cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

30 May 2013

TUJUH RAHSIA DHA UNTUK SI KECIL


Dianugerahi buah hati yang sihat, cergas dan pintar sudah tentu menjadi impian dan kebanggaan ibu bapa. Namun, sayangnya tidak semua kanak-kanak begitu. Ramai yang menyangka kepintaran si kecil diperturunkan daripada ibu bapa kepada anak. Walaubagamanapun, ramai pula yang terlupa bahawa keperluan DHA turut mempengaruhi kecerdasannya. Jom ikuti rahsia DHA yang harus anda ketahui.
Asid lemak omega 3 – singkatan kepada asid dokoheksanoik, DHA merupakan asid lemak omega-3. Pengambilannya di kalangan kanak-kanakamat penting demi kesihatan jantung, otak dan matanya.

Dapatkan cukup DHA – bagi membantu menyokong pertumbuhan serta perkembangan otak, mata dan sistem saraf anak kecil, adalah penting bagi ibu bapa untuk memberikan kanak-kanakdiet yang cukup DHA.
Pertumbuhan pesat – DHA sangat penting khususnya ketika bayi dan pada zaman awal kanak-kanak. Pada waktu ini, otak dan matanya sedang mengalami perkembangan serta pertumbuhan yang pesat.

Susu sumber DHA – walaupun ia amat diperlukan oleh si kecil, tetapi bayi yang sedang membesar tidak mampu menghasilkan sendiri DHA. Lantaran itu, dia perlu mendapatkannya daripada sumber lain. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. DHA juga boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti ikan salmon, ikan tuna, ikan haring, kekacang dan sebagainya.
Bantu perkembangan – kanak-kanak amat memerlukan DHA bagi membolehkan dia membesar dan berkembang dengan sihat. Ini kerana kehadiran asid lemak omega 3 amat penting bagi penghasilan sel di dalam otak, retina, jantung serta bahagian lain sistem sarafnya agar dapat berkembang dan berfungsi dengan baik.

Berkembang lebih 3 kali ganda – di dalam otak kanak-kanak, DHA mewakili sehingga 97 peratus asid lemak omega 3. Ia lebih tertumpu pada bahagian kemahiran berfikir yang kompleks. Lazimnya selepas dilahirkan sehingga usia anak menjangkau lima tahun, otaknya akan mengalami pertambahan sehingga 3.5 kali ganda.
Penting untuk mata – DHA turut mewakili sehingga 93 peratus asid lemak omega 3 pada bahagian mata. Kehadirannya juga penting untuk fungsi danstruktur yang optimal pada sel saraf mata.



Shaklee omega guard diekstrak dari ikan laut air sejuk. Omega guard merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega3 EPA dan DHA.

Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234

29 May 2013

CANTIK MELALUI IBADAT

Dunia kecantikan terlalu luas. Bermacam cara dan pelbagai produk di pasaran. Semuanya untuk kecantikan. Selain daripada pemakanan, bahan solekan dan produk kecantikan, ada lagi satu cara untuk kelihatan cantik. Cantik melalui ibadat.
Pertama, Kecantikan bermula dari dalam diri. Justeru, elemen pemakanan dalam islam amat dititik beratkan terutama pengambilan banyak buah-buahan dalam diet harian dan mengharamkan alkohol.
Kedua, amalkan makan tamar Nabi Ajwa. Pengambilan kurma itu sebanyak tujuh biji sebelah pagi dan petang dapat mengelakkan diri daripada terkena sihir yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak terurus dirinya.kajian sains menunjukkan khasiat dalam kurma itu amat tinggi dan dikatakanagen keremajaan kerana  individu yang mengamalkan pemakanannya, kelihatan muda dengan kulit wajah lebih tegang dan muda.
Ketiga, islam menggalakkan umatnya berpuasa kerana ia mendatangkan kebaikan kepada mental dan fizikal. Justeru amalan berpuasa sunat, selain mendapat pahala, akan turut mampu memancarkan kecantikan dalaman dan terserlah daripada luaran.
Keempat, kesan solat lima waktu amat enakjubkan. Air sembahyang yang diambil menerusi bacaan Bismillah serta turutan merata ke anggota badan, dapat mengubahkan molekul air kepada bentuk cantik, yang memberikan kesegaran kepada kulit. Gerakan dalam solat mempunyai hikmah kesegaran kepada individu. Orang yang kerap bersolat, wajahnya lebih tenang, redup dan berseri.
Kelima, individu yang kerap berjaga malam dengan bersolat dan membaca alquran turut membantu kekuatan dalaman. Justeru kehebatan itu, terserlah pada muka dan tingkah lakunya.

