cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

29 Jun 2013

SAYANGI JANTUNG ANDA

Jantung ialah satu organ yang terdapat dalam tubuh kita. Ia terbina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jalinan salur darah mengelilinginya.
Bila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup orang itu dikatakan mengidap SAKIT JANTUNG.
Punca utama yang selalu berlaku ialah saluran darah menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi oleh lemak terutamanya KOLESTROL.
Jika saluran darah menjadi sangat sempit ada bahagian jantung yang tidak dapat bekalan darah yang cukup. Ini mengakibatkan berlakunya SAKIT DADA.
Pesakit merasakan dadanya seolah-olah diikat. Rasa sakit ini mungkin merebak ke tengkuk dan tangan.
Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari otot jantung akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai SERANGAN SAKIT JANTUNG.
Jika kerosakan itu terlalu teruk pesakit mungkin MATI. Oleh itu, bila terasa sakit dada segeralah pergi ke hospital. Jangan tunggu. Ia mungkin akibat serangan jantung.
FAKTOR-FAKTOR MEMUNGKINKAN BERLAKUNYA SERANGAN JANTUNG
MEROKOK - Merokok menambahkan kemungkinan sakit jantung sebanyak 3 hingga 6 kali. Badan yang terdapat asap rokok akan:-
·         Mempercepat pembekuan darah.
·         Merosakkan saluran darah dan menggalakkan pemendapan lemak di dinding saluran darah.
·         Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
TEKANAN PERASAAN – Bila seseorang mengalami tekanan perasaan degup jantungnya meningkat dan tekanan darahnya juga turut meningkat.
KANDUNGAN LEMAK YANG TINGGI DALAM BADAN – Ini berlaku bila seseorang itu terlalu banyak memakan makanan yang tinggi kandungan lemaknya seperti mentega, minyak sapi, keju dan daging berlemak. Lebih tinggi kandungan lemak lebih tinggi pula risikonya.
KURANG SENAMAN – Meningkatkan kemungkinan sakit jantung sebanyak 2 kali. Senaman penting bagi menguatkan otot dan memperbaiki pengaliran darah ke jantung. Lebih penting ia merupakan satu cara menghapuskan tekanan perasaan.
DARAH TINGGI – Ini menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Hasilnya jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu. Akibatnyasaluran darah menjadi lebih tebal yang menambahkan lagi halangan untuk pengaliran darah. Lebih tinggi tekanan darah lebih besar pula kemungkinan serangan SAKIT JANTUNG.
KENCING MANIS -  Mereka yang menghidap kencing manis mempunyai 2 hingg 3 kali kemungkinan serangan sakit jantung.
LANGKAH PENCEGAHAN
·         Jangan merokok
·         Kurangkan memakan makanan yang tinggi kandungan lemaknya
·         Bersenamlah selalu
·         Dapatkan rehat yang cukup
·         Makanlah ubat mengikut arahan doktor jika anda menghidap tekanan darah tinggi atau kencing manis.


21 Jun 2013

KEPENTINGAN ASID FOLIK SEBELUM DAN SEMASA KEHAMILAN


Ramai yang tidak menyedari kepentingan asid folik sebelum hamil. Sedngkan ia sangat penting untuk pertumbuhan janin yang bakal dikandungi.

Kebanyakan wanita tahu kewujudan suplemen asid folik hanya setelah disahkan hamil. Padahal suplemen berkenaan sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara tiga hingga enam bulan sebelum hamil.

Asid folik atau folat juga dikenali sebagai vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukan DNA dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak dalam sel.

Jika seseorang wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal dikandung akan terjejas. Hal ini dibuktikan menerusi kajian yang pernah dijalankan pada tahun 1960 di mana para pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik di dalam tubuh wanita hamil dengan penyakit akibat asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Asid folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau lansung tidak terbentuk (anecephaly / encephalocele) dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida). Hal ini kerana pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik sangat membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Selain daripada itu, ia turut mendatangkan kebaikan apabila dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan risiko keguguran, lahir mati @ kelahiran pra matang, serta kekurangan darah(anemia). Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukan bahawa pengambilan suplemen asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction), dan kecacatan pada sistem pembuangan pada air kencing.

