cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

28 Nov 2013

PENTINGNYA KALSIUM KEPADA TUBUH


Kalsium adalah penting untuk pengecutan otot, pengaktifan oosit, membentuk tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung, dan keseimbangan bendalir dalam sel.

Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yangs sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal. Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium.

·        Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang. Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.

·        Kalsium sitrat lebih mudah diserap , lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.

·        Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.

·        Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.

Pemakanan
Keluaran tenusu dan kalsium

Susu, yogurt, keju dan lain keluaran tenusu merupakan sumber utama kalsium dan juga diperkuatkan dengan vitamin D. Kalsium adalah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, akan tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia.

Tulang dan gigi yang sihat
Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang. Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.

Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.

Untuk orang yang mempunyai intolerans atau alah kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya biasanya mengandungi kalsium yang dicampur dalamnya.
 
Cara mudah untuk dapatkan kalsium adalah dengan mengambil 2 - 4 biji Ostematrix Shaklee untuk keperluan kalsium setiap hari. Ostematrix Shaklee telang dilengkapi dengan kalsium, maganasium dan Vitamin D yang seimbang untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum.

25 Nov 2013

RISAU ANAK OBES?


Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja telah menjadi satu perkara yang tidak lagi dipandang remeh oleh para doktor dan pengamal perubatan di seluruh dunia.

Ini kerana obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah berkait rapat dengan kualiti hidup yang tidak bagus terutamanya mengenai masalah keyakinan diri. Di samping itu, ia juga sangat berkait rapat dengan masalah kardiovaskular apabila meningkat dewasa.

Peratusan kanak-kanak lebih berat badan dan obes adalah lebih banyak di negara-negara maju berbanding negara membangun seperti Malaysia. Di Malaysia peratusan kanak-kanak obes semakin meningkat di mana lebih ramai kanak-kanak lelaki yang obes berbanding kanak-kanak perempuan.

Punca obesiti terbahagi kepada dua. Pertamanya; obesiti primer yang selalunya di sebabkan ketidakseimbangan dan pengeluaran tenaga. Kedua; obesiti sekunder yang puncanya boleh terjadi rentetan daripada masalah perubatan seperti sindrom ‘cushing’, ubat-ubatan, penyakit kurang tiroid atau masalah genetik seperti sindrom “prader-willi” dan lain-lain.

PUNCA

Terdapat beberapa kumpulan faktor yang telah dikenal pasti sebagai mempunyai risiko dan menyumbang kepada kegemukan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Antaranya adalah:

IBU DAN BAPA YANG OBES . Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa obes adalah 10 kali berisiko menjadi obes.

KEADAAN IBU SEMASA MENGANDUNG . Ibu yang mengalami penyakit diabetes semasa mengandung dilihat mempunyai anak yang obes. Begitu juga dengan ibu yang merokok semasa hamil

BERAT BAYI YANG NAIK MENDADAK . Pada umur 4 bulan atau bayi yang berada di tahap tertinggi di graf berat badan pada umur 8 ke 18 bulan dilihat lebih cenderung menjadi obes.

KURANGNYA AKTIBITI FIZIKAL . Menonton televisyen sambil mengambil snek mengandungi banyak kalori dan minum karbonat yang tinggi kandungan gula telah terbukti meninggikan risiko kanak-kanak menjadi obes.

DIET ; Kanak-kanak yang tidak mampu mengambil sarapan pagi adalah lebih beririko untk obes. Pengambilan makanan dalam bahagian yang besar mengandungi lemak dan gula yang berlebihan akan meningkatkan berat badan.

CARA HIDUP  dan persekitaran di rumah dan sekolah juga memainkan peranan yang penting. Makanan yang berkalori tinggi yang dijual di sekolah serta restoran makanan segera amat menarik minat kanak-kanak. Tambahan pula sekiranya makanan yang serupa di masak juga dirumah seperti “nuget segera” dan lain-lain makanan segera.

Antara srategi atau langkah pencegahan yang mempunyai impak adalah:

·         Lebihkan aktiviti fizikal – galakkan anak untuk menceburi lebih banyak aktiviti fizikal di sekolah mahupun di luar sekolah.
·         Persekitaran yang menggalakkan aktiviti fizikal – mengadakan persekitaran rumah atau sekolah yang lebih cenderung untuk aktiviti fizikal.
·         Hadkan masa menonton TV atau bermain komputer
·         Kurangkan amalan makan diluar
·         Buat diari atau jadual pemakanan
·         Sediakan makanan mengikut piramid makanan

·         Ambil makanan yang berkhasiat.

