cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

23 Sept 2014

Pemakanan Punca Penyakit Berbahaya

Pada masa kini, gaya pemakanan yang kurang sihat, kurang tidur, beban yang banyak, dan persekitaran sekeliling menjadikan kita lebih mudah untuk jatuh sakit dan sukar untuk pulih.

Gula adalah salah satu punca dalam pemakanan kita yang menyebabkab implikasi yang serius pada tubuh badan kita. Hampir kesemua makanan dan minuman harian kita mengandungi gula, dan mengambilnya secara berlebihan akan membawa obesiti, kekurangan nutrisi, peningkatan glukosa dan respon insulin -membawa kepada diabetes peringkat 2 dan penyakit jantung.

Selain penyakit diebetes, dan serangan sakit jantung, kanser masih memegang takhta sebagai musuh kesihatan yang utama kepada mereka yang mengabaikan kesihatan.


Kanser kolon yang juga dikenakenali sebagai kanser usus atau kolorektal, diakui sebagai bentuk ketiga paling umum kanser yang sering dikaitkan dengan pemilihan pemakanan yang kurang sihat, obesiti dan penghidap diabetes peringkat II.

Kanser kolon terjadi apabila sel-sel kelenjar dalam kolon mengganda pada kadar yang membimbangkan di mana ia akan membentuk pertumbuhan tumor.

Kepada golongan yang berusia dengan pemakanan yang kurang sihat dan menghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk didiagnosis penyakit ini di mana risiko kanser kolon meningkat bersama usia dan pembuangan air besar yang tidak betul.

Detok Usus

Mendetoks usus adalah salah satu cara terbaik untuk kekal sihat dan kurang berisiko untuk mendapat penyakit kanser usus. Mendetoks usus boleh dilakukan sendiri di rumah.

1. Mengambil suplemen
Pengambilan suplemen berfungsi sebagai pencair dan pelembut yang efektif untuk membersihkan usus.
-Alfalfa dan Herblax

2. Mengambil lebih serat
Cara lain untuk penjagaan usus adalah dengan cara mengurangkan pengambilan lemak dan garam serta tingkatkan pengambilan serat dalam menu harian.

Diet yang tinggi serat akan melancarkan proses pembuangan air besar,air kecil, membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko terkena masalah atau gangguan saluran pencernaan.

3. Melakukan diet detok
Membuang sampah dan racun berbahaya dari tubuh merupakan salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Kebanyakan racun terkumpul di saluran pencernaan -usus besar dan usus kecil.

Manfaatnya -menghilangkan racun diseluruhtubuh serta memperbaiki fungsi hati, ginjal dan jantung.

4. Minum air putih
Minum cukup air sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari. Ini dapat menghindarkan tubuh dari dehidrasi semasa proses pembersihan usus.



12 Sept 2014

Sakit Senggugut rasa macam nak tercabut pinggang

Senggugut adalah biasa di kalangan remaja dan orang dewasa muda. Kebanyakan wanita mempunyai beberapa kesakitan yang biasanya ringan dalam satu tempoh ketika datang bulan. Namun, ada yang sakit teruk dan boleh menjejaskan aktiviti harian.

Puncanya tidak jelas. Bahan kimia badan yang normal (dipanggil prostaglandin) terkumpul di dalam lapisan rahim. Prostaglandin membantu rahim mengecut dan mengeluarkan lapisan rahim(darah haid) semasa haid. Prostaglandin yang terlalu banyak menyebabkan rahim menjadi sensitif dan mengecut dengan keras. Ini mengurangkan bekalan darah ke rahim dan membawa kepada kesakitan.

Gejala utama adalah kesakitan di bahagian bawah perut. Kesakitan juga boleh merebak ke belakang atau bahagian atas kaki. Kebiasaan berlaku selama 12-24 jam dan ada yang sakit 2-3 hari. Berbaza-beza antara satu tempoh haid dan ada yang berkurangan selepas melahirkan anak.

Antara gejala lain yang berlaku kesakitan seperti sakit kepala, keletihan, pengsan, sakit payu dara, rasa loya, kembung, dan emosi terganggu.

Saya juga tidak terkecuali dalam mengalami kesakitan senggugut ini. Pertama kali sakit senggugut ketika berumur 18 tahun jadi pulak masa kat sekolah. Memang sangat-sangat sakit. Bermula sejak itu, hampir setiap bulan sakit senggugut.

Cara mudah untuk mengurangkan rasa sakit adalah dengan bertungku. Haba panas dari batu tungku membuatkan rasa sedikit selesa dan kurang rasa sakit.

