesnya terjadi secara tiba-tiba dan biasanya ada penyebab seperti kesan sampingan dari umabt atau gejala sakit akibat penyakit tertentu. Contoh menopouse, kandungan gula dalam darah rendah, tiroid aktif, leukemia, serangan jantung atau penyakit berjangkit.

TIPS KURANGKAN PELUH DAN BAU BADAN

1 Mandi secara teratur dua kali sehari membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria di kulit. Jika melakukan aktiviti tambahan anda disarankan mandi lebih dari dua kali sehari.

2. keringkan kaki selepas mandi. Mikroorganisma suka pada tempat lembap di antara jari kaki. Guna bedak kaki untuk membantu menyerap peluh dikaki.

3. Pilih kasut dan stoking dari bahan semula jadi supaya kulit boleh mencegah kaki dari berpeluh dan kaki boleh bernafas.

4. Gunakan kasut sebara bergilir-gilir. Kasut yang lembap kerana peluh perlu dikeringkan terlebih dahulu, oleh itu gunakan kasut secara bergilir.

5. Gunakan stoking dari bahan kapas dan bulu. Bahan ini menyerap peluh dan baik untuk kaki.

6. Sentiasa tukar stoking setiap hari kerana bila stoking basah oleh peluh, kerap menimbulkan bau dan menyebabkan jangkitan fungus pada jari kaki.

7. Biarkan kaki bernafas, acari masa tanggalkan kast untuk memberikan kulit bernafas.

8. Semasa bersukan gunakan pakaian sukan yang diperbuat dari bahan yang mengelakkan kelembapan pada kulit.

9. Pakai pakaian yang menyerap peluh bagi membolehkan kulit bernafas.

10. Cuba teknik relasksasi. Teknik seperti yoga meditasi atau biofeedback dapat membantu mengendalikan stres yang menggalakkan berpeluh.

27 Jul 2015

JERAWAT BELAKANG BADAN BUATKAN KULIT NAMPAK HODOH

Jerawat atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia terjadi apabila minyak ataupun sel-sel kulit yang telah mati menyumbat liang-liang kulit. Kulit akan mengalami beberapa perubahan seperti bintik putih atau bintik hitam (jerawat ringan ), jerawat dengan bintik putih atau bintik hitam (jerawat sederhana ) dan bengkak yang dalam menyekitkan di bahagian bawah kulit , sama ada bernanah atau tidak ( jerawat yang teruk).


Kebiasaannya jerawat terjadi apabila minyak dan sel-sel yang mati tersumbat di liang kulit. Keadaan akan menjadi teruk apabila kuman dan bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini. Ia akan menyebabkan kemerah-merahan, bengkak dan nanah akan terhasil. Kebanyakan orang yang mengalami jerawat pada usia remaja. Antara sebab jerawat tumbuh kerana perubahan hormon.

Biasanya ia berlaku di kalangan remaja yang baru memasuki akil baligh. Kulit mereka akan menjadi lebih berminyak. Disamping itu, terdapat beberapa kajian perubatan, keadaan jerawat juga boleh diwarisi. Ini bermakna jika salah seorang ibu bapa mempunyai jerawat, kebarangkalian untuk anda mempunyai jerawat juga lebih tinggi.

Ada juga jerawat tumbuh kerana penggunaan bahan pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit. Pencuci muka yang berasaskan minyak juga akan menyebabkan jerawat ini terjadi.

Jerawat di belakang badan turut terjadi kerana faktor yang sama iaitu kelenjar minyak yang aktif di belakang badan menimbulkan kesan jerawat ini.

JENIS JERAWAT

Jenis-jenis jerawat terdapat dalam pelbagai jenis dan mengikut  peringkat, antaranya ialah whitehead, blackhead, papules dan pustules.

Whitehead adalah keadaan jerawat yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang kulit. Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum lagi dimasukkan kuman atau bakteria. Ia kelihatan seakan-akan warna kulit. Kita melihatnya sebagai bonjolan sedikit. Bahagian atas bonjolan tidak terbuka.

Manakala jerawat jenis blackhead keadaannya hampir sama dengan jerawat whitehead. Perbezaan ketara antara keduanya ialah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka. Ia mendedahkannya ke udara. Keadaan ini menyebabkan jerawat jenis ini berwarna kehitaman.