26 May 2013

6 TIP KULIT CANTIK DAN SIHAT

Setiap wanita pasti tidak terlepas daripada memikirkan tentang kecantikan. Bermacam-macam  cara boleh dilakukan untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Jom ikuti tip mudah untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.
MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan adalah bermula dengan makanan. Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak perlu dikurangkan. Makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat juga sebolehnya perlu dielakkan. Kita perlu tahu dan mengnalpasti jenis makanan yang perlu dan yang tidak perlu untuk tubuh. Hal ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana mengandungi vitamin yang diperlukan oleh sel-sel badan, menjadikan kulit lebih sihat.
BERSENAM DAN MINUM AIR PUTIH
Minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari dan melakukan senaman secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau penghawa dingin. Biarkan tubuh mengeluarkan peluh. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mengemop lantai sebagai rutin senaman dirumah.selain sihat rumah pun kemas.. jangan lupa banyakkan minum air putih kerana tubuh memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.
CUCI MUKA SEBELUM TIDUR
Biasakan diri anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembabkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula tidur dengan pupur wajah masih di muka.
TIDUR YANG CUKUP
Tidur lapan jam sehari amat penting. Ia bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda mungkin akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh menjadi lesu tidak bermaya. Selain itu, anda mungkin dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata.
LINDUNGI KULIT DARI MATAHARI
Pentingnya untuk kita melindungi kulit daripada sinaran matahari. Ia adalah untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim perlindungan UV sebelum keluar dari rumah setiap hari.
BERHENTI MEROKOK
Saya percaya kebanyakan wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan tidak merokok. Kalau tidak morokok macam mana nak berhenti morokok kan? Dengan cara lain adalah elakkan berada disekeliling perokok. Hal ini kerana asap rokok merupakan salah satu punca radikal bebas yang menyebabkan kulit nampak kusam dan tidak sihat.

Mudahkan untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Rutin harian dan penjagaan diri yang betul dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan dan kecantikan. Apa yang penting adalah disiplin dan sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat.

MENGAPA KULIT TIDAK LAGI TEGANG?

Alangkah bagus andai dapat mengekalkan kulit tegang sampai bila-bila. Secara semulajadinya kulit tidak akan menegang seperti mana usia masih muda. Perubahan fizikal termasuk wajah berlaku mengikut individu. Ada yang masih tegang kulitnya meskipun sudah meniti usia 50 tahun tetapi ada juga sebaliknya. Semua ini berlaku berdasarkan gaya hidup yang diamalkan dan juga faktor keturunan.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kerosakan sel-sel kulit membuatkan kulit tidak lagi menegang apabila mula memasuki pertengahan umur. Punca kulit tidak lagi tegang atau mengalami penuaan banyak dikaitkan dengan faktor luaran.
TERDEDAH KEPADA CAHAYA MATAHARI
Terdedah kepada cahaya matahari seara keterlaluan. Kerosakn kulit yang dibiarkan selama bertahun-tahun akhirnya akan mengakibatkan penuaan pramatang kulit. Cahaya ultralembayung ( UV) bertindak mengurai kolagen dan elastin dalam kulit serta membantutkan penghasilannya.
PERSEKITARAN DAN KEKOTORAN
Cuaca yang tidak menentu, asap dan pencemaran turut menjadi penyumbang utama terhadap masalah kulit mengendur. Radikal-radikal bebas yang wujud dalam persekitaran tercemar boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel kulit.
TARIKAN GRAVITI
Kita mungkin tidak begitu arif akan perihal graviti. Tarikan graviti mempunyai peranan dalam perubahan bentuk tubuh termasuk ketegangan kulit apabila usia meningkat. Secara amnya, tubuh mula hilang keanjalan sekaligus mengakibatkan kulit mengeleber.
TABIAT MEROKOK
Banyak impak negatif daripada merokok. Antaranya ketegangan kulit akan hilang lebih cepat berbanding keadaan normal. Perubahan biokimia tubuh akan tercetus jika tabiat ini diteruskan. 10 batang rokok setiap hari selama 10 tahun cenderung menjadikan kulit berkedut dengan teruk.
CARA UNTUK MENGATASI
Setiap permasalah berkaitan mesti ada jalan penyelesaiannya. Terdapat banyak pusat-pusat rawatan kecantikan, produk-produk kecantikan ada dipasaran. Kebanyakan memerlukan kos yang tinggi untuk dapatkan hasil yang maksimum.
Tetapi ada cara lain yang mudah untuk kita praktikkan dengan perbelanjaan yang tidak begitu besar tetapi jika sering diamalkan akan dapat lihat hasilnya iaitu dengan cara pengambilan makanan.
BANYAKKAN MAKAN OMEGA-3
Asid lemak – omega- 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormone wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
Dibandingkan dengan sumber semulajadi dari tumbuhan, omega-3 yang berasal dari haiwan tetap yang terbaik. Ini kerana, minyak ikan memiliki dua jenis asid esensial iaitu eicossapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). Sementara  sumber tumbuhan hanya mengandungi asid lemak alphalinolenic acid (ALA). Kajian membuktikan manfaat EPA dan DHA jauh lebih besar berbanding ALA.
Sebaiknya, pilih ikan yang berukuran kecil seperti sardin kerana ia mengandungi toksin yang sedikit. Semakin besar ukuran ikan, semakin besar juga kemungkinan ia tercemar dan pastikan berkualiti tinggi.
LOBAK MERAH
Vitamin yang terkandung dalam lobak merah adalah seperti  vitamin A, C, E, K, dan lebih-lebih lagi ia kaya dengan asid nikotinik dan Pantothenic, mineral seperti fosforus dan magnesium, kobalt, besi, tembaga dan kalium , dan sebagainya. Sejumlah besar vitamin A dalam lobak merah agak cepat dan mudah diserap dalam badan. 
VITAMIN E

