cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

20 Dec 2013

Kanser usus? Cegah sebelum terlambat!


Kanser usus adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3500 kes baru setahun.

Apa pun faktanya, sesuatu yang pasti ialah sembelit jika tidak ditangani boleh menjadi punca penyakit. Ini kerana najis dalam bentuk pepejal akan melekat pada dinding usus besar terutamanya sekiranya anda kerap mengalami sembelit.

Lama-kelamaan ia akan berlaku tindak balas dengan sel-sel pada dinding usus besar. Ia menjadi berasid, pecah kemudian mutasi akan berlaku. Maka terjadilah inflamasi yang seterusnya menjadi masalah polip, bowel pocket/ divertikula, balloon colon, colitis dan akhirnya kanser.

Bagaimanapun ia boleh diatasi sekiranya anda melakukan detoks kolon. Usus besar atau kolon yang sihat mempunyai nisbah bacteria baik sebanyak 85 % dan bacteria jahat 15 %. Kalau anda kerap mengalami sembelit bermakna kandungan bacteria jahat lebih daripada yang baik. Ia juga bermakna, salur pencernaan anda tidak sihat.

Bagaimana dan mengapa ini terjadi? Kadar toksin yang tinggi sama ada daripada makanan dan ubat-ubatan ( termasuk antibiotic ) antara punca yang menyumbang kepada musnahnya bacteria baik dalam usus.

Apakah cara untuk menanganinya? Anda dicadangkan mengambil lebih serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum banyak air kosong. Anda juga digalakkan untuk mendetoks kolon.

Salah satu cara untuk mendetoks kolon adalah dengan mengambil suplemen Herb-Lax Shaklee dan Alfalfa Complex Shaklee.

HERB-LAX SHAKLEE

Mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Sifatnya yang meggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuainnya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat pengambilan Herb-Lax

·        Pembersihan najis yang tersekat

·        Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

·        Membantu masalah sembelit

·        Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara lansung membantu masalah sembelit

·        Mengempiskan perut

·        Ia membantu dalam mengurangkan atau memneri kepejalan pada perut.

 

ALFALFA COMPLEX

Alfalfa complex diperbuat dari tanaman alfalfa ( Medicago sativa ) juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan “. Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan dikenal pasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Manfaat pengambilan alfalfa

·        Mencuci hati, darah dan usus

·        Melawan alahan

·        Baik untuk perubahan patologi di dlaam usus dan perut

·        Menyingkirkan lemak dan kolestrol

·        Melawan tumor

·        Melegakan keletihan

·        Mencegah/ merawat atritis

Detoks kolon sangat penting sebab makan yang dimakan kebanyakan bertoksik. Semua orang perlu detoks. Bila buang air besar, tengok bentuk bahan buangan yang dikeluarkan. Mesti dalam bentuk dan warna seperti pisang.

Masa untuk buang air besar tak lebih dari 10 minit. Kalau ambil masa ½ jam hingga 45 minit, maknanya ada masalah sembelit. Kalau sembelit maknanya kolon tidak sihat. Ia juga menunjukkan kandungan bacteria baik kurang berbanding bakteria jahat.

 

17 Dec 2013

Dehidrasi – Pantau Kehilangan Air


Dehidrasi bermaksud kekurangan cecair di dalam badan yang berpunca daripada kurangnya air atau kehilangan air berlebihan.

Risiko dehidrasi lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak kecil dan bayi kerana luas permukaan badan yang lebih besar. Kandungan air dalam badan mereka juga kurang berbanding dengan orang dewasa. Kehilangan air dan garam galian melalui peluh, air kencing dan kumuhan.

Kadar kehilangan air seimbang dengan kadar pengambilan air. Tetapi keadaan seperti cirit-birit dan muntah mengakibatkan ketidakseimbangan, menyebabkan kehilangan air dan garam galian dalam masa singkat.

Keadaan menjadi lebih teruk jika mereka muntah. Manakala berpeluh dengan berlebihan apabila terdedah kepada suhu yang tinggi juga boleh menyebabkan dehidrasi.

GEJALA

Dehidrasi boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Kanak-kanak yang mengalami dehidrasi ringan mungkin menunjukkan tanda yang amat ketara. Namun keadaan boleh menjadi teruk dalam masa yang amat singkat.

Ringan

§  Lidah dan mulut yang masih lembap

§  Dahaga. Kanak-kanak besar berupaya menyatakan dahaga. Kanak-kanak kecil akan meminta air lebih erap.