20 Nov 2013

MENGAPA PERLU MENGAMBIL OMEGA-3?


Menyentuh mengenai Omega-3, adakah anda tahu apa sebenarnya Omega-3? Omega-3 atau juga dikenali sebagai asid lemak omega-3 merupakan sejenis lemak baik yang boleh didapati daripada ikan, telur, kekacang dan sayuran seperti bayam dan brokoli.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa bezanya diantara Omega-3 daripada ikan dan kekacang juga sayur-sayuran. Omega-3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA dan di dalam sayuran dan kekacang dikenali sebagai ALA.

DHA dan EPA didapati mempunyai manfaat yang lebih berbanding ALA. Namun begitu sebahagian kecil daripada ALA akan ditukarkan kepada EPA da ALA oleh badan.

Bukan itu sahaja, Omega-3 juga dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, simptom kemurungan, sakit sendi dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pengambilan Omega-3 dapat menghalang penyakit-penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan.

Omega-3 dipercayai dapat mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis ( penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung).

KEBAIKAN PENGAMBILAN OMEGA-3

* Kolestrol rendah
·         * Tekanan darah rendah
·        * Mencegah penyakit kardiovaskular
·        Meningkatkan daya ingatan
·         Mencegah beberapa jenis kanser
·        Perlindungan terhadap alzheimer dan dementia ( nyanyuk )
·         Mengurangkan keradangan

SUMBER PEMAKANAN ASID LEMAK OMEGA-3

ü  ikan laut dalam seperti salmon, tenggiri, halibut, sardin dan tuna
ü  biji gandum atau bijirin
ü  minyak kanola
ü  kacang soya dan minyak kacang soya
ü  minyak kacang
ü  biji labu
ü  minyak biji perlia
ü  rumpai laut
ü  udang krill

SUMBER TAMBAHAN OMEGA-3

Ø  kapsul minyak ikan
Ø  minyak udang krill
Ø  minyak bijirin

Ø  rumpai laut yang diperoleh dha tambahan

lagi mudah dengan hanya mengambil satu biji softgel Omega Guard Shaklee setiap hari bagi memenuhi keperluan Omega-3 untuk kesihatan.



15 Nov 2013

Vita Sustained Release -C Plus
With Citrus Bioflavonoids Complex and Sustained Release System!
The “do-everything” nutrient, vitamin C is an excellent antioxidant that has a wide range of functions in the human body. Your body needs vitamin C to supports healthy skin, collagen, bones, teeth, gums, muscle, cartilage, skin and blood vessels. Other than that, vitamin C may also help to protect against cell demage caused by environmental pollution, stress, smoke and poor eating habits.
Our bodies cannot make or store vitamin c, and since it is lost during everyday activity, it needs continuous replenishment. However, various types of citrus fruit we consume everyday actually supply only a small amount of vitamin c. A medium orange, for instance, contains only 66 mg of vitamin C; half a grapefruit contains only about 37 mg. All natural Sustained Release Vita-C Plus helps to provide Vitamin C as needed.

Why chose Shaklee Sustained Release Vita-C Plus?

·         All natural-source, high potency 500mg vitamin C. Shaklee uses vitamin C derived from corn starch ( “ natural-source vitamin C” ) to provide the bulk of the label claim of vitamin C. The vitamin C produced in this way is the same molecule that occurs in citrus fruit.

·         A Proprietary Sustained Release System that gradually release vitamin C into your body over a 5 hours period, ensuring that vitamin C is available when your body needs it. Its equivalent to eating 1.5 oranges every hour for 5 housrs!

·         Shaklee mimics mother Nature by adding to our tablets other natural ingredients that cntain vitamin C and closely related compounds. Our sustained Release Vita-C Plus tablets is added with 120mg of citrus Bioflavonoids Complex. Bioflavonoids are thought to enchance the absorption of vitamin C, and possibly to prolong the effectiveness of it as well.

Do you know?

Bioflavonoids acts together with Vitamin C to help maintain the thin walls of the capillaries; therefore may help to prevent bleeding or bruising. Bioflavonoids have been linked to having an antibacterial effect, stimulating bile production, promoting circulation, maintain healthy cholesterol level and vision health, even assisting with fighting allergies, asthma etc.