Orang kata kalau ada senggugut susah nak dapat anak. Bagi saya mungkin rezeki saya. Cepat dapat anak. Selepas melahirkan anak pertama, 9 bulan umur anak baru ada balik darah haid. Senggugut yang teruk tu memang dah tak de cuma sakit biasa-biasa je.

Amalkan GLA Shaklee

Saya merancang untuk hamil anak kedua dan ingin lahirkan anak dalam bulan yang sama dengan anak yang pertama. Yea saya berjaya lakukannya!

Saya mula mengambil GLA dalam tempoh 4 bulan sebelum saya hamil (ikut perancangan) dan saya hamil seperti yang dirancangkan.

Apa yang saya lakukan adalah:
~ Amalkan makan sayur-sayuran
~ Banyak makan buah-buahan
~ Lebihkan ikan dalam menu harian
~ Kurangkan daging dan ayam
~ Ambil vitamin b, c dan folik asid
~ Ambil GLA Shaklee untuk betulkan hormon dan untuk kesuburan
~ Ambil ESP Shaklee untuk kuatkan rahim


Dan akhirnya saya dapat lahirkan anak lelaki seperti yang dirancangkan. Sudah 6 bulan usianya.






10 Sept 2014

Cerdik Secara Semula Jadi

Otak kanak-kanak sudah mula dibina sejak dalam kandungan lagi sehingga mereka berumur tiga tahun. Selepas tiga tahun, otak mereka akan mula berkembang bagi membolehkan mereka belajar dan menyimpan maklumat melalui memori sepanjang hidup.

Perkembangan otak mereka pula sangat berkait rapat dengan nutrisi yang seimbang dalam pemakanan mereka. Untuk itu, zat-zat seperti karbohidrat, protein dan lemak terutamanya DHA dan AA, serta vitamin-vitamin amat diperlukan oleh kanak-kanak ini sepanjang proses perkembangan otak mereka.


Selain itu, pemakanan yang seimbang sangat diperlukan bagi mengelakkan masalah nutrisi. Jika kanak-kanak mengalami masalah nutrisi, mereka akan mengalami masalah kurang daya tumpuan dan mudah mengantuk semasa dalam kelas.

Oleh itu, pastikan anak-anak kita mendapat semua zat-zat yang diperlukan oleh otak daripada semua jenis makanan seperti sumber makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air.

Makanan yang baik untuk minda adalah seperti:
● susu
● bayam
● labu
● ubi kentang
● brokoli
● germa gandum
● mangga
● madu
● ikan salmon

Kebanyakan kanak-kanak hari ini gemar dan lebih suka kepada makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan dan 'fastfood' yang kurang bernutrisi.

Cadangan terbaik buat ibu-ibu untuk membekalkan cukup nutrisi dan makanan untuk otak adalah Meal Shake Shaklee dan Omega Guard Shaklee. 

Meal Shake Shaklee membekalkan cukup nutrisi untuk keperluan anak-anak yang sedang membesar.

7 sebab meal shake penting untuk kanak-kanak:

■Lengkap dengan 24 jenis Vitamin dan Mineral

■Mengandungi asid folik, Biotin, kalsium dan magnasium un4uk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar

■Kaya dengan Protein yang membantu menyohatkan sel-sel

■Mengandungi vitamin A,C,E,zink, selenium sebagai antioksidan

■Mengandungi lengkap vitamin B kompleks, besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat

■Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut.

■Minuman multivitamin perasa vanila yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.

Kebaikan Omega Guard kepada kanak-kanak

★Meningkatkan perkembangan memori dan otak

★Menguatkan ingatan dan mencegah lupa

★Meningkatkan sistem imunisasi dan ketahanan badan

★Membantu kanak-kanak autisma dan hyperaktif

★Memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema


9 Sept 2014

Kelebihan Dan Manfaat Sayur kepada Tubuh

Sayur-sayuran adalah makanan sihat yang cukup mudah untuk disediakan. Kebanyakan ibu bapa melatih anak-anak untuk mengambil sayur dalam menu harian sejak dari kecil lagi. Kandungan nutrisi dan mineralnya amat penting bagi mewujudkan tahap kesihatan yang optimum pada tubuh.

Namun, ramai yang tidak suka makan sayur dengan alasan rasa pahit, sayur juga dikatakan makanan yang tidak mengenyangkan. Sudahnya, tiada diet sayuran dalam menu harian.


Jom kita tengok beberapa kelebihan yang terdapat dalam makanan berwarna hijau ini.

