cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

12 Feb 2014

DEMAM DENGGI! APA ITU DEMAM DENGGI?


Baru – baru ini saya dikejutkan dengan satu berita sedih. Adik lelaki saya telah dimasukkan ke wad kecemasan di hospital Pulau Pinang kerana di sahkan terkena demam denggi. Sekarang ini dengan keadaan musim dan cuaca yang tidak menentu ramai yang disyaki terkena demam denggi.

Apa itu demam denggi?

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi ( genus Flavivirus ) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina melalui gigitannya yang menjadi masalah utama kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Bagaimana Terjadinya Demam Denggi?

VeKtor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang membawa virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitannya semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Gejala demam denggi

v  Cirri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit

v  Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibezakan-bezakan beserta dengan kemunculan ruam

v  Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot, dan sendi.

v  Pendarahan kulit adalah fenomena lazim

v  Kadar kematian amat rendah

v  Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

v  Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati ( epigastrik), sensitive di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

v  Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40 – 41°C  dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

v  Dalam kes-kes sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

v  Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potassium, bikarbonat dan lain-lain).

 Sup ketam dipercayai dapat membantu pesakit pulih daripada demam denggi dengan lebih cepat. Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet darah pesakit naik dan sekali gus menyembuhkan pesakit dengan kadar sangat cepat.

Selain itu, pengambilan air kosong juga perlu sekurang2nya 3 liter sehari untuk mengurangkan suhu badan dan kembali normal.