Jerawat jenis papules pula ialah satu jenis jerawat yang terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan atau kemerahan tetapi belum lagi diisi dengan nanah. Ia berwarna merah agak lembut dan saiznya lebih kurang beberapa sentimeter.

Pustules pula jerawat yang biasa kita lihat. Keadaannya ialah merah, keras dan bernanah. Pustules terjadi akibat daripada jangkitan bakteria.

Jerawat aktif apabila sebum di dalam kulit tersumbat dan menjadi pusat pembiakan kuman. Oleh itu aspek penjagaan dan pembersihan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan jerawat.


Rimas dengan jerawat yang ada? Jom amalkan set jerawat / set kecantikan kulit shaklee.


Sekiranya anda perasan dalam setiap bahan kecantikan yang ada dipasaran pasti ada tambahan tiga jenis vitamin ini iaitu vitamin B, vitamin C dan vitamin E.

Penggunaan bahan kosmetik hanya luaran sahaja..Bagaimana dengan dalaman? Kombinasi Vitamin B dan vitamin C adalah untuk pembinaan kolagen dan mencerahkan kulit. Tambahan dengan vitamin E yang kaya dengan antioksida membantu meremajakan kulit dan mengelakkan kedut.



20 Jul 2015

6 TIP ELAKKAN DIRI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN

Pola makanan dan amalan kesihatan yang betul mampu menguatkan sistem kekebalan tubuh. Justeru anda tidak perlu setiap bulan mengunjungi klinik bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Beberapa tip yang boleh diamalkan agar anda tidak mudah diserang penyakit

Ketawa
Sering ketawa cara paling mudah untuk kekal sihat dan bertenaga. Dipercayai ia berupaya memperkuatkan sistem kekebalan tubuh sekali gus meningkatkan tahap antibodi dalam darah. Ssecara tidak lansung bakteria dan virus dapat dibunuh kerana ketawa juga mampu mempengaruhi minda agar anda kekal positf.

Menyanyi
Terdapat satu kajian di Jerman menunjukkan bahawa menyanyi boleh mengaktifkn limpa yang akan membantu meningkatkan perjalanan darah yang konsisten daripada sistem antibodi. Lagi pun menyanyi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan mudah dilakukan.

Pilih Lemak Sihat
Lemak amat diperlukan bagi membangunkan sel dan menghasilkan prostaglandin, iaitu sejenis hormon yang membantu mengatur tindak balas tubuh terhadap jangkitan. Cara mudah yang dilakukan adalah dengan menghasilkan sel-sel darah putih yang mampu menentang virus. Sebab itu kita disarankan agar mengambil lemak yang sihat bagi mengeakkan diri daripada terkena penyakit.

Hadkan Pengambilan Gula
Umum mengetahui bahawa gula mampu memudaratkan kesihatan sekiranya siambil secara berlebihan. Dipercayai ia menggangu kemampuan sel darah putih untuk membunuh bakteria seterusnya mencetuskan penyakit kepada tubuh.

Makan Ikan
Ikan mengandungi sumber protein yang penting untuk membangukan sel-sel yang mampu melawan virus dan asid lemak(disebut omega-3) yang berupaya mengatur fungsi kekebalan tubuh. Omega-3 juga membantu menurunkan penghasilan senyawa inflamasi seterusnya meningkatkan penghasilan anti-inflamasi sehingga mampu memulihkan bahkan menghalang pertumbuhan sel kanser.

Kebaikan Buah Sitrus
Vitamin C banyak diperoleh dari buah limau, limau nipis dan lemon. Vitamin ini juga dikatakan berupaya mningkatkan aktiviti fagosit di mana ada sel yang menelan dan mencerna bakteria di dalam darah.

Mudahkan untuk hidup sihat bebas dari sebarang penyakit yang boleh mengganggu aktiviti seharian kita. Amalkan pemakanan sihat, jalani aktiviti sihat badan pun akan sihat.

16 Jul 2015

BATASAN AURAT WANITA TERHADAP MAHRAMNYA

Ramai-ramai pulang ke desa, menyambut lebaran yang bakal menjelang. Dalam kemeriahan dan riuh rendah adik beradik dan cuit mesra saudara, hukum aurat dan muhrim jangan lupa. Jangan sekali-kali dipandang enteng. Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara.