Vitamin E adalah vitamin penting yang diperlukan untuk fungsi yang tepat dari banyak organ dalam tubuh. Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang terkenal dengan fungsinya melindungi sel – sel dan tisu dalam badan dari kerosakan akibat radikal bebas. Pengambilan vitamin E secara konsisten dapat membantutkan penuaan sel, dan  dalam jangka panjang menjadikan anda tampak lebih muda.
Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.

BUAH ANGGUR
Resveratrol yang terdapat di kulit anggur merah mempunyai sebatian yang dipanggil polyphenols. Sebatian ini  mempunyai ciri-ciri antioksida yang kuat untuk  melindungi tubuh terhadap jenis kerosakan yang dikaitkan dengan peningkatan risiko bagi keadaan seperti kanser dan penyakit jantung. Resveratrol membantu mengurangkan keradangan, menghalang pengoksidaan LDL kolesterol "jahat".
Biji anggur juga  mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul dan melambatkan penuaan.
Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen, membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
AIR
Air adalah penting untuk kesihatan yang baik, namun perlu berbeza-beza mengikut individu. Air adalah komponen kimia utama badan  kita dan  kira-kira 60 peratus daripada berat badan . Setiap sistem dalam badan bergantung pada air. Sebagai contoh, air membawa  toksin keluar daripada organ-organ penting, membawa nutrien ke sel-sel dan menyediakan persekitaran yang lembap untuk tisu-tisu, telinga, hidung dan tekak.
Kekurangan air boleh membawa kepada dehidrasi, keadaan yang berlaku apabila anda tidak mempunyai cukup air dalam badan anda untuk menjalankan fungsi-fungsi biasa.
Setiap hari kita kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus anda. Bagi badan untuk berfungsi dengan betul, anda perlu mengisi dengan bekalan air dengan mengambil minuman dan makanan yang mengandungi air. Pengambilan air yang secukupnya perlu sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

24 May 2013

Adakah anda sering mengalami rasa tertekan kerana beban kerja? Jawapan untuk soalan ini adalah ya. Tanyalah kepada sesiapa pun dan pasti ini jawapan yang akan diberikan.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk meredakan tekanan, salah satunya adalah makan coklat. Kenapa coklat? Coklat juga dapat menurunkan tahap hormon rasa tertekan. Coklat mengandungi alkaloid, seperti theobromine dan phenethylamine yang secara psikologinya memberi kesan pada tubuh. Perkara ini berkaitan dengan tahap serotonin pada otak.
kajian menunjukkan bahawa makan sedikit gelap coklat dua atau tiga kali seminggu boleh membantu rendah anda tekanan darah, meningkatkan aliran darah dan menghalang pembentukan darah beku.

