cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

9 Apr 2013

NUTRISI TEPAT UNTUK KESIHATAN TULANG


MENJAGA DAN MEMBINA TULANG YANG SIHAT BERMULA DENGAN DUA KUNCI UTAMA IAITU KALSIUM DAN VITAMIN D.

Kalsium membantu perkembangan struktur tulang dan gigi, manakala vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan perkembangan tulang.

Kepentingan nutrien ini sangat diperlukan pada peringkat usia kanak-kanak. Namun ia tetap dianggap penting seiring dengan peningkatan usia seseorang. Osteoporosis menjadi ancaman kepada kesihatan terutamanya wanita menyebabkan kerapuhan tulang. Melalui pengambilan kalsium dan vitamin D ini memungkinkan penyakit dan masalah ini diatasi.

Golongan wanita lebih terdedah kepada masalah kesihatan tulang empat kali berbanding golongan lelaki. Solusi utama dalam mendapatkan tulang yang kuat dan sendi yang sihat ialah melaui pengambilan nutrisi yang betul. Dr Ronald Zernicke, pengarah University of Michigan Bone and Joint Injury Prevention ad Rehabilitation Centre, menerbitkan hasil kajiannya selama 50 tahun bersama rakan-rakannya berkaitan kesihatan tulang secara keseluruhan. Buku bertajuk Sports Health : A Multidisciplinary Approach menyarankan beberapa strategi atau tip nutrisi seperti berikut:

Protein yang mencukupi

Kajian terkini mendapati pengambilan diet tinggi protein boleh meningkatkan kandungan mineral pada tulang dan mengurangkan kerapuhan. Diet protein membantu membina dan mengekalkan otot iaitu yang member perlindungan pada sendi dan tulang, malah meningkatkan kekuatan tulang ( yang berkaitan aktiviti yang berat ). Kajian terkini juga mendapati diet tinggi protein lazimnya disarankan kepada remaja yang terlibat sebagai atlet sukan . dr Zernicke menyarankan pengambilan protein berkualiti tinggi daripada haiwan seperti telur, salmon, daging dan protein tumbuhan seperti soya dan kekacang.


Elak pengambilan soda

Diet yang tinggi dengan pengambilan minuman berkarbonat termasuklah minuman isotonic mempunyai perkaitan dengan pengurangan ketumpatan tulang di kalangan lelaki dan wanita. Dr Zernicke mengatakan bahawa kesan sampingan ini berpunca daripada kurangnya pengambilan susu dan cecair dalam perasa minuman ringan. Tambahan juga, minuman ringan menyebabkan kenaikan berat badan dan mengurangkan mass otot dan menyumbang kepada kehilangan kalsium dan iron. Dr Zernicke juga mengatakan bahawa bagi menggantikan air yag hilang akibat aktiviti sukan, lebih baik meminum air seperti air kosong, susu atau jus oren berbanding minuman isotonic yang mengandungi gula.


Ambil karbohidrat berkualiti

Bukan semua karbohidrat  memberikan impak negative kepada kesihatan sendi dan tulang. Karbohidrat kompleks seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi karbohidrat non-digestible (tidak mudah cerna) yang tidak boleh dicerna oleh usus kecil. Apabila ia bergerak ke usus besar dan mula diproses, bahan ini menghasilkan asid organic yang dapat meningkatkan penyerapan kalsium dalam tubuh. Tambahan pula buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi antioksidan, vitamin, mineral serat dan phytonutrient yang baik untuk keseluruhan kesihatan. Ia juga rendah kalori jika dibandingkan dengan makanan lain.

Pengambilan kalsium

Kalsium merupakan mineral yang paling banyak dalam tubuh dan menjadi salah satu nutrien  terpenting untuk kesihatan tulang. Mineral ini juga berhubung kait dengan pembinaan otot, denyutan jantung, tekanan darah dan fungsi sistem imun. Mengambil kalsium menikut jumlah yang disarankan membantu mengelakkan osteoporosis dan membantu otot berfungsi baik. Dr Zernicke mengatakan  bagi mendapatkan kalsium setiap hari boleh dilakukan semudah mengambil produk tenusu seperti keju, susu yogurt dan makanan berasaskan sayur-sayuran seperti brokoli dan tofu.

Jangan lupa vitamin D

Vitamin D juga dikenali sebagai vitamin ‘sunshine’ kerana tubuh anda mampu menghasilkan vitamin D melalui pendedahan suria. Ia membantu tulang untuk menyerap kalsium. Kajian juga mendapati vitamin D membantu meningkatkan sistem imun dan membantu memanjangkan usia. Antara sumber vitamin D ialah lemak ikan dan kuning telur.

Ambil makanan tambahan.

Dr. Zernicke menyarankan mengelakkan pengambilan makanan dan minuman yang kurang berkhasiat seperti minuman yang tinggi kandungan gula, makanan yang tinggi kandungan sodium atau lemak tepu. Beliau juga mencadangkan pengambilan makanan tambahan seperti kalsium karbonat atau kalsium citrates yang berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tulang.



 Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.



Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234






4 Apr 2013

GEJALA - GEJALA PENYAKIT LUPUS.


Gejala – gejala SLE  

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, sama ada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh dating dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat.

Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, dibahagian tangan dan lengan, bahu dan dada.

Oelh kerana penghidap SLE sensitf kepada cahaya matahari (fotosintesis) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Sama ada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

CIRI – CIRI PENYAKIT SLE

·       Demam, keletihan, dan penurunan berat badan.

·       Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu.

·       Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung.

·       Tompok-tompok merah di kawasan kulit terdedah kepada sinaran matahari.

·       Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan.

·       Rambut gugur secara bertompok-tompok atau disekeliling (hair line).

·       Sawan, strok dan gangguan mental.

·       Risiko untuk mendapat darah beku.

·       Kerap keguguran bayi.

·       Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan buah pinggang.

·       Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah.


JEJASKAN ORGAN-ORGAN

SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut:

Buah pinggang – keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan sama ada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru – sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit ini juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf – SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah – keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah – pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami pendarahan dimana darah cepat membeku.

Jantung – pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung. “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis” keradangan bahagian dalam. pesakit akan merasa sakit dada atau gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” ( pembuluh darah yang keras).
 
sumber :mw1533

 

Lupus, penyakit kronik auto-imun


Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik autoimun dimana antibodi seseorang bertindak balas dengan tisu badannya sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh  seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ di dalam badan.

‘lupus’ berasal daripada perkataan Latin bererti “serigala”. Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan dimuka pesakit sebagai gigitan serigala. Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda menghidap SLE berbanding lelaki.

Terdapat beberapa jenis lupus. Ia adalah Sistemik Lupus Eritematosus (SLE),Diskoid Lupus Eritematosus (DLE) dan Lupus Neonatal.

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) biasanya dimaksudkan apabila kirta sebutkan “lupus”. Gejala mungkin sederhana atau serius. SLE selalunya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil penghidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.

Diskoid Lupus Eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik dimana terdapat tompok-tompok merah di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut.

Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh penghidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La(SSB).

Akibatnya bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah. Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit  dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang dijumpai, namun bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin akan mengalami masalah jantung.

Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai cirri-ciri seakan SLE. Keadaan ini dipanggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

SIAPA PENGHIDAP SLE?

Dianggarkan lebih kurang 90 % mereka yang mendapat sle adalah kaum wanita, sementara 10 % yang merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak.bagi kaum wanita SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.

PENYEBAB

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, gen lupus yang khusus belum dikenal pasti. Kajian menyarankan ada beberapa gen mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami.

Bagaimana pun, gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji factor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu dan juga kuman virus.

SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Punca tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan factor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormone. Ia berlaku melaui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam penghidap SLE dipanggil antibodi antinuclear kerana ia bertindak balas dengan bahagian sel nucleus. Para saintis masih belum dapat memahami semua factor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.
 
sumber : mw1533
 
                                                                                                                          bersambung.....
 

2 Apr 2013

CARA MUDAH UNTUK DAPATKAN RAMBUT YANG SIHAT


Rambut umpama mahkota bagi wanita. Ramai wanita sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan rambut yang cantik. Pengambilan vitamin untuk rambut  juga salah satu cara untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

Penjagaan rambut sangat diperlukan tidak kira wanita mahupun lelaki. Keguguran rambut sering berlaku bila seseorang itu menghadapi tekanan ditempat kerja, terdedah kepada radikal bebas, asap rokok dan pelbagai pencemaran boleh merosakkan struktur rambut dan menyebabkan rambut rosak.

Apa yang anda perlu untuk mendapatkan rambut yang cantik adalah:

Air – ¼ berat setiap helaian rambut mengandungi air. Minum air secukupnya untuk menjaga kelempan rambut dan selain, dapat mengelakkan daripada berlaku dehidrasi. Meminum air secukupnya akan membuatkan rambut menjadi lembut dan berkilau.

Vitamin dan mineral – sumber vitamin dan mineral seperti vitamin A,B,C dan zat besi amat baik untuk rambut. Vitamin A akan menjaga kulit rambut. Vitamin B dan C berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan pertumbuhan rambut. Zat besi pula akan membawa oksigen yang secukupnya untuk rambut.

Protein – protein akan membuatkan rambut tumbuh dengan lebih cepat dan lebat. Selain itu, ia akan menjadikan rambut lebih kuat. Protein boleh didapati daripada pelbagai sumber. Tetapi protein yang baik adalah daripada sumber kacang soya organik. Pengambilan protein yang cukup dapat mengelakkan hujung rambut daripada bercabang.



Sangat mudah untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Pengambilan vitamin dan mineral bukan sahaja buat rambut nampak cantik malah untuk kesihatan tubuh juga. Kulit pun akan berseri- seri.

Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalau nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234