Siapakah mahram bagi wanita?
Mahram bagi seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susunan iaitu:

1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan 
4. Anak kandung
5. Anak tiri ( iaitu anak suami )
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara kandung

Dihadapan mahram-mahram diatas wanita tidak wajibkan menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulama' (termasuk Mazhab Syafi'e dan Abu Hanifah. jadi menurut ulama, aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.

Namun ulama-ulama Mazhab Maliki dan Hambali berpendapat hanya bahagian muka, kepala, leher/tengkuk, dua belah tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Ada pun bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram.

Pandangan ini disokong oleh Dr Yusus Al-Qaradhawi di mana beliau menegaskan , "Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan batin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Justeru selainnya seperti peha, perut, kemaluan dan punggung tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain. Pandangan kedua inilah yag lebih menepati kehormatan seorang wanita berdanding pandangan jumhur tadi.

Bapa atau ibu saudara sama di sebelah bapa atau ibu kita semua adalah mahram ( diharamkan berkahwin ). Oleh sebab itu, batasan aurat dengan mereka ialah sebagaimana aurat antaa sesama mahram.

Hukum Bersentuhan Lelaki dan Perempuan Mahram

Jika hubungan mereka adalah sesama mahram, harus mereka bersentuhan sama ada bersalaman, memegang atau sebagainya, akan tetapi khusus bagi kawasan yang bukan aurat sahaja, iaitu kawasan yang harus dlihat oleh mahram.

Adapun kawasan aurat, tidak harus menyentuhnya sekalipun sesama mahram. kaedahnya ; "Bahagian yang tidak harus dilihat, maka menyentuhnya juga tidak harus. Bahagian yang harus dilihat, maka menyentuhnya juga harus (dengan syarat tanpa syahwat dan tidak mendatangkan fitnah).

Aurat Lelaki dan Wanita

Ketahui paras aurat lelaki dan wanita. sama-samalah kita memelihara kehormatan diri agar penyempurnaannya akan diberikan balasan yang dari Allah SWT, in sha Allah.

a) Lelaki sesama lelaki; dari pusat hingga lutut
b) Perempuan sesama perempuan ; dari pusat hingga lutut
c) perempuan sesama lelaki Islam/bukan Islam ; Keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan
d) Perempuan Islam dengan perempuan bukan Islam ; keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan.




14 Jul 2015

KULIT BERSERI MENYAMBUT LEBARAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA JADI YANG ADA DIRUMAH

Sepanjang ramadan, rutin hidup sebagai seorang sangat padat. Bukan sahaja mengambil peluang menunaikan solat sunat terawih, malah sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Seawal jam 4 pagi, ramai yang sudah bangun memasak hidangan sahur untuk seisi keluarga. Ini membuatkan wanita kurang rehat dan tidur. Akibatnya tubuh menjadi lesu , wajah kusam dan lingkaran gelap di bawah mata jelas kelihatan.

Beberapa tip yang boleh diamalkan untuk memberi kesegaran dan tenga selain manfaat kecantikan sekali gus menjadikan kulit nampak lebih berseri dalam menyambut lebaran.

Jus Kurma Bekal Tenaga


Kurma membekalkan tenaga kepada tubuh. Selain dinikmati begitu sahaja, anda juga boleh membuat jus istimewa. Buang biji kurma, kisar isiya bersama susu segar. Jadikan jus ini sebagai minuman harian semasa berbuka atau bersahur. Ia bukan sahaja enak malah membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Hasilnya tubuh cergas dan tidak lesu.

Minyak Zaiton Lembabkan Kulit

Ketika berpuasa, ramai yang mengalami dehidrasi. Kulit menjadi kering dan kusam. Bagi mengatasinya anda boleh mengamalkan minum lapan gelas air putih sehari. Bagi melembapkan kulit pula, oleskan minyak zaitun. Lakukan setiap hari, kulit akan halus dan lembap.

Madu Dan Telur Naikkan Seri

Bagi menaikkan seri wajah, amalkan petua ini. Campurkan sebiji telur ayam kampung bersama dua sudu madu. Ia membuatkan wajah menjadi kemerahan. Telur dan madu juga membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia juga sangat baik untuk kecantikan dalaman. Selain itu, petua ini juga dikatakan dapat menjadikan suara lebih lunak.