Kajian juga menunjukkan bahawa kecacatan-kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting utuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga.

anecephaly / encephalocele – adalah nama yang diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya dia akan mati sejurus selepas dilahirkan.

spina bifida -  adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Oleh sebab itu, suplmen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja dia disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur , wanita berkenaan akan dinasihatkan untuk mengambil suplemen asid  folik setiap hari sekurang2nya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 mingguu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pesat.

Jadi ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini kerana ia adalah agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan suplemen asid folik tiga hingga enam bulan sebelum merancang hamil sangat penting kerana ia membolehkan tubuh anda telah bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

19 Jun 2013

APA ITU PROTEIN? DAN KEBAIKAN PENGAMBILAN PROTIEN


Protein adalah ‘blok pembinaan’ bagi setiap sel dalam badan. Ia merupakan 16-20% jumlah berat badan dan adalah penting untuk setiap fungsi badan... tanpa protein yang mencukupi, semua nutrient dan sel tidak dapat menjalankan tugasan mereka dengan sebaik mungkin.

Membekalkan nutrient dan menyokong pertumbuhan bayi

·       Sumber protein yang tidak menggemukkan untuk wanita mengandung agar dapat mengelakkan pertambahan berat badan berlebihan semasa hamil.

·       Membantu tumbesaran bayi dan menggalakkan kulit bayi yang cerah.

·       Membekalkan asid amino penting kepada wanita menyusu agar meningkatkan bekalan susu ibu, mempercepatkan penyembuhan selepas melahirkan anak dan pengembalian kepada bentuk badan asal yang lansing.

Sedang berdiet?

·       Mereka yang mengamalkan diet protein tinggi kehilangan 74.5% lebih lemak berbanding diet biasa.

·       Protein mengurangkan rasa lapar seterusnya mengelakkan keinginan untuk makan secara berlebihan supaya dapat mengekalkan bentuk badan yang langsing dan tegap.

·       Dengan protein anda akan pulih lebih cepat daripada keletihan atau kerosakan otot .

·       Makanan tambahan protein membantu anda untuk mengurangkan berat badan dan membina jisim otot.

Meransang minda untuk kecemerlangan di sekolah atau di tempat kerja

·       Protein membantu meningkatkan prestasi kognitif, fungsi mental dan masa tindak balas.

·       Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal nutrisi klinikal melaporkan peningkatan orientasi serta keputusan ujian lisan dan kefasihan bahasa yang lebih baik dikalangan mereka yang mengamalkan diet protein tinggi.

·       Protein juga meningkatkan tahap serotonin (hormone ‘berasa baik’) untuk menentang tekanan.

Kulit, rambut dan kuku yang cantik

·       Protein adalah penting untuk penjagaan kulit berbanding sebarang produk topical.

·       1/10 daripada protein dalam badan ditemui pada kulit kita.

·       Tanpa ‘blok pembinaan’ yang mencukupi ini, produk penjagaan kulit tidak dapat melaksanakan tugasannya dengan sempurna.

·       Tambahan pula, 88% rambut adalah terdiri daripada protein.

·       Protein juga membantu menguatkan rambut dan menjadikannya lebih berdaya tahan terhadap kesan penggunaan pengering rambut yang kerap serta bahan kimia daripada pewarna dan pengerinting rambut.

·       Rambut akan gugur atau menipis sekiranya anda tidak mendapat protein dengan secukupnya.

Kekal aktif dan bebas bergerak diusia emas.

·       Warga emas memerlukan protein untuk mengekalkan kkuatan otot mereka.

·       Tanpa protein yang mencukupi, otot-otot akan menjadi lemah seterusnya meningkatkan risiko mereka untuk jatuh dan mengalami keretakan tulang.

·       Sokongan otot belakang yang lemah juga boleh menyebabkan kesakitan dan menghadkan pergerakan.


Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)  merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

ESP Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. ESP  ini adalah diperkaya kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di

https://www.facebook.com/mia.sara.33234


7 Jun 2013

ADAKAH ANDA MAKAN SEMUA WARNA?



Tidak ramai diantara kita yang mengambil tahu tentang khasiat sayur-sayuran, ada sesetengahnya pula mementingkan rasa. Kalau sedap barulah makan. Kalau tidak, jangankan rasa, beli pun tidak. Disebabkan faktor inilah, kanak-kanak zaman sekarang kurang makan sayur jika dibandingkan anak-anak kecil zaman dahulu.