Bioflavonoids are also effectively used in the treatment of sport injuries as they are pain relieving. They may also be used in relieving pain in the legs and across the back.

PENTINGNYA PENGAMBILAN VITAMIN SEMASA BERPANTANG


Ibu yang lepas bersalin selalunya mengalami luka-luka luaran mahupun dalaman termasuk di bahagian rahim. Memang benar, ibu boleh mengambil makanan secara semulajadi untuk pemulihan badan. Tetapi anda juga bpleh mengambil suplemen suplemen iaitu vitamin sebagai tenaga tambahan untuk kembali segar dan sihat. Apakah keperluan dan kepentingan setiap vitamin ini?  Vitamin apakah yang dicadangkan untuk ibu selepas bersalin? Jom kita lihat.

Zat besi
Memandangkan para ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tidak bermaya. Ibu-ibu baru lepas bersalin dan perlu untuk menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B Complex
Pengambilan B complex juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping membantu menstabilkan hormone badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C
Vitamin C adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin yang larut dalam air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibody secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan baik pilih dari proses kelahiran.

Zink
Vitamin ini adalah antara galian yang sangat penting dalam proses pemulihan. Zink membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zink. Pengambilan zink bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.



Dapatkan set bersalin dari Shaklee hari ini. Shaklee telah menyediakan pelbagai jenis vitamin mengikut keperluan kesihatan. Jangan segan silu untuk pm saya untuk dapatkan harga terbaik mampu milik dari saya... selamat berpantang...

8 Nov 2013

Berdiet dengan ikan? Bagaimana?


Umum mengetahui bahawa ikan merupakan sejenis makanan yang sihat, rendah lemak serta kaya dengan protein yang tinggi sekali gus menjadi sumber penting untuk asid lemak omega 3.

Bagi mereka yang inin berdiet, ikan adalah pilihan yang  tepat kerana mineral, vitamin serta nutrisi yang diperlukan tubuh terkandung di dalamnya. Jadi, bagi penggemar daging dan keju, mereka hanya perlu mengambil sedikit sahaja makanan tersebut kerana bahan protein telah pun diperoleh daripada ikan.

Terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan bagi memasukkann ikan ke dalam program diet anda. Ini termasuklah dengan merebus, memanggang dan mengukus. Berikut adalah antara faedah yang boleh diperoleh apabila diet ikan diamalkan.

RENDAH TEKANAN DARAH
Dikatakan, minyak ikan mampu menurunkan kadar tekanan darah tetapi anda tidak digalakkan mengambilnya sera berlebihan. Memadailah dengan satu hingga dua sudu sehari bagi mengoptimumkan tahap kesihatan.

TURUNKAN BERAT BADAN
Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan di Universiti of Georgia, minyak ikan memang kaya dengan DHA. Ia dipercayai berupaya menghentikan penukaran pra sel lemak ke dalam sel lemak hingga mengurangkan focus lemak secara keseluruhannya. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan kapsul minyak ikan yang diikuti dengan latihan olahraga yang teratur boleh menurunkan lebih banyak lemak berbanding senaman tanpa bantuan dari minyak ikan.

KURANG RISIKO PENYAKIT KANSER
Omega 3 yang terdapat di dalam ikan dikatakan mampu mencegah penyakit kanser yang berbahaya iaitu payudara dan prostat. Kandungan minyak ikan tersebut juga secaa tidak lansung membantu pesakit meringankan derita penyakit hiperlipidemia.

CERGASKAN OTAK
Asid lemak omega 3 sangat bagus untuk perkembangan otak. Ia scara tidak lansung membantu untuyk meningkatkan focus mental anak-anak serta orang dewasa mengenai sesuatu perkara. Pengambilan minyak ikan berupaya mengukuhkan tahap memori seseorang tidak kiralah sama ada bayi atau kanak-kanak.

MELEGAKAN MASALAH KERADANGAN
Minyak ikan mempunyai sifat anti-inflamasi. Kerana itulah ia cukup efektif bagi mengurangkan masalah radang dalam darah. Asid lemak omega 3 khususnya EPA banyak ditemuai dalam minyak ikan sekali gus member kesan yang positif untuk meredakan seni, radang prostat dan radang pundi kencing.