Skrub Hampas Kelapa Haluskan Kulit

Selepas memasak, hampas kelapa jangan dibuang. Gunakan ia sebagai skrub untuk menyental tubuh. Hampas kelapa dapat membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit. Ia juga membuatkan kulit tubuh lembap dan dikatakan dapat menghilangkan kesan gelap di bahagian intim.

Khasiat Sayur-sayuran Dan Buah-buahan 

Pastikan anda memasak sayur-sayuran setiap hari sebagai salah satu juadah berbuka puasa atau bersahur. Sayuran-sayuran mempunya pelbagai khasiat yang dapat membekalkan nutrien yang mecukupi kepada tubuh. Jika anda tidak gemar makan sayur, gantikan dengan buah-buahan. manfaatkan kelebihan dua kumpulan makanan in.

Ais Segarkan Wajah

Sebelum bersolek, tekaplan wajah dengan ais. Petua ini membuatkan wajah yang lesu nampak segar. Ais juga membuatkan solekan lebih tahan lama di samping membantu mengurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata.

Memanjakan Diri Di Spa

Jika berkemampuan, luangkan diri di spa melakukan perawatan wajah dan tubuh. urutan dapat mengatasi keletihan dan membuatkan tubuh ringan serta bertenaga. Manakala perawatan wajah pula dapat mengatasi pelbagai jenis masalah kulit.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut lebaran. Ayuh amalkan petua untuk kecantikan secara semula jadi tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk kecantikan.

12 Jul 2015

KURMA MAKANAN PALING SEMPURNA TERUTAMA KETIKA BERPUASA

Mengapa kurma sangat penting ketika bulan puasa berbanding buah-buahan lain? ini kerana khasiat dan kelebihan yang dimiliki. Malah sari sudut sains juga sudah diakui terutamanya daripada aspek kandungan gulanya sangat tinggi iaitu sehingga 63 peratus, majoritinya glukosa.

kesannya, kurma mudah dihadamkan dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu perut bersedia untuk menerima makanan selepas seharian berpuasa yang mana sekaligus membantu ketidakhadaman.

Kurma juga mengandungi protein sekitar 2.5 peratus, serat 8 peratus, lemak 0.4 peratus dan mineral lain seperti zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, C dan niasin.

FAKTA MENGENAI KURMA

  • Perkataan date berasal daripada istilah Greek - daktylos, bermakna jari. 
  • Satu cawan kurma mengandungi 400 kalori, 27 peratus daripada keperluan kalium dan 48 peratus keperluan serat yang dicadangkan dalam sehari.
  • Turut mengandungi kalsium, zink, zat besi, kuprum, magnasium dan lain-lain mineral yang membantu menurunkan tekanan darah, strok dan komplikasi sewaktu melahirkan.
  • Kaya dengan antioksidan dikenali sebagai polifenol yang menentang radikal bebas.
  • Di Timur Tengah, pokok kurma disebut juga sebagai 'pohon kehidupan' kerana pelbagai kegunaan.
  • Dianggarkan ditanam lebih 8000 tahun dahulu di Iraq sekarang.
  • Sekitar tiga peratus permukaan bumi ditanam dengan pokok kurma, menghasilkan empat juta tan kurma setahun.
  • Medjool merupakan varieti kurma yang paling mahal disebabkan sukar ditanam, bersaiz besar dan memiliki isi seperti karamel.
  • Biarpun tinggi gula (93 gram percawan), kebanyakan varieti kurma mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
MANFAAT LAIN PENGAMBILAN KURMA DALAM DIET HARIAN

Kaya Dengan Serat Dan Kalium
Kurma sebaiknya dimakan tanpa membuang kulitnya kerana di bahagian kulitnya terdapat banyak serat sama ada serat terlarut dan tidak larut. Dalam 100 g kurma terdapat 8 g serat sedangkan dalam 100 g pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja. Ia juga kaya dengan kalium dan beberapa zat galian yang lain.

Kalium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam.

Kalium juga membantu dalam mencegah cirit birit, membantu sistem saraf dan meransang kecergasan otak serta melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan serangan strok.

Memberi Kesihatan Dan Kekuatan Tulang
Kandungan mineral yang terdapat dalam kurma menjadikan buah ini salah satu super food dalam menguatkan tulang dan menentang penyakit osteoporosis. Kandungan selenium, magan, kuprum dan magnasium yang terdapat dalam kurma membantu pertumbuhan tulang agar kuat.