 
Adalah bagus jika kita dapat mengambil kesemua jenis warna sayuran kerana ia memekalkan nutrisi yang berbeza-beza. Ini kerana setiap warna mengandungi fitonutrien atau nutrien tumbuh-tumbuhan berlainan yang bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel dan mempunyai manfaat kesihatan tersendiri.


Makan sayur-sayuran pelbagai jenis dan warna setiap hari adalah penting. Garis panduan pemakanan Amerika Syarikat menyarankan diet yang mengandungi 9-13 sajian sayur-sayuran yang berwarna-warni dalam sehari supaya tubuh kita mendapat nutrisi yang seimbang.

 
APAKAH ITU FITONUTRIEN?

Fitonutrien adalah nutrisi tumbuhan yang membantu dalam pelbagai fungsi tubuh. Fitonutrien bertindak sebagai antioksidan, membantu mengawal atur metabolisma, aktiviti enzim dan mungkin membantu mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit kronik.

Lebih 200 jenis daripada 25000 bahan tumbuhan yang ada telah dikenal pasti berguna dalam mencegah penyakit. Itulah sebabnya fitonutrien semakin dikenali sebagai vitamin untuk abad ke -21.

 
WARNA MERAH

Mengandungi likopen iaitu sejenis zat yang berperanan memelihara kesihatan sel dan mampu mengurangkan risiko barah/ kanser. Selain itu, sayuran merah juga mengandungi asid elagik untuk menjaga kesihatan kelenjar prostat dan asid deoksiribonukleik ( DNA ) di dalam sel. Tomato turut mengandungi vitamin C bertindak sebagai antioksidan sekaligus meminimumkan risiko kanser panreas dan radang usus. Pengambilan tomato turut dapat mencegah penyakit jantung dan mengawal tekanan darah.

Contoh : tomato, bayam merah, cili

 
OREN / JINGGA TERANG

Kaya dengan alfa karotein, beta kerotiena, beta kriptozantin dan hesperidin yang penting untuk kesihatan mata, serta bertindak sebagai anti kanser dan antioksida. Misalnya, seperti pengambilan lobak merah pada setiap hari selain memperbaiki daya penglihatan, ia juga untuk kesihatan jantung. Selain itu, ia turut bertindak untuk mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Contoh : lobak merah,keledek


WARNA KUNING

Mengandungi vitamin C untuk melindungi sel tubuh. Ia juga mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan) yang berfungsi mengurangi keradangan. Pengambilan sayur berwarna kuning terang ini turut melancarkan pencernaan serta membantu memelihara daya tahan tubuh.

Contoh : labu, lada benggala kuning.

 
WARNA BIRU & UNGU

Mengandungi kuersetin, rasveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin. Ia mempunya ciri antioksidan yang kuat,berperanan penting melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit serta melancarkan proses pencernaan dengan menurunkan kadar kolestrol dan asid hempedu di dalam usus.

Sayuran berwarna ungu seperti terung dan kubis ungu sangat baik diamalkan pengambilannya pada setiap hari. Terung misalnya mengandungi pectin yang berfungsi untuk menurunkan kolestrol dalam jumlah yang cukup banyak. Zat lutein, zeaxanthin, resveratrol, vitamin c, serat, flavonoid, asam elagik, dan kuersetin sangat baik untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh, merendahkan bacaan kolestrol LDL, meningkatkan penyerapan kalsium dan mengurangkan pertumbuhan tumor.

Contoh : terung, kubis ungu


WARNA PUTIH

Mengandungi alisin, kuersetin, insoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin bagi mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah serta meransang fungsi enzim dalam badan. Contoh sayur berwarna putih ialah lobak putih, cendawan, kubis bunga, bawang putih dan kentang. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko radang usus besar, kanser payudara, kanser prostat, serta dapat meningkatkan keseimbangan hormon.