MENYIHATKAN MATA
Dipercayai, pengambilan ikan dalam diet harian mampu memperbaiki masalah penglihatan. Ia mampu mencegah penyakit glaucoma dan sindrom mata cepat kering. Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa individu yang mengambil setidak-tidaknya dua jenis ikan seminggu berisiko rendah diserang masalah kebutaan di usia muda berbanding individu yang tidak pernah makan ikan.

RESEPI AWET MUDA
Ikan yang diambil dalam kuantiti betul mampu memperbaiki sekali gus memelihara kulit agar sihat dan berkeadaan baik. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Rezearch, asid lemak omega 3 EPA yang ditemui di dlaam minyak ikan berupaya mencegah masalah kulit kerepot seterusnya melambatkan proses penuaan. Pada masa sama, ia turut menjaga kulit dari rosak akibat pancaran sinaran matahari.
 
OMEGA GUARD Shaklee adalah yang terbaik. Diekstrak dari ikan laut air sejuk. Omega Guard merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi. Satu kajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.
 
 

 

4 Nov 2013

10 MAKANAN TERBAIK UNTUK RAMBUT


Penampilan anda tidak hanya dipengaruhi oleh produk kecantikan yang digunakan setiap hari. Ia juga bergantung pada apa yang anda makan dan minum. Perlu difahami bahawa pertumbuhan rambut juga turut dipengaruhi oleh apa yang anda makan. Makanan yang tepat dapat menyuburkan rambut dan membuatkan rambut lebih lembut, halus dan bersinar.

Berikut adalah 10makanan yang membantu membuatkan rambut menjadi halus, lembut dan bersinar jika diamalkan secara rutin.

1 SALMON
Ikan salmon sangat kaya dengan asid lemak omega 3 yang sihat untuk menyuburkan rambut.Omega 3 ini juga berkhasiat untuk  memberikan kesan rambut bersinar dan halus.Fakta mengatakan bahawa makanan yang mengandungi omega 3 dapat membantu keadaan kesihatan rambut secara keseluruhan. Jika tubuh anda kekurangan nutrisi omega 3, rambut mudah rapuh. Untuk alasan ini, penting untuk makan  makanan yang mengandungi nutrisi omega 3.


2.  SAYURAN HIJAU
Sayur bayam. Kangkung dan sayuran hijau yang lain mengandungi  jumlah vitamin A dan C tinggi yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan rambut yang siaht dan kuat. Oleh itu pastikan anda memasukkan sayur-sayuran dalam menu harian anda. Hal ini kerana memang sudah terbukti bahawa sayur-sayuran mampu menyihatkan rambut.


3. TIRAM
Tiram kaya dengan zink. Kekurangan zat ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Selain rambut, kekurangan zink juga boleh menyebabkan bulu mata mudah gugur serta menyebabkan kulit kepala kering dan bersisik. Anda jga boleh mendapatkan zink daripada beberapa bahan makanan seperti bijirin dan roti gandum. Walau bagaimanapun tiram juga kaya dengan kandungan protein. Tanpa peotein yang cukup. Tubuh anda tidak dapat menggantikan rambut yang gugur setiap hari.


4. DAGING PUYUH
Menu yang sering dianggap luar biasa ini kaya dengan protein, zink, zat besi dan vitamin B.kandungan dalam daging puyuh mampu menjaga helaian rambut agar kuat dan tidak mudah rapuh. Hal ini kerana sebahagian besar rambut dibangunkan oleh protein.


5. UBI
Ubi merupakan bahan makanan yang kaya dengan beta karotena. Beta karotena sendiri merupakan bahan yang diolah oleh tubuh menjadi vitamin A. Vitamin ini membantu melindungi dan menghasilkan minyak yang menguatkan kulit kepala. Oleh kerana itu, kekurangan vitamin A boleh membuatkan seseorang berasa gatal kulit kepala hingga mengalami masalah kelemumur. Pilihan ubi terdiri daripada ubi keledek, ubi kayu, ubi kentang dan sebagainya.


6. KIWI
Buah kiwi bukan sahaja sedap dimakan tetapi mewah dengan jumlah vitamin A yang membantu melindungi helaian rambut anda. Buah kiwi merupakan sumber makanan terbaik untuk kulit kepala.


7. BERI BIRU
Buah super eksotik ini sememangnya kaya dengan vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk sistem pengaliran darah pada kulit kepala.kandungan vitamin C  juga menyokong pembuluh darah kecil menyalurkan zat pada folikel rambut. Kurangnya vitamin C bolah menyebabkan kerosakan pada rambut.