Kurangkan masalah jantung
Salah satu keistimewaan yang diperoleh bila mengamalkan sayuran adalah meningkatkan kesihatan jantung. Ini kerans kandungan vitamin c, kalium, lutein, zeaxanthin dan beta karotin di dalamnya sangat berkesan dalam mendapatkan kesihatan yang optimum sekaligus mengurangkan masalah kardiovaskular.

Bermanfaat untuk pesakit diabetes
Sayur-sayuran mengandungi indeks glisemik yang rendah tetapi magnasiumnya pula tinggi. Ia sangat sesuai diambil dan dijadikan diet harian yang paling ideal bagi pesakit diabetes.

Meningkatkan kesihatan tulang
Apabila disebut mengenai tulang kuat, pasti ramai yang mengaitkan dengan susu. Sebenarnya bukan hanya susu yang mampu meningkatkan kesihatan tulang, sayuran hijau juga boleh memberi kesan yang sama. Kandungan vitamin K di dalamnya dikatakan membantu untuk menghasilkan osteocalcin iaitu protein yang berfungsi untuk menguatkan tulang.

Menyihatkan mata
Beta kerotin boleh diperoleh dengan banyak dalam sayuran hijau yang mana ia kemudiannya akan ditukarkan menjadi vitamin A sekaligus memberikan kesan yang baik kepada mata. Selain itu, lutein dan zeaxanthin juga mampu menghindarkan seseorang itu dari masalah katarak.

Cegah kanser
Salah satu penyakit yang paling digeruni ialah kanser yang mana ia biasa menyerang dalam tempoh yang senyap dan perlahan. Bagi mencegahnya, digalakkan sayuran menjadi menu wajib dan penting diambil setiap hari. Kandungan karatenoid dan flavonoid dikatakan boleh membantu untuk mencegah pelbagai jenis kanser seperti kanser perut, usus, payudara dan kulit. Bahkan brokoli juga mengandungi sejumlah besar sulforaphane di mana ia merupakan zat untuk mencegah penyakit tersebut.


8 Sept 2014

WARNA Pengaruhi Aura Penampilan

Assalamualaikum...

Tau tak warna mempunyai aura tersendiri. Pemilihan warna yang paling tepat akan membuatkan anda tampil anggun dan lebih menawan. Warna bukan sahaja dipilih berdasarkan tona kulit atau mengikut kegemaran , malah warna dipilih mengikut hari.

Setiap hari mewakili warna-warna tertentu yang dari segi pakaian mahupun aksesori akan menyerlahkan aura positif dalam diri.

Putih polos
Hari isnin menjadi permulaan hari, amat penting untuk kita memilih rona pakaian untuk membantu menmbangkitkan mood. Warna putih ini polos dan suci membantu minda kita relaks dan persiapkan diri untuk memulakan hari serta tampak bersih dan tenang.

merah jambu & ungu
Rona lembut sentiasa menjadi pilihan terutama kaum hawa. Merah jambu dan ungu mewakili imej sopan dan manis. Warna ini mempunyai aura yang sangat positif. Pemakai akan lebih bersemangat dan yakin dalam melaksanakan segala urusan.

Biru
Warna ini melambangkan ketenangan, kematangan dan rasional. Aura warna biru akan mempengaruhi dalam membuat keputusan yang tepat dan bijak.

Oren dan kuning
Oren dan kuning mempunyai tenaga luar biasa, ia membiaskan keceriaan dan membuatkan si pemakai aktif serta bertenaga.

Hijau
Aura hijau memancarkan kesegaran dan memberi terapi istimewa kepada diri.

Merah
Warna merah bukan sahaja menatik perhatian malah warna ini memanyulkan tenaga luarbiasa.

Hitam
Warna hitam penutup hari. Warna hitam juga membantu menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh bagi memulakan hari baru.

Jom kita pakai pakaian yang memberikan aura positif pada diri kita setiap hari.

5 Sept 2014

Hidangan Lengkap Nutrisi

Promosi september ada Meal Shake Shaklee beli 3 percuma 1. Hari ini cerita pasal Meal Shake pulak yea.

Meal Shake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan,  sayur-sayuran,  kacang soya, lactalbumin (sejenis susu)  dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh.

Meal Shake dihasilkan untuk semua golongan - bayi, kanak-kanak membesar, pelajar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayauran ( vegiterian) dan semua golongan.

Manfaat utama

■ Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan mengambil zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Ia juga turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

■ Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

■ Membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnasium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

■ Anti-oksida - Mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

■ Mengembalikan Seri Wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

■ Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

■ Kelazatan Rasanya - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

4 Sept 2014

Makan Kolagen Kulit Cantik!