Contoh : lobak putih, sengkuang, kentang


WARNA HIJAU

Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotien dan epigallocatechin gallate (EGCG) untuk kesihatan paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati serta meningkatkan penyerapan kalsium. Klorofil yang terdapat dalam sayuran hijau, bertindak sebagai antikanser. Kandungan serat yang erdapat di dalam sayuran hijau dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol LDL. Sayuran hijau turut mengandungi kalsium sesuai untuk pembentukan gigi serta tulang yang sihat dan kuat. Selain itu, banyak makan sayur hijau juga dapat mencegah osteoporosis dan memperbaiki penglihatan mata.

Contoh : brokoli, timun, kacang botol, sayur kangkung, sawi.

 

 

6 Jun 2013

CARA SIHAT TAMBAHKAN BERAT BADAN

Anda kurus? Dah cuba macam macam tapi badan tetap tak naik? Masalah berat badan bukan sahaja tertumpu pada berat badan berlebihan, tetapi  berat badan berkurangan juga dikategorikan sebagai masalah berat badan.
perlu diketahui, tubuh yang terlalu kurus juga berbahaya kerana kurang zat dan nutrisi. Jika berat badan yang kurang daripada ukuran ideal, sebaliknya ambil langkah segera untuk menambah berat badan. Namun tidak bermakna anda boleh makan apa sahaja bagi menambah berat badan. Ada cara sihat untuk menambah berat badandi samping mendapatkan  kesemua nutrisi yang diperlukan tubuh secukupnya. Jom ikuti tip menambah berat badan secara sihat .
AMBIL KARBOHIDRAT
Tbuh memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Jika ingin menaikkan berat badan, anda perlu mengambil karbohidrat mencukupi. Sumber karbohidrat yang baik berasal dari buah-buahan, sayur-sayuran dan gandum penuh.
Karbohidrat sihat juga boleh didapati daripada beras merah, roti, dan bijirin dari gandum penuh. Gandum penuh merupakan sumber serat dan nutrisi. Makanlah ketika sarapan atau di antara waktu makan utama. Sebaiknya pilih yang bebas gula, atau hanya mengandungi sedikit gula.
PROTEIN
Tubuh kita memerlukan protein untuk pembentukan otot, struktur organ dan menjaga fungsi sistem imunisasi tubuh. Pilih dengan cermat sumber protein. Contohnya anda boleh dapatkan dari aging ikan, ayam dan kekacang. Selain itu , daging merah juga boleh dimakan tetapi ambillah hanya dua kali seminggu. Pilih daging segar dan hindari daging olahan tau seperti sosej, bolognese, pepperoni atau daging burger.
LEMAK
Lemak diperlukan tubuh sebagai cadangan tenaga. Ia membantu menjaga kesihatan rambut, kulit dan fungsi saraf di samping menyumbang pada penambahan berat badan. Justeru, anda harus berhati-hati dalam pengambilan lemak. Ambil lemak sihat seperti omega-3 dan omega-6. Pun begitu, biarpun lemak yang siaht, pengambilannya juga perlu diperhatikan. Ambil sikit sudah memadai.
VITAMIN
Ambil sayu-sayuran dan buah-buahan beraneka warna agar keperluan vitamin tubuh dapat dipenuhi. Campurkan beberapa buah dan sayuran dalam menu anda setiap hari. Pada dasarnya, hampir semua buah mengandungi vitamin A,C,E,D,B,K dan sebagainya. Makan sedikit, antara lima hingga enam sajian buah serta sayuran segar srtiap hari.
MINERAL
Kalsium, zat besi, zink, fosfor, iodin, natrium, kalium, dan fluorin merupakan jenis – jenis mineral yang diperlukan tubuh. Mineral ini berfungsi membentuk serta menjaga kepadatan tulang dan gigi, membentuk hemoglobin dalam darah, mengatur kelancaran kerja otot, dan fungsi-fungsi lainnya. Hampir semua bahan makanan mengandungi mineral iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, daging merh, garam, susu dan keju.
AIR PUTIH
Minuman sihat seperti jus limau, jambu, mangga atau smoothie sayuran adalah minuman menyihatkan selagi tidak ditambah gula atau gula berlebihan didalamnya. Tetapi, minuman terbaik adalah air putih. Ia berkhasiat menghilangkan racun dai dalam tubuh, melancarkan sistem pencernaan, menjaga kelembapan kulit, menjaga kesihatan buah pinggang dan sebagainya. Minumlah sekurang-kurangnya dua liter air putih setiap hari.
OLAH RAGA
Tubuh anda akan berisi dan tidak sihat juka tidak mengamalkan olahraga. Latihan kardio seperti joging, jalan cepat atau aerobik boleh membantu membuat tubuh lebih cergas walaupun agak berisi. Lakukan juga rutin angkat beban. Latihan ini boleh membentuk dada dan lengan agar lebih tegap.
JAUHI MAKANAN RINGAN
Hentikan kebiasaan anda makan makanan ringan seperti burger, pizza, kentang atau daging olahan yang dibekukan. Makanan jenis ini mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi yang akhirnya boleh meningkatkan kolestrol jahat. Pilih makanan sedikit atau tanpa gula dan pali penting rendah lemak dan kalori.
Mudahkan cara untuk tambah berat badan bagi dapatkan berat badan yang ideal. Apa yang penting mesti disiplin dalam mengambil makanan harian.