Mencegah Sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Jadi untuk mengelakkan daripada ia berlaku eloklah mengambil kurma. Malah ia dianggap sebagai pengganti julap dan sering diambil oleh mereka yang menghidap sembelit
Untuk mendapatkan hasil yang maksimum anda boleh rendam beberapai biji kurma di dalam air semalamam dan makan keesokan harinya. Kandungan serat yang tinggi mambantu memudahkan pergerakan usus dan mengurangkan sembelit.

Mencegah Anemia
Kandungan zat besi di dalam kurma menjadikan ia suplemen terbaik bagi mereka yang mengidap anemia. Ia membantu memberi keseimbangan kadar zat besi buat pesakit sekaligus meningkatkan kadar tenaga.

Meningkatkan Tenaga Batin
Kajian telah menunjukkan kurma sangat bermanfaat untuk menigkatkan kadar stamina. Hanya dengan rendam segenggam kurma bersama susu kambing segar semalaman dan kisar bersama serbuk pelaga dan madu ia berupaya menjadi tonik yang berkuasa menigkatkan kadar stamina dan daya tahan seksual.

Sekarang tidak susah untuk mendapatkan Kurma. Jom kita jadikan kurma sebagai satu amalan pemakanan sunnah yang sihat dalam diet seharian.

10 Jul 2015

9 TIP KEKAL SIHAT SEPANJANG HARI

1 PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG
Pilih maknan yang rendah lemak tepu, lemak trans, kolestrol, natrium, banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan yang kaya dengan serat dan ikan yang tinggi omega-3

2 SENTIASA AKTIF
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit dengan intensiti sederhana seperti aerobik dan berjalan cepat setiap minggu.

3 KAWAL TEKANAN
Tekanan jangka masa panjang boleh menyebabkan peningkatan kadar kenyutan jantung dan tekanan darah sehingga merosakkan dinding arteri. belajarlah menguruskan tekanan demi kualiti hidup yang lebih baik.

4 PERHATIKAN BERAT BADAN ANDA
Pada usia 40-an ke atas, metabolisma badan anda akan menjadi perlahan. Untuk mengelakkan masalah berat badan, anda perlu mengikut diet sihat dan banyakkan bersenam.

5 SERONOK BEKERJA
Jangan memikirkan bebanan dan tekanan pada kerja kerana anda telah menghabiskan 1/3 hari anda dipejabat. Nikmatilah kerja anda dengan gembira dan amalkan gaya hidup sihat.

6 KETAHUI AMARAN SAKIT JANTUNG
Tidak ramai yang mengetahui bahawa serangan jantung dirasai di tengah dada dan tidak saemua orang mendapat sakit dada dengan serangan jantung. Malah gejala juga berbeza antara lelaki dengan wanita.

7 BERHENTI MEROKOK
Selain penyakit jantung dan angin ahmar, merokok juga boleh membawa kepada pelbagai kanser. Jadi hentikanlah tabiat ini.

8 KETAHUI BADAN ANDA
Anda juga perlu menjaga kesihatan diri dengan melihat tekanan darah, tahap gula dalam darah, indeks jisim badan, lilitan pinggang dan sebagainya.

9 JUMPA DOKTOR
Tiap-tiap tahun cubalah ambil masa sehari untuk membuat pemeriksaan dengan doktor seperti tekanan darah tinggi, kolestrol, serangan jantung dan sebagainya.

Mudah kan untuk kekal sihat sepanjang hari. Namun ada juga individu yang menganggap rutin penjagaan kesihatan adalah perkara remeh dan menganggap diri sentiasa sihat.

8 Jul 2015

8 PENYEBAB SAKIT PERUT YANG MUNGKIN ANDA SENDIRI TIDAK KETAHUI

Sedar tak sedar Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Sudah tentu kita akan dijamu dengan pelbagai makanan enak. Maklum sahaja, hidangan ini kebanyakannya hanya diperolehi setahun sekali. Sudah tentu anda ingin merasa semua jenis hidangan.

Memandangkan semua hidangan anda ambil, segalanya berkumpul di perut sehinggakan anda tidak sedar perut anda mula sakit. Adakah kerana terlalu banyak makan atau makanan tersebut telah tercemar?