§  Warna dan kuantiti air kencing yang biasa.

Sederhana

§  Lidah dan mulut kering

§  Dahaga

§  Air kencing berkurangan dan berwarna pekat

§  Mata cengkung. Untuk bayi, ubun juga berlekuk

§  Kehilangan ketegangan kulit. Kulit dicubit dan dilepaskan tidak kembali tegang.

§  Tekanan darah mungkin normal atau rendah

Teruk

§  Lidah dan mulut amat kering

§  Lesu dan mungkin separa sedar

§  Kulit berasa sejuk apabila disentuh. Berlaku kekejangan otot

§  Air kencing sangat sedikit atau tiada air kencing

§  Tiada air mata apabila menangis

§  Kehilangan ketegangan kulit yang sangat ketara

§  Kadar degupan jangtung yang sangat laju

§  Tekanan darah yang sangat rendah

§  Nadi yang lemah

Rawatan

Dehidrasi dirawat dengan member cecair serta garam secukupnya melalui mulut atau secara intravena. Cecair seperti air kosong dan jus perlu kerap diberikan. Penyusuan susu ibu juga boleh diteruskan.

Bubur nasi didapati berkesan untuk mengurangkan cirit-birit. Pisang, sumber kalium adalah penting. Kekurangan kalium yang hilang ketika muntah dan cirit –birit menyebabkan kelemahan otot dan degupan jantung yang tidak sekata jika tidak ketara.

Anda boleh teruskan memberikan susu seperti biasa. Sekiranya cirit-birit disebabkan masalah intoleransi laktosa, doctor mungkin menasihati supaa menukar kepada susu tanpa laktosa untuk sementara waktu.

Jika simanja sakit dan enggan makan @ minum, berikan serpihan ais untuk dihisap. Ini lebih menyeronokkan dan membekal sumber cecair untuk merawat dehidrasi. Elak daripada minuman berkafein atau bergula tinggi. Kafein atau diuratik menyebabkan kencing berlebihan dan meningkatkan kehilangan air. Gula pula meningkatkan kekerapan membuang air besar.

Sentiasa pastikan anak anda minum banyak air setiap hari dan lebih air apabila anda melihat tanda awal penyakit seperti muntah dan cirit-birit. Jangan tunggu hingga anda melihat tanda dehidrasi. Jika terdapat tanda atau gejala yang membimbangkan atau jika si manja tidak pulih selepas tiga hingga empat hari, segera bawa anak berjumpa doctor.

 

16 Dec 2013

SUSU KURANG ?


Kebanyakan ibu-ibu yang baru bersalin mengeluh kerana mereka tidak mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka. Ada yang berkata sudah mengurut, sudah amalkan petua untuk banyakkan susu, makan makanan yang berkhasiat namun hasil tetap sama susu tidak cukup untuk diberikan kepada si manja.

Susu awal atau turut dikenali sebagai kolostrum yang keluar itu adalah susu! Ia merupakan susu yang sangat berkhasiat dan penting demin membina antibody si manja.

Untuk memastikan penghasilan susu ibu yang berterusan ialah kerapkan sesi penyususan bayi. Ia penting untuk meransang tubuh menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi. Apabila kerap mengosongkan payudara sama ada dengan menyusukan ataupun mengepam, sebenarnya membantu didi menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Bagi mengatasi masalah susu ibu kurang, caranya sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan adalah perlu terus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap.

Bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, menghadkan masa penyusuan ataupun posisi penyusuan yang diamalkan tidak betul.

TIPS EKSKLUSIF MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Perkara berikut perlu  dilakukan oleh ibu semenjak hamil agar Berjaya menyusukan bayi secara esksklusif selama enam bulan dan meneruskannya sehingga bayi berusia dua tahun.

1.      Percaya diri bahawa anda dapat menyusukan bayi.

2.      Mencari maklumat bersama suami mengenai manfaat susu ibu, teknik menyusu, teknik memerah susu badan, kaedah menyimpan susu ibu dan sebagainya.

3.      Mencari kaunselor dan pendukung penyusuan susu ibu, ikuti juga komuniti ataupun forum agar anda dapat berkongsi pengalaman dengan para ibu.