5 Jun 2013

KENAPA PERLU MAKAN SAYUR


Tidak ada satu pun kumpulan buah-buahan, legume, kekacang, bijirin, makanan laut, mahupun daging dan ternakan yang dapat menyamai kelebihan dan keperluan pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian untuk kesihatan tubuh badan masnusia.

Istimewanya, sayur-sayuran adalah kumpulan makanan rendah kalori dan lemak. Makanlah sebanyak mana sayuran sekalipun, berat badan anda tidak mungkin bertambah walaupun sudah terlebih makan (sayuran).Tapi kenyataan ini tidaklah boleh diambil kira setelah anda mencampurkan sayur-sayuran ini dengan bahan-bahan berlemak dan tinggi kalori yang lain.

Khasiat optimum yang terkandung dalam sayur-sayuran juga adalah sebab mengapa kita harus mengambil sayur-sayuran dalam diet harian kita. Kita perlukan sayur kerana kita perlukan vitamin yang terkandung  di dalamnya. Kebanyakan cadangan penjagaan kesihatan menggalakkan pengambilan 3 – 5 hidangan sayur-sayuran setiap hari.

Sayur-sayuran juga kaya dengankandungan fitonutrien iaitu sebatian bioaktif semula jadi yang diperolehi daripada sumber tumbuhan. Sebatian ini biasanya tertumpu di dalam kulit kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan bersama-sama dengan warna, baud an rasa. Ia bukan vitamin atau mineral. Namun ia mengandungi khasiat yang mempunyai kesan berfaedah bagi kesihatan.

Satu daripada peranan fitonutrien yang paling penting ialah sebagai antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas. Fitonutrien membanti dalam menguatkan sistem imun badan kita.

Fitonutrien seperti karotenoid dan flavonoid bertindak seperti perisai pelinding untuk mengelakkan bahan cemar dan kuman daripada memasuki sel. Selain itu, fitonutrien  melingdungi sel badan daripada kerosakan selular. Ia membantu sel-sel pulih sendiri dengan meransang pembebasan enzim-enzim pelindung atau enzim-enzim yang membina semula sel-sel yang rosak.

Di smping itu, peranan sayur-sayuran juga amat penting sebagai salah satu sumber makanan tinggi serat atau fiber. Sememangnya pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat sangat penting untuk melawaskan dan melancarkan sistem pencernaan kita. Kandungans serat yang tinggi dapat membantu mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus.

Pengambilan sayur-sayuran yang mengandungi pelbagai kandungan yang mujarab untuk mencegah mahupun merawat pelbagi jenis penyakit. Ini secara tidak lansung dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai pelbagai kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia.

4 Jun 2013

MEAL SHAKE SHAKLEE SUMBER PROTEIN DAN VITAMIN LENGKAP UNTUK KEPERLUAN HARIAN



Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni..




 6 fakta tentang Mealshake:

 1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z , mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

 2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

 3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.


 4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

 5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

 6. Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.


 Antara kebaikan Meal shake ini ialah :

 * Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
 * Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
 * Sesuai untuk seisi keluarga
 * Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
 * Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral   serta kalsium  
   yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
 * Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
 * Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
 * Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
 * Meningkatkan selera makan anak
 * Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
 * Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
 * Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak


Nak resepi bancuhan Mealshake?? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234