8 penyebab sakit perut yang mungkin anda sendiri tidak ketahui:



BATU HEMPEDU
Wanita lebih kerap mendapat masalah ini berbanding lelaki. Rasa sakit ini terjadi pada bahagian kanan perut terutamanya selepas anda mengambil makanan berat.

MASALAH MENSTRUASI
Kadang-kadang anda tidak sedar, rasa sakit ini berlaku sebelum haid. Mungkin ada perubahan hormon yang menyebabkan anda rasa akit perut dan tidak selesa.

LAPAR
Jika anda menahan makan dalam waktu yang lama, ia boleh menimbulkan 'gas' dalam perut dan mengakibatkan rasa sakit. Inilah perlunya makan pada waktu yang tepat dan jangan lewatkan waktu makan

MAKAN BERLEBIHAN
Apabila anda makan berlebihan dan makanan memenuhi perut anda, kemungkinan usus anda merasa tegang dan perut sakit. sentiasalah membuat aturan untuk makan dalam jumlah yang tepat supaya perut anda dapat menghadap dan memproses makanan.

LAKTOSA TIDAK SESUAI
Mungkin anda secara tidak sengaja mengambil hidangan makanan yang mengandungi beberapa produk susu sehingga menyebbakan perut kembung, idak selesa dan disertai dengan sendawa. Cara terbaik untuk menglakkan sakit perut adalah dengan tidak mengambil produk susu.

MAKANAN BERACUN
Keracunan makanan terjadi kerana wujudnya virus atau bakteria dalam makanan sehingga menyebabkan muntah, sakit perut, masalah pembuangan air besar dan sebagainya.

STRES
 Apabila anda mengalami masalah stres atau depresi yang berlebihan, perut anda mula bertindak secara tiba-tiba dan tidak dapat memproses makanan dengan lancar.

PARASIT
Parasit boleh memasuki melalui makanan dan air, malah ketika anda berenang di dalam kolam yang tidak bersih. Keadaan ini boleh mengganggu pencernaan dan penyerapan nutrisi sehingga menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa.


FAKTA MENGENAI PERUT

Panjang

  • Esofagus adalah antara 20cm
  • Perut adalah 25cm
  • Usus kecil antara 6-7meter
  • Usus besar sekitar 1 meter
  • Usus orang dewasa adalah lebih panjang dari kanak-kanak
Isi Padu
  • Perut boleh menampung 2-4 liter makanan dan air
Masa Memproses Makanan
  • Mengambil masa 4 jam untuk kandungan makanan dalam perut masuk ke dalam usus kecil
  • 1-2 hari untuk makanan dapat diserap di usus kecil
  • 2-3 hari untuk sisa bahan makanan keluar dari usus besar.
Masalah Sakit Perut
  • Ia disebabkan oleh beberapa alasan seperti tekanan, ubat sakit, bakteria helicobacter pylori, tumor, merokok, makanan tertentu dan sebagainya.
  • Makanan terlalu banyak bukanlah satu alasan sakit perut tetapi mungkin disebabkan ketidak selesaan perut.
  • Ada juga makanan tertentu yang mengandungi banyak rempah dan cili menyebabkan ketidakselesaan pada perut.
Tempoh Kesakitan
  • Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau sehingga berhari-hari. Contohnya, apabila mengambil ubat penahan sakit, seseorang itu boleh mengalami sakit perut dalam beberapa minit.
Rawatan
  • Anda boleh mendapatkan ubat di farmasi dan jika berterusan, dapatkanlah pemeriksaan doktor untuk mengetahui punca sakit perut.

Tips Sihat
  • Jangan merokok atau mengambil minuman beralkohol
  • Elakkan dari mengambil ubat penahan sakit (pain killer)
  • Jangan stres
  • Elakkan mengambil makanan yang diproses dan daging
  • Banyakkan makan ayuran dan buah-buahan 

6 Jul 2015

6 CARA ALAMI KEKALKAN WAJAH AWET MUDA

Apabila usia mencecah umur 25 tahun, tanda-tanda penuaan sudah mula kelihatan. Perhatikan garis halus di bahagian mata, tepi bibir dan dahi. Ia semakin jelas terlihat pada wajah.