4.      Melahirkan bayi anda di hospital yang menggalakkan penyusuan susu ibu

5.      Segera menyusukan bayi setelah bayi dilahirkan.

6.      Minta agar bayi diletakkan di dalam sebuah ruangan bersama ibu setelah dilahirkan.

7.      Tidak member cecair lain selain dari susu ibu.

8.      Lakukan perahan setelah dua minggu melahirkan bayi untuk dijadikan stok semasa anda keluar bekerja kelak.

12 Dec 2013

Lemak panjangkan usia!


Secara asasnya tubuh memang memerlukan lemak. Tidak semua lemak itu bersifat jahat dan menyingkirkan kesemua lemak dalam diet bukan suatu tindakan yang bijak. Proses biologi dalam tubuh masih memerlukan sejumlah lemak bagi memastikan ia berjalan lancar.

Lemak boleh dibahagikan kepada dua iaitu lemak tepu , lemak tidak tepu dan juga lemak trans. Lemak tak tepu, iaitu lemak yang baik membantu mengelakkan serangan  diabetes, melawan tekanan perasaan, mampu melawan kanser, sakit sendi dan masalah jantung. Malah lemak juga berperanan penting untuk perkembangan otak, mengawal keradangan dan pembekuan darah.

Lemak tidak tepu dibahagikan kepada lemak lemak poli mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu. Lemak mono tidak tepu berperanan menurunkan kadar  kolestrol buruk (LDL) dan meningkat kolestrol baik (HDL) selain membantu meningkatkan kesihatan jantung. Lemak poli tidak tepu pula penting bagi mengawal paras gula kolestrol secara keseluruhan.

Sumber lemak jenis pol tidak tepu  terdiri daripada biji-bijian, kekacang, minyak bunga matahari, jagung, soya, bijan, biji benih flaks dan kacang.

Manakala sumber lemak mono tidak tepu pula ialah biji-bijian dan kekacang seperti kacang tanah, sayur-sayuran berdaun hijau gelap dan bran beras.

Individu yang mengambil lemak tidak tepu mampu hidup lebih lama dan sihat. Tubuh tidak boleh membina beberapa jenis asid lemak yang diperlukan untuk kesihatan. Itulah sebabnya, diet harian haruslah termasuk asid lemak yang punca utama nya adalah daripada ikan dan minyak sayuran.

Ikan laut dalam seperti salmon, tuna, sardin, makeral membekalkan asid lemak perli Omega-3 yang penting untuk memerangi LDL (buruk) kolestrol, melawan keradangan dan melindungi sistem otak dan saraf.

Lemak yang paling berbahaya dan mengancam nyawa dipanggil lemak trans. Walaupun diambil dalam kuantiti yang sedikit, namun jika diambil secara berterusan ia tetap memberikan kesan yang buruk. Ia bukan sahaja meningkatkan kolestrol jahat (LDL) namun turut mengurangkan kolestrol baik (HDL).

Pengambilan lemak trans berlebihan boleh menyebabkan arteri tersumbat, meningkatkan risiko penyakit jantung, strok selain dikatakan menjadi penyebab kanser dan diabetes. Hampir semua makanan berproses menggunakan asid lemak trans seperti mee segera. Biskut, kuih-muih, kek, pastri, kerepek, donat, kentang goreng, salad dressing dan makanan ringan.

Salah satu lemak yang sangat baik diamalkan dalam diet seharian adalah Omega Guard Shaklee yang membekalkan 99.9% asid lemak Omega-3 yang mengandungi DHA dan EPA yang baik untuk kesihatan otak dan jantung.


9 Dec 2013

CARA MENGATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Keguguran rambut merupakan satu masalah yang serius dan boleh menyebabkan individu berasa kurang yakin dengan penampilan diri.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk merawat dan mengatasi masalah keguguran rambut.

ü  Pengambilan makanan berkhasiat yang diperkaya dengan protein dan zat besi. Antaranya telur, daging ayam, makanan gandum, tauge, sayuran hijau, buah-buahan segar, makanan laut, salmon, kunyit dan jintan.

ü  Jangan lakukan rawatan rambut seperti mengerinting, mewarnakan, melurus sehingga rambut kembali normal.

ü  Memotong rambut yang panjang. Ia mengelak rambut banyak yang gugur dan memudahkan juga dalam menguruskan si kecil.

ü  Pemakaian syampu yang di perkaya dengan vitamin B, lebih rendah kandungan bahan kimia atau bahan yang berasaskan organik.

ü  Gunakan sikat rambut yang kurang memberikan tekanan kepada rambut dan kulit kepala iaitu jenis yang lembut.