coklat gelap mempunyai beberapa sebatian kimia yang mempunyai kesan positif kepada mood anda. Salah satu khususnya, phenylethylamine (PEA,) menggalakkan otak untuk melepaskan Endorfin, jadi apabila anda makan, anda bahagia. Cukup menarik, PEA adalah bahan kimia yang sama yang mencipta otak anda apabila anda berasa seperti anda sedang jatuh cinta.


Coklat gelap mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti kalium, magnesium, tembaga dan besi. Tembaga dan kalium membantu menghalang terhadap penyakit kardiovaskular dan strok. Besi melindungi terhadap kekurangan zat besi (anemia) dan magnesium membantu menghalang diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Manakala coklat gelap juga mempunyai resveratrol. Resveratrol merupakan ahli kumpulan sebatian tumbuh-tumbuhan  yang dipanggil polyphenols. Sebatian ini akan dianggap mempunyai ciri-ciri antioksida, melindungi tubuh terhadap jenis kerosakan yang dikaitkan dengan peningkatan risiko bagi keadaan seperti kanser dan penyakit jantung. Sebatian kimia indah ini mengurangkan keradangan, membalikkan proses penuaan dan pembaikan sel-sel yang rosak. Di samping itu, resveratrol telah ditunjukkan untuk mengganggu pertumbuhan sel-sel kanser.

Namun, perlu diingat bahawa mengambil coklat dengan berlebihan boleh membawa pada kegemukan, lebih baik memilih coklat yang asli seperti coklat hitam, terutamanya bagi orang yang mengidap diabetes kerana mengandungi gula tambahan yang lebih sedikit daripada coklat yang mengandungi susu.
Dalam satu kajian yang dibuktikan, bahawa makan coklat hitam sebanyak 40 gram setiap hariselama 2 minggu dapat menurunkan tahap hormon rasa tertekan kortisol dan hormon fight or flight, iaitu hormon yang dikenali sebagai catecholamine pada orang yang mendapat tekanan berat.
Selain itu, coklat hitam juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan , seperti meningkatkan daya sensitif insulin, menurunkan tekanan darah dan memperbaiki suasana hati. Telah banyak kajian yang membuktikan kebaikan makan coklat hitam ini. Oleh yang demikian jangan binbang gemuk kerana coklat hitam biasanya tidak mengandungi gula, tetapi jelas lebih banyak megandungi cacao solid yang bermanfaat paa tubuh. Daripada anda makan berbagai kerepek yang tidak mengenyangkan, lebih baik mengunyah coklat yang enak dan menyihatkan.

23 May 2013

Perbezaan Sustained Release Vita-C 500mg Dan Chewable Vita-C 100mg



Shaklee menyediakan 2 jenis Vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C 500mg dan juga Chewable Vita-C 100mg. Kedua-dua jenis vitamin ni tak kurang hebatnya. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Tapi ramai orang salah faham! Kebanyakan orang sangkakan Sustained Release Vita-C 500mg tu untuk orang dewasa dan Chewable Vita-C 100mg tu untuk kanak-kanak. Tapi sebenarnya salah! Okay jom saya terangkan sikit macam mana setiap jenis Vitamin C ni bekerja.

Cara Tindakan Setiap Vitamin C Dan Kelebihannya

Cara Tindakan Chewable Vita-C 100mg
Chewable Vita-C 100mg

Vita-C 100mg adalah Vitamin C berbentuk kunyah. Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama 'Chewable' kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula. Apa yang istimewanya ialah apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!


Kelebihan Chewable Vita-C 100mg

>Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
>Lebih mudah dikunyah.
>Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
>Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dos nya sudah   

   bersesuaian  untuk kanak-kanak.
>Lebih sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah
   dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
>Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalaman seperti
   gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai  
   masalah menelan tablet.
>Lebih sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancong dan sebagainya.
   Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk
  dimakan.
>Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka
  yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan
  Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Cara Tindakan Sustained Release Vita-C 500mg
 
Sustained Release Vita-C 500mg

Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet. Setiap tablet mempunyai kepekatan 500mg Vitamin C. Ianya diberi nama 'Sustained Release' kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan 1.5 Vitamin C buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan. Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam! Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari suntuk! Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi 'Sustained Release', Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut. Rugi kan?