8. SUSU RENDAH LEMAK
Susu rendah lemak merupakan sumber protein tinggi yang mengandungi vitamin D dan nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan rambut. Terbukti bahawa susu rendah lemak bukan sahaja untuk mengawal berat badan tetapi dalam masa yang sama merupakan makanan hebat untuk rambut anda.

9. KACANG- KACANGAN
Makanan ini memiliki kandungan tinggi vitamin, zat besi, zink dan mineral penting. Ia dapat menghasilkan rambut yang sihat dan kuat. Makanan ini juga merupakan sumber protein tanpa lemak.


10. TELUR

Telur juga merupakan sumber protein tanpa lemak. Sumber makanan ini juga turut mengandungi jumlah vitamin B yang tinggi dan amat diperlukan untuk kesihatan rambut. Seelok-eloknya pilih telur omega 3 atau telur organik.


Mudahkan nak dapat rambut yang cantik menawan...Hanya dengan makan makanan yang berkhasiat. Sungguh pun kita bertudung, namun penjagaan rambut tidak harus diabaikan.

3 Nov 2013

CANTIK MELALUI IBADAT


1. Kecantikan bermula dari dalam diri. Justeru, elemen pemakanan dalam islam amat dititik beratkan terutamanya pengambilan banyak buah-buahan dalam diet harian dan mengharamkan alkohol.

2. Amalkan makan tamar Nabi Ajwa. Pengambilan kurma istu sebanyak tujuh biji sebelah pagi dan petang, dapat mengelakkan diri daripada terkena sihir yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak terurus dirinya. Kajian sains menunjukkan khasiat dalam kurma itu amat tinggi dan dikatakan agen keremajaan kerana individu yang mengamalkan pemakanannya, kelihatan muda dengan kulit wajah lebih tegang dan muda.

3. Islam menggalakkan umatnya berpuasa kerana ia mendatangkan kebaikan kepada mental dan fizikal. Justeru amalan berpuasa sunat, selain mendapat pahala, akan turut mampu memancarkan kecantikan dalaman dan terserlah daripada luaran.

4. Kesan solat lima waktu amat menakjubkan. Air sembahyang yang diambil menerusi bacaan Bismillah serta turutan merata ke anggota badan, dapat mengubahkan molekul air kepada bentuk cantik, yang memberi kesan kesegaran kepada kulit. Gerakan dalam solat mempunyai hikmah kesegaran kepada individu, justeru orang yang kerap bersolat, wajahnya lebih tenang, redup dan berseri.

5. Individu kerap berjaga malam dengan bersolat dan membaca al-Quran turut membantu kekuatan dalaman. Justeru kehebatan itu terserlah pada muka dan tingkah lakunya.

2 Nov 2013

6 tabiat buruk rosakkan kacantikan


1.       Tidur tidak tentu masa
Paling penting anda harus memastikan masa tidur anda teratur kerana tidur yang tidak cukup dan tidak teratur memberi kesan pada bawah mata. Secara tidak lansung membuatkan kulit anda tidak bermaya dan kusam

2.       Kotoran pada telefon bimbit
Tanpa anda sedari telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas, diatas meja kotor dan di dalam beg yang penuh dengan habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon tersebut. Jadi bersihkan terlebih dahulu telefon sebelum menggunakannya.

3.       Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya anda makan. Sedangkan anda sudah tahu makanan berminyak dan berkolestrol tinggi adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat dan dan timbul masalah lain. Jadi sebaiknya cubalah anda mengawal pemakanan kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah anda akan kekal sihat dan cergas.

4.       Kerap mengerutkan mata
Anda yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata? Perlu diingatkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit anda cepat berkerut dan kelihatan tua.

5.       Malas ganti sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah anda akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria. Sekiranya anda malas menggantikan sarung bantal, hal ini bermakna anda akan tidur di atas timbunan bakteria.

6.       Menjadikan dir sebagai bahan eksperimen

Daripada satu produk ke satu produk anda telah gunakan. Malah anda menjadikan diri sebagai bahan eksperimen sehingga memberikan kesan yang sangat buruk kepada kulit. Jangan mmudah terpengaruh dengan cadangan teman-teman ataupun iklan. Lain orang lain kesan penggunaannya.