Best nya promosi bulan ini. Beli 6 percuma 1 kotak Shaklee Collagen Powder.  Lagi satu promosi adalah beli 3 percuma 1 Meal Shake Shaklee.

Kita cerita pasal Collagen Powder dulu yeaa.

Kebanyakan yang makan kolagen untuk kulit cantik. Kulit kita sememangnya sudah ada kolagen sejak dari lahir lagi. Semasa bayi kolagen dalam kulit sangat banyak, sebab itulah kulit bayi sangat cantik, gebu dan mulus.

Bila badan semakin membesar, kuantiti kolagen semakin berkurangan menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Namun, kolagen boleh diperoleh dengan pemakanan seimbang.

Zat seperti vitamin c dan zink akan membantu menghasilkan kolagen baru yang menjadikan kulit lebih glowing dan berseri.

Kolagen ni ada banyak sumber. Dari tumbuhan, haiwan dan ikan.


Collagen Powder Shaklee diperbuat daripada sisik ikan merah laut dalam.  Bahan utama iaitu sisik ikan merah, vitamin b, vitamin c, ekstrak kerang, ekstrak pfaffia dan lain lain.

Vitamin c amat penting untuk pembentukan kolagen dan kulit sihat.

Collagen Powder Shaklee dah siap ada campuran vitamin c dan vitamin lain. Satu kotak ada 15 satchet rm 298. Ada sijil halal yang diperakui Jakim.

3 Sept 2014

Bila Sel - sel Otak mula Bersambung

Assalamualaikum...

Bila cerita pasal anak, macam macam cerita akan keluar. Termasuk lah saya. Cerita pasal anak no 2 saya beberapa hari lagi cukup 6 bulan.

Baru nak masuk 6 bulan dah pandai tunjuk reaksi merajuk dan sedih. Hai lah anak buat mama rasa nak tergelak jer.

Sekarang ni pantang betul nampak atuk melintas depan mata. Terus panggil siap angkat tangan mintak diangkat. Ermm semalam menangis dia sebab kena tinggal. Atuk bawak kakak jer naik motor.

Opah pulak menyakat kata atuk tinggal adik,tak mau bawak adik jenjalan. Apa lagi melalak la dia. Bila mama panggil dia buat muka sedih dan merajuk. Dah pandai nak tunjukkan perasaan dia kat orang.

Terasa cepat sangat anak membesar. Baru 6 bulan sudah pandai main emosi.

Kakak pulak, ermmm mulut dah macam orang tua. Walaupun sebutan huruf R tak begitu jelas tapi bila orang dewasa bersembang dia suka menyampuk. Tapi bahasa yang digunakan jelas dah mudah difahami. Tidak pelat. Berbanding dengan kawan-kawan sebaya di taska masih ada yang belum fasih dalam pertuturan.

Mungkin mama terlebih ambil omega kot. Mungkin juga mama suka membebel dan berbual dengan kakak, sebab tu lah kakak petah bercakap.

Bukan sebarang omega yea. Omega Guard Shaklee yang membekalkan omega-3 dilengkapi dengan DHA dan EPA utuk kepeluan tumbesaran dan perkembangan otak anak. Kedua-dua anak saya bekalkan omega 3 melalui susu ibu.


2 Sept 2014

Resepi : Ikan Bakar Balut Daun Kunyit

Assalamualaikum...

Setiap hari dok tengok menu masakan. Apa lagi yang belum cuba belum masak. Dah tak tau nak masak apa.

Bila tanya en. Suami ikan ni nak masak apa? Dia cakap masak jer la apa apa pun. Janji masak. Maka dengan itu saya buat jer ikan bakar. Malam hari makan ikan bakar. Janji sedap.

Senang jer buat nya. Ini lah menu semasa saya berpantang.


Ikan Bakar Balut Daun Kunyit

Bahan-bahan:

ikan - siap dibersihkan
2 ulas bawang merah
2 inci halia
Garam
Kunyit
Daun kunyit
(Bahan-bahan bergantung kepada kuantiti ikan yang digunakan)

Caranya:

Tumbuk bawang merah bersama halia, kemudian campurkan garam kunyit. Gaul rata pada ikan. Kemudian balut dengan daun kunyit.

Bila dah siap letakkan dalam kuali dengan api perlahan supaya ikan masak dengan elok.

Mudah dan senang untuk nikmati ikan bakar untuk hidangan makan malam dan menyelerakan.