ü  Minum air secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana dapat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

ü  Mengambil makanan tambahan yang mengandungi multivitamin dan mineral, zink dan protein.

ü  Boleh memotong rambut menjadi pendek dapat mengurangkan masalah rambut gugur dan mudah diuruskan.

ü  Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta kuranfkan tekanan.

Antara vitamin yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan rambut adalah

Ø  ESP – untuk membina sel rambut. Rambut dibina dar protein.

Ø  B Complex – mengurangkan tekanan.

Ø  Zink Complex – mengukuhkan folikel rambut.

Ø  Vitamin E – meningkatkan penyerapan dan peredaran oksigen.

Ø  Vita C Plus – membantu mempertingkatkan peredaran di kulit kepala.

Ø  GLA Complex – Wanita – membantu mengimbangi hormon.



6 Dec 2013

KEGUGURAN RAMBUT SELEPAS BERSALIN.


Masalah rambut gugur adalah antara dilema yang dihadapi oleh ibu selepas bersalin. Rambut gugr menjadi lumrah masalah ibu selepas bersalin dan ianya adalah normal. Kebiasaannya keguguran rambut berlaku dalam dua hingga tiga bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi yang mula menyembur air liur.

Hakikatnya rambut mempunyai fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu apabila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk member laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Lazimnya masalah keguguran rambut tidak dihidapi semasa hamil kerana rembesan hormone dari uri yang menghalang keguguran rambut ketika itu.

Faktor keguguran rambut lepas bersalin.

Perubahan hormone
Hormone progesterone dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi dan ia melambatkan pertumbuhan rambut. Hanya sedikit sahaja rambut yang berada dalam fasa ‘rehat’ dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari dan rambut kelihatan lebih berkilat. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk fasa berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau disikat.

Tekanan
Kesibukan yang dihadapi oleh ibu yang menguruskan bayi baru lahir memberikan tekanan kepada dirinya. Malah keadaan lebih meletihkan apabila ibu juga perlu bekerja. Akibatnya menghadkan masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

Kerap hamil dan bersalin.
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung beberapa kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Ia berlaku kerana tidak menjaga kebersihan rambut yang akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Pemakanan
Sikap tidak mengamalkan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.

1 Dec 2013

Vitamin Penting Sepanjang Tempoh Kehamilan

Sepanjang hamil, zat dan nutrien yang diperlukan bertambah kerana kini pengambilannya bukan untuk diri sendiri sahaja malah untuk perkembangan si kecil dalam kandungan.

Pengambilan vitamin penting dan menjadi kemestian kepada bakal-bakal ibu. Wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum.
Suplemen yang bersesuaian dia awal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan risiko spina bifida dan kecacatan tiub neural. Asid folik turut di sarankan diambil seawal tiga bulan pra-kehamilan apabila merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin dan mineral adalah salah satu suplemen yang penting.

Kenapa perlu banyak vitamin?

Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun, pengambilan vitamin atau vitamin pranatal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan. Suplemen seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya siambil oleh bakal ibu.

Mengambil vitamin dan makanan tambahan yang sesuai akan menambahkan keberkesanan penyerapan dan fungsinya. Multivitamin atau suplemen dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang diambil oleh anda dan membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.
Proses kehamilan akan melalui perubahan fizikal dan hormon yang kadang kala menyebabkan perubahan daripada ketahanan fizikal dan emosi. Jadi, pengambilan multivitamin atau suplemen adalah hanya sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat penting ketika hamil.

Kandungan air dalam badan yang cukup adalah sangat penting sewaktu hamil. Deuratik akan menyebabkan vitamin dan nutrisi yang diserap dibuang melalui pembuangan air kecil. Oleh itu, ibu hamil perlu mengambil air yang mencukupi di samping buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan serat bagi mengelakkan masalah sembelit.

Waktu pengambilan yang sesuai

Bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan suplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu. Kebanyakan vitamin digalakkan untuk diambil selepas makan pada waktu pagi. Hal ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya daripada fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga sepanjang hari. Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang  disarankan ialah sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan lebih berkesan ketika perut kosong.


Pengambilan vitamin dan suplemen adalah penting ketika hamil untuk memastikan kesihatan anda dan kandungan berada pada tahap optimum. Walaubagaimanapun, pengambilan makanan seimbang dan air yang mencukupi adalah kunci utama kepada kesihatan ketika hamil.