Kulit juga menjadi kendur, kusam dan tidak berseri seperti dulu. Jom kita kekalkan awet muda secara alami supaya garis halus dan kedutan di wajah tidak kelihatan biarpun usia makin meningkat.

Bersih Wajah Dengan Sempurna 
Ramai yang mengambil mudah soal pembersihan kulit kulit. mereka membersihkan kulit secara cincai hingga mendatangkan pelbagai masalah. Kulit yang tidak bersih akan mudah ditumbuhi jerawat. Cara terbaik untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik adalah penelitian ketika membersihkan wajah.

Bagi mereka yang suka bersolek pastikan wajah dibersihkan dengan penanggal solekan, kemudian barulah bersihkan kulit wajah dengan pencucui yang tepat.

Rawat Kulit Dari Awal
Jaga kulit wajah dari awal. Usia remaja adalah permulaan terbaik untuk anda mengenali jenis kulit dan menggunakan prosuk penjagaan yang sesuai. Dapatkan bantuan pakar untuk membantu anda memilih produk yang tepat. Penjagaan dari awal akan membuatkan kulit wajah kekal remaja.

Jaga Kecantikan Dalaman
Harus diakui ada wanita yang mengabaikan penjagaan dalaman. Golongan ini hanya memfokuskan kepada penjagaan luaran seperti merawat wajah dan tubuuh. Untuk tampil anggun dan awet muda, wanita mensti menjaga kecantikan dalaman. Amalkan mengambil jamu atau herba sejak dari zaman anak dara. Bagi yang tidak gemar cara tradisional, anda boleh mengambil suplemen. Pastikan anda membuat pilihan suplemen berasas bahan alami dan mengikut keperluan diri.

Rehat dan Tidur Mencukupi
Tubuh dan  wajah yang kurang rehat akan kelihatan lesu dan kusam. Agar wajah tampak segar dan tubuh bertenaga, pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh dan wajah tampak berseri. Ia juga membantu memperbaharui sel kulit. Hasilnya anda akan tampak muda dan ceria.

Masker  Tegangkan kulit
Bagi yang tidak suka berkunjung ke spa, cukup sekadar mengamalkan rejim kecantikan di rumah. Pastikan anda membersihkan wajah dengan sempurna, menggunakan penyegar dan mengoles wajah dengan pelembab. Agar kulit kelihatan tegang, cerah dan menawan

Masker boleh dibeli dipusat kecantikan atau anda boleh membuat sendiri dirumah dengan menggunakan bahan semula jadi seperti tomato, putih telur atau yogurt. Lumurkan pada wajah biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.

Manjakan diri di spa
Rawat tubuh dan wajah di spa, usah lokek untuk berbuat demikian. tubuh yang letih perlu dirawat dengan baik. Anda boleh melakukan sauna herba, urutan dan skrub. Perawatan yang lengkap adalah terapi untuk wanita kembali anggun.

Inginkan vitamin atau suplemen untuk kecantikan kulit semudah ABCDE boleh baca di sini http://mamasarashope.blogspot.com/2015/03/cantik-semudah-abcd-e.html


4 Jul 2015

9 KAEDAH PENCEGAHAN KEHAMILAN

Kajian menunjukkan kira-kira 60 oeratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang. Proses kehamilan yang tidak dirancang dapat dicegah dengan menjalankan aktiviti pendidikan kepada pasangan suami isteri tentang kaedah kontraseptif ( pencegah hamil) yang dapat diamalkan dan bersesuaian dengan cara hidup, kepercayaan dan kehendak pasangan tersebut.

Pemilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

1 Pil Kontraseptif

Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil yang berada di pasaran mengandungi hormon estrogen dan progestin atau hanya mengandungi hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pekvis dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung.

2 Suntikan Progentin dan Progesteron

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progesteron. Bgi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3 peratus (tiga dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun pertama.


3 Implan 'Norplant'

Implan Norplant adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1 peratus ( 1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

4 Alat Instrauterin (IUD)

alat berbentuk 'T' di masukkan ke dalam uterus oleh doktor. ia adalah alat yang fleksibel. Terdapat dua jenis IUD:

  • paragard Copper T 380A yang mengandungi tahap kehamilan selama 10 tahun.
  • progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
dianggarkan tiga hingga lima peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahu yang pertama.

5 Span ( Sponge)

Span mengeluarkan gel spermisida  dan bertindak menghalang dan membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan hubungan seks.