Kelebihan Sustained Release Vita-C 500mg

>Sesuai untuk individu yang tiada masalah menelan.
>Tidak perlu ambil berulang kali.
>Dengan formulasi 'Sustained Release' ataupun 'Pelepasan Masa'.

Jadi, Vitamin C jenis yang mana satu sesuai untuk anda? Pada pendapat saya, kalau tiada apa-apa masalah kesihatan boleh je pilih mana-mana satu pun! Lagi senang kan? Boleh tukar-tukar. Kalau dah bosan nak telan-telan, boleh ambil yang bentuk kunyah ataupun sebaliknya! Jadi, jangan takut kalau Sustained Release Vita-C 500mg tu tiada stok, boleh je ambil Chewable Vita-C 100mg tu. Apa yang penting... anda tetap dapat khasiat Vitamin C untuk kebaikan kesihatan! :)

 
Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
 
 

 
 
 
 
 

 
 

6 May 2013

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah hari ini dah 6 Mei 2013... Kita baru jer selesai mengundi dalam PRU 13  ini....
Makanya lepas ni tiada lagi kempen - kempen parti politik....Kita sudah tau siapa yang akan memerintah Malaysia ni....

Habis sudah bab mengundi tapi kerja tetap berjalan seperti biasa.... 

Pening kepala hari hari ngandap komputer sampai x pandang orang lain.. Punya nak siapkan kerja...
Almaklum lah dok kerja bahagian gaji kat IPK Perak ni...Nak siapkan PGT anggota polis yang naik bulan Januari...

Alhamdulillah....sebab dapat juga selesaikan...
Bila kerja ngadap komputer jer pastu duduk x bangun bangun.... Badan mesti penat...Tambahan lagi saya ni seorang ibu...berada di pejabat selama 9 jam setiap hari kecuali sabtu dan ahad memang memenatkan...mana tak nya bila balik nak urus rumah pulak...Masak makanan untuk suami dan anak...

Memang sangat memenatkan....tapi itu dulu...Sekarang tidak lagiiii...

Sebab saya makan ubat kuat yang membantu untuk mencergaskan badan disamping dapat mengekalkan kesihatan yang lebih baik, mengurangkan stress..dapat menjaga kecantikan luaran dan dalaman juga ....dan dapat menjaga anak dan suami dengan sempurna...

Hehehe...nak tau ubat kuat jenama apa?? Dah semestinya la Shaklee...Hanya Shaklee yang saya percayai...

Dah setahun saya mengamalkan vitamin Shaklee...mula hanya untuk menambahkan bekalan susu sebab anak saya sepenuhnya menyusu badan...dah 2 tahun sebulan dah umur dia...

Anak sihat dah jarang sakit...saya pun kurang sakit...badan sentiasa sihat dan cergas...suami pun amalkan Shaklee juga...

Vitamin Shaklee ni ada banyak...pengambilan mengikut kehendak dan keperluan tubuh...bukan semua kita ambil yea...dan juga bergantung kepada bajet...


Sebagai contoh ibu hamil....ada vitamin  diperlukan seperti multivitamin, b komplek, vitamin c, kalsium magnesium, protein dan banyak lagi...dan ada yang tidak boleh diambil seperti alfalfa, vitamin e, GLA dan lain- lain lagi...

Vitamin Shaklee ini sangat mersa alam, mudah dihadam dan senang untuk mendapatkan nya....bukan sahaja untuk orang dewasa...malah kanak -kanak dan warga emas juga boleh mengambilnya....sangat  sesuai diambil oleh semua peringkat umur baik wanita mahupun lelaki...kecuali kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun...

Vitamin bukanlah ubat tetapi pengambilannya adalah digalakkan kerana tubuh memerlukan nutrien dan gizi yang seimbang untuk pertumbuhan sel-sel baru badan...baru la badan sihat dan kurang berisiko untuk mendapat penyakit...

Bagi saya pengambilan makanan sihat dan seimbang sangat penting namun pengambilan vitamin juga sama penting untuk mendapatkan tubuh yang sihat sejahtera....bila tubuh sihat hidup pun lebih ceria...

bagi saya Shaklee adalah yang terbaik...


Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234