6 Diaphragm

saiz diaphragm boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. ia bertindak menghalang sperma daripada memasukit uterus. Spermisida digunakan bersama diaphragm untuk membunuh sperma enam jam. Dianggarkan sebanyak enam peratus kemilan aka berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

7 Penghalang Serviks

Ia hampir serupa dengan diaphragm yang boleh diubah saiz mengikut individu. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Dianggarkan sebanyak sembilan peratus kehamilan akan berlaku jika digunakan dengan betul dan konsisten.

8 Spermisida Vagina

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencatkan pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain.

9 Keadah Semula Jadi

Pasangan yang memilih kaedah ini harus memastikan tempuh kesuburan wanita. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan hubungan seks pada hari-hari yang dikatakan subur. Kaedah ini mengganggarkan perubahan mukus mambran serviks dan suhu badan. 

2 Jul 2015

7 MAKANAN SIHAT ELAKKAN TERJADI ALAHAN

Anda kerap kali bersin setiap kali membersihkan rumah? Atau mungkin mengalami kegatalan kulit setelah menikmati makanan laut? Jika ya, anda sebenarnya berhadapan dengan masalah alergi tindak balas yang terjadi ketika partikel asing masuk ke dalam tubuh.

Sel-sel di dalam tubuh kemudiannya menghasilkan zat kimia yang lebih dikenali sebagai histamin ( penyebab alergi). Umumnya gejala ini terjadi di bahagian kulit ( ruam, gatai-gatal, iritasi), bersin, mata merah dan macam-macam lagi. Bagi mengelakkannya anda boleh mencuba beberapa jenis makanan yang membantu untuk melawan masalah alergi.

Buah Epal
Epal mengandungi sejenis zat yang disebut quercetin. Dipercayai ia mampu mencegah pelepasan histamin dari sel tubuh sekali gus menstabilkan bahan tersebut.

Buah nangka
Selain enak dimakan, nangka mampu dikatakan mengubati masalah alergi. Memangdangkan ia kaya dengan kandungan air maka dipercayai semua racun yang disebabkan oleh alerhgi boleh dihilangkan. Pada masa yang sama ia juga kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan kekebalan tubuh.

Kunyit
Kunyit memiliki sejenis sifat anti inflamasi dan anti alergi kerana di dalamnya kaya dengan zat yang dikenali sebagai kurkumin. Hanya dengan mencampurkan sesudu teh kunyit bersama susu panas, amalkan mengambil minuman tersebut sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mencegah masalah alergi.

Lemon
Lemon terkenal sebagai penawar bagi masalah alergi disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi. Pada masa yang sama, buah tersebut juga membantu meningkatkan kekebalan tubuh sekali gus mencegah tindak balas alergi. Lemon juga mengandungi bahan antioksidan yang berupaya membantu mengeluarkan racun serta bahan-bahan yang tidak diperlukan dan berkumpul di dalam tubuh. Amalkan meminum satu atau dua gelas jus lemon setiap hari bagi mencegah alergi.

Teh Hijau
Teh hijau lebih baik diambil dalam kehidupan sehari hari. Kandungan bahan antioksidan yang kuat iaitu epigallocatechin gallate dipercayai mempu mencegah tindak balas alergi dalam tubuh. Bukan setakat itu sahaja, teh hijau di percayai berupaya mengurangkan masalah peradangan dan histamin.
Hanya dengan  mengambil dua cawan teh hijau bercampur sedikit lemon, masalah alergi yang dialami akan berkurang hilang.

Bawang Putih
Bawang putih bukan sekadar sedap dijadikan bumbu dalam masakan bahkan ia dikatakan mampu menigkatkan sistem kekebalan sekaligus melawan masalah peradangan. Bawang putih terkenal sebagai antibiotik untuk alergi dan mencegahnya. dengan mengambil tiga ulas bawang putih setiap hari, dipercayai ia mampu mengelakkan alergi bermusim. Boleh juga mengambil bawang putih dalam bentuk kapsul.

Halia
Halia bukan setakat membuang angin di dalam badan malah dipercayai ia juga mampu mengurangkan masalah peradangan dan alergi. Di dalamnya terkandung bahan antioksidan yang amat membantu untuk merawat mereka yang menderita